Bersedihlah..namun..

Posted: September 10, 2011 in ABSARIA

Salam aidilfitri buat semua. Absar bercuti lama meraikan ramadhan dan syawal dan kini kembali bersama. Semakin hari semakin ramai blogger baru dan blog blog pula semakin kreatif dan menarik. Setiap orang ada tujuan tersendiri kenapa mereka berblogging. Ada yang mahu meluah rasa,tak kurang pula yang mahu mencaci meluahkan murka.Makin ramai pula mahu pendapatan dijana dan ada juga yang sekadar suka suka.

Absar menulis sekadar mahu berkongsi rasa,menjana minda dan melatih bahasa. Kalau untuk menjana pendapatan,ada la sikit sikit. tapi nak bayar ansuran kereta pun tak lepas. : ) Hmm,tatkala sedang menulis ini,banyak perasaan yang ingin dikongsi. Terkadang entry entry yang ditulis ini berbentuk membujuk dan memujuk hati sendiri. Terkadang kalau tengah berduka,dibiarkan sahaja akal dan rasa memandu tangan menari di papan kekunci. Lega? yup,absar akui ianya melegakan. Seakan berkongsi dengan teman baik,yang pastinya akan membuat absar tersenyum selepas meletakkan titik terakhir pada sesebuah entry.

Bersedihlah..kerana bersedih itu lumrah. Banyak perkara yang buat kita bersedih. Antaranya,apa yang diharap tak dapat,orang yang kita sayang hilang tak pulang pulang,atau mimpi tak pula jadi kenyataan. Bersedih lah, kerana itu tanda kita normal. Sedangkan nabi juga bersedih saat Isteri kesayangan meninggal dunia. Saat Sahabat yang menjadi tunjang kekuatan pergi mengadap Illahi. Nabi jua turut bersedih. Bersedihlah…Namun.. Jangan lama lama. Bahkan ada bijak pandai yang mengajar,ambillah 5 minit untuk kamu bersedih,jika kamu perlukannya,bersedih lah sesunguh sunguhnya dalam masa itu,dan berjanjilah,selepas 5 minit itu,kamu tidak lagi bersedih.: ) Dalam Islam,kita tidak digalakkan untuk bersedih terlalu lama kerana kita telah diajar untuk bersangka Baik.

Bersangka baik lah pada tuhan. ‘ Tak pelah,mungkin tuhan ada yang lebih baik untuk kita’, ‘Sabar lah,mungkin itu bukan hak kita’,atau ‘mungkin kalau terus diberi apa yang kita mahu,keadaannya akan menjadi lebih teruk’. Monolog monolog sebegini perlu ada dalam diri kita yang serba lemah ini sebagai ubat untuk kita kuat. orang mukmin sentiasa bersangka baik pada tuhan. Analogi yang mudah buat peringkas madah. Perumpaan sang ibu dan anak.

Si anak yang baru belajar merangkak itu menangis dan meraung mahukan pisau yang berada di tangan ibunya yang sedang memotong sayur. Semahu mahu nya dia minta melalui bahasa air matanya,namun si ibu tidak mengendahkannya. Kerana sang ibu lebih mengerti,andai diberi pisau kepada sang anak, itu pasti akan mencederakan dirinya sendiri. Walau sayang sang ibu bagai menatang minyak yang penuh, tidak semua apa yang diminta sang anak ,perlu ditunaikan,demi kebaikan sang anak jua. Namun,sang anak terus merengek,merajuk dan memarahi sang ibu,kerana tak menunaikan kehendakknya. Bermasam muka lah dia sepanjang hari.

Lihat,Sang anak tak pernah tahu yang tindakan sang ibu menidakkan permintaannya itu adalah untuk kebaikan dirinya. Cuba kita letakkan diri kita pada watak sang anak tadi. Kita minta pada tuhan,itu dan ini. Tuhan Maha Penyanyang. Pastinya lebih penyanyang daripada sang ibu tadi. Namun kenapa ada yang diberi dan ada yang masih kita nanti. Semuanya kerana sebab yang sama. Sebab Dia lebih tahu apa yang kita perlu,dan bukan apa yang kita mahu.

Tuntas,bersangka baik lah dengan Nya. Perasaan ini perlu dilatih.Mulakanlah dengan monolog positif dalam diri. Berikanlah nasihat pada diri sendiri. Optimislah pada keadaan yang datang sehingga nanti kita akan lapangkan dada dan depakan tangan,menerima apa sahaja ketentuan tuhan,kerana kita sudah Yakin,Dia lebih tahu apa yang kita perlukan.

P/s: Nasihat ini untuk diri sendiri dan sesiapa yang memerlukan…Senyumlah : )

Advertisements
Comments
  1. nik says:

    Slm ‘alaik A.Bob….Smoga berada di bawah Rahmat Illahi..amin…

    nice blog …

    nik dip law 2007/2010 UnisZA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s