Hanya 35 … untuk dapat 5…

Posted: August 8, 2011 in ABSARIA

Salam ramadhan. Entry kali ini terus Absar dedikasi kan buat adik adik yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2011. Benar, tinggal 35 hari lagi untuk adik adik berusaha dapatkan apa yang adik adik cita cita kan. Kita sudah sama sama belajar tentang matlamat yang perlu jelas sejelas niat dalam solat. Masih ingat lagi? tampal matlamat itu di ruangan yang senang adik adik lihat. Kuatkan semangat dan teruskan berusaha.

Di kesempatan yang masih ada  ini Absar hanya mahu ingatkan supaya jaga kesihatan adik adik dan juga jaga hubungan dengan Robb dan juga manusia,terutamanya Ibu Bapa dan guru guru. Jangan tinggal ibadat wajib dan perbanyakkan amalan sunat. Selalu amalkan solat hajat terutamanya di antara waktu solat maghrib dan Isya’. Juga sentiasa baca surah yang dilambangkan sebagai jantung Al Quran iaitu surah Yassin. Pesan ustaz, andai ada harapan atau perjuangan besar yang kita impikan kemenangan,contohnya UPSR ini,amalkan solat hajat dan bacaan yassin antara maghrib dan Isya, dan mintalah pada Nya. InsyaAllah, akan dimakbulkan permintaannya senadainya ada sudah berusaha selayaknya.

Fokus juga satu elemen penting. Kita bermain permainan ‘Raja Botol’ dan Bola untuk lihat kepentingan fokus dalam kehidupan. Dalam peperiksaan ini ,fokus apa target anda. Tidak kiralah 5 A atau sebagainya mengikut kemampuan anda, berusahalah sehabisnya dan fokus. Jauhkan elemen negatif seperti , masa tidak cukup,’ , ‘ aku tidak pandai’, atau ‘aku tidak mampu’ dan sebagainya kerana anda hanya perlu memecut sahaja tanpa menoleh ke belakang lagi. Tak lama dik, tinggal 35 hari saja lagi.

Tuntas, Absar mewakili keluarga anda di Kelab Tutor Remaja sentiasa mengharapkan dan mendoakan yang terbaik untuk anda. Ingat pesan Abg syahmi,” Orang yang gagal adalah orang yang berusaha , berusaha dan berhenti berusaha sebelum kejayaan dicapai kerana penat dan putus asa. Tetapi orang yang berjaya, adalah orang yang berusah , berusaha dan terus berusaha sehingga mereka dapat apa yang mereka impikan”.Pesan kak iwa pula, “andai anda usaha lebih ,maka anda akan dapat lebih”. Ringkas namun itulah kunci untuk anda berjaya.

Kalam terakhir dari Absar, hargailah saat saat terakhir yang akan menjadi sejarah dalam kehidupan kalian. Gembirakan hati bonda dan ayahanda kalian yang sudah banyak menabur budi dan bakti. Senyumkan mereka sementara masih ada kesempatan dan masa. Maatataufiq wannajah..ana uhibbukum.

Wajah ceria kalian sentiasa dalam ingatan,

‘Saya Boleh Buat!’ sentiasalah jadi pengangan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s