Puasa ke puas ka?

Posted: August 6, 2011 in ABSARIA

Salam absarians. Salam Ramadhan buat anda semua. Puasa cukup mengajar kita tentang kemanusiaan. Berlapar dan dahaga untuk kita tau bagaimana sengsara mereka yang menderita. Mengawal mata dan kata,supaya kita rasa manis nya iman dan islam di dalam dada.  Gabungan didikan fizikal dan spiritual inilah yang akhirnya menurus dan menjuruskan fokus kita pada Rabbi. Sebab itu dikatakan Bulan Ramadahan ,bulan tarbiah bukan bulan redah dan meratah. Bila perut lapar maka kata kata kurang. Bila tenaga kurang maka nafsunya lemah. Tuntas, hati tenang maka amalnya bertambah.

Dalam Kelab Tutor Remaja para peserta sentiasa diingatkan perihal rasa ‘Saya Boleh Buat!. Islam dari dulu mengajar kita tentang perkara tersebut. Tuhan dalam firman Nya tentang puasa juga menyatakan tentang rasa boleh buat. Kata Tuhan,berpuasalah kamu sebagaimana orang orang yang beriman sebelum kamu. Bermaksud orang orang sebelum kita sudah pun berpuasa,mampu menunaikan dengan baik dan telah pun laksanakan dengan taat. Persoalan seterusnya,kenapa pula kita tidak mampu ,boleh dan laksanakan dengan baik. Kalau orang sebelum nya boleh bermaksud kita pun boleh. Mereka boleh ,kita pun boleh. Sama ilhamnya dalam Kelab Tutor Remaja. Kami sering bercerita tentang orang yang dulunya teruk dan punya pelbagai masalah,tapi mereka boleh berubah dan mencipta kejayaan. Mereka boleh,Kita pun boleh. Cuba anda teliti dan hayati dalam kitab suci Quran,Tuhan sentiasa memberi motivasi kepada kita untuk beribadat dengan menggambarkan kemampuan Orang sebelumnya melakukannya supaya kita teruja dan teransang untuk melaksanakannya.

Bahkan digambarkan kepada kita Junjungan besar Mohammad SAW yang maksum sifatnya mengerjakan ibadah lebih hebat daripada manusia yang banyak khilaf dan silapnya. Apa yang tuhan mahu kita fikirkan? supaya kita rasa malu. Malu dengan kekasih Nya yang maksum ,beribadat dan mengagungkan Dia lebih dari kita yang hina dengan dosa dan noda. Kalau Nabi yang maksum pun boleh buat, inikan pula kita yang penuh dosa perlu melawan nafsu mengangkat takwa dalam diri.

Mafhum kepada kita bahawa puasa indahnya ada dua; ketika berbuka puasa dan indah mendengar khabaran di akhirat sana (itupun jika puasa diterima). Namun apa yang menariknya orang kita (termasuk diri yang menulis), saat berbuka tiba tiba berubah menjadi pesta makanan seperti yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara (kempen makanan 1 Malaysia). Dari penjuru kanan meja sampailah ke hujung satu lagi, penuh dengan juadah berbuka. Meraikan kepelbagaian katanya. Maklumlah, 1 Malaysia, jadi semua kene ada. Nasi lemak ,kue tiow,cappati ,yong tau fu, soya ,kopi dan berbagai yang mengiurkan. Soalnya kita ini berpuasa kah atau mahu memuaskan rasa ? Puasa ke puas ke?

Jangan pula sampai Solat Maghrib dan Isya’ pula tergendala dek kerana perut sarat dengan lemak dan kalori makanan 1 Malaysia kita. Jawabnya puasa tiada guna kerana solat adalah akar dan kepala ibadat. Tuhan tak akan ambil kira amalan lain sekiranya solat tidak dilaksanakan dengan baik. Buah fikir untuk kita kupas bersama..Salam Ramadhan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s