mata yang kabur.

Posted: June 18, 2011 in ABSAHAN

Menghirup udara di Negeri Sembilan sememangnya saat ku nantikan. Kesempatan ini juga ku gunakan untuk singgah ke Pejabat Penasihat Undang undang Negeri Sembilan melihat  gaya hebat para pengamal undang undang melaksanakan tugas mereka. Memang hebat. File bertimbun ,kes berlambak, lewat petang baru pulang. Ada juga yang terpaksa bermalam di sana. Aku terus bersama mereka. Malam hari dihidangkan pula dengan BBQ dan steamboat tajaan penolong pegawai undang- undang negeri dan akhirnya embun pagi menemani suara kami di Terminal 2,Seremban.

Apa yang mahu dikongsi bukan cerita ku di negeri sembilan semata. Akal ku ligat berfikir dangan idea yang fakir bagaimana mahu mengelap mata yang kabur dan membajai hubungan yang makin berkubur. Entahlah,Jun ini aku asyik diuji dengan ahmar perhubungan dan silaturrahim. Memang,aku sentiasa berpesan.Telan sahaja kepahitan demi sebuah kemanisan yang berpanjangan. Namun,kali ini aku memilih untuk tidak menelan.

Falsafah perhubungan yang erat akan hilang bila hilang rasa hormat. Tandanya mudah,bila lafaz tiada endah,bila kata menghasil luka, bila rasa menjana duka. Bebenang halus menjadi sempadan antara sayang dan rasa hormat. Bila kamu sebarkan sayang mu pada mereka yang kamu sayang,mereka perlu tahu batasan sayang dan hormat. Namun bila sayang semata bertakhta,mereka sangka duka mu menjadi suka ,luka mu pula menjadi baja kononnya menjana cinta. Itu tandanya rasa hormat sudah tiada. Mereka boleh beraksi sesuka hati,kerana fikir nya kamu sayang dan tetap sayang.

Walau bagaimana pun,inilah universiti kehidupan. Aku belajar dan terus belajar. Walau sayang setinggi gunung, jangan disangka ia tidak diuji. Terkadang ,gunung itu berubah menjadi gunung berapi yang membinasakan. Sedangkan pantai lagi berubah,inikan pula perhubungan manusia yang punya hati dan naluri.

Aku juga nantikan kebenaran itu dapat kau tahu,bukan untuk meletakkan diri ku sebagai pejuang,cukuplah untuk kau tahu bahawa aku benar ikhlas dengan kata sayang dan pada sebuah persahabatan.

Tak semua kotoran di mata dapat dibersihkan dengan segelas air yang kau rasa sangat cukup.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s