Rindu sekeping hati yang egois.

Posted: May 27, 2011 in ABSARIA

Terkadang bila rindu bertandang, yang benci boleh jadi hilang ,yang sayang boleh jadi igauan. Itulah manusia. Sekeras mana pun hatinya, bila jiwa dirudung kenangan  manisnya sebuah perhubungan,pahitnya sebuah pertengkaran dibiar hilang ditelan zaman. Namun terkadang juga ego sekeping hati yang kering menidakkan sifat dan sikap insan yang lemah. “Tidak,aku tak perlukannya”, kata sang hati. Biar seluruh jasad meronta dan menggeletar meminta rindu diisi dengan cinta dan kasih sayang dari seorang teman yang menjadi lawan.

Memang,terlajak kata sukar diundur.Terlajak rasa hati yang sengsara. Bila kata ‘maaf’ diungkap sesedap rasa,ia umpama tiada makna. Setiap yang terlajak, ‘maaf’ jadi senjata. Setiap yang terluka,‘maaf’‘ juga yang menjadi perisainya. Mudah,memang mudah. Dek kerana itulah maaf mu terkadang tiada yang endah. Dek kerana itulah penyesalan mu terkadang tiada indah. Ianya kontang dek kerana mudahnya lidah melafaz madah ‘. Mulalah mencari makna kata ‘maaf’ kerana ia bukan ubat untuk semua luka,bukan harga untuk semua benda.

Beza,memang kita berbeza.setiap benda itu berbeza.Aku juga pernah merasa .Masih merasa dan terasa. Beza Cinta, Sayang dan suka. Beza Kekasih , sahabat dan taulan mahupun kenalan. Semuanya berbeza. Terkadang hanya seurat benang memisahkan darjat sebuah perhubungan.Maka episod hidup yang tebal adalah ilmu untuk kita membezakan nya.Kamu dan aku pernah melalui episod episod itu.Memang ia berbeza,dan perlu untuk terus berbeza. Tuntas, untuk aku dan kamu, kita berbeza,memang tak serupa,tapi kita sama,punya hati yang sedang merindu…rindu sekeping hati yang egois.

Memang ubat itu pahit,penyembuh bermacam penyakit. Aku  pernah berpesan pada teman, telan lah sebuah kepahitan demi kemanisan yng berpanjangan.Namun,andai terlalu banyak pahit yang ditelan,diri juga akan terkorban dek kerana kepahitan yang berlebihan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s