Pagi dan Petang…

Posted: May 24, 2011 in ABSARIA

Pagi dan petang…semuanya kelihatan seumpama menentang.Ada yang bertocang tak kurang pula yang berbaju namun seumpama bertelanjang. Mataku berpinar. Lumrah lelaki kadang sukar dikawal.Sesekali aku juga selari dengan si penentang. Ada yang berserban,namun Dunhill dan gudang garam tak lekang di tangan.Asap berkepul umpama pesta melawan tuhan.Biar diri dikata orang ,asal asap meresap segenap badan.Konon mahu mendapat ilham. Semua itu alasan si penentang.

Pagi dan petang…masih terngiang ngiang pesan sang Imam pada khutbah sayyidul ayyam. Akhir zaman,bani adam ada yang beriman di pagi nya namun kufur di petang nya. Ada juga yang beriman di petang nya,namun kufur pula di paginya. Aku terkesima. Nama ku tersenarai sekali dalam penerima anugerah ini. Kata sang khatib lagi,ini kerana menjual agama pada harga yang murah. Benar, lafaz kalimah indah kalamullah terhambur dan tersembur di hujung lidah dengan mudah. Tanpa faham apa erti kalimah tuhan yang Indah. Akhirnya,surah as saff dibaca tanpa diendah pada benci tuhan buat pemadah. Berkata tanpa melaksana,kebencian terbesar tuhan pada hambaNya.

Pagi dan petang…berpusu pusu mencari rezeki di bumi tuhan.Sehingga azan umpama bisu tidak dikemundang di gegendang. Terus menggali khazanah dunia tiada sempadan. Aku juga tersenarai dalam penerima Jawatan ini. Seruan azan hanya terdengar pada hujung waktu. ‘Sikit saje lagi nih,jap lagi lah solat’…antara alasan sang penenentang. Solat dipandang enteng.Walhal ia perkara pertama ditanya tuhan.Penentu tangan mana menerima kitab amalan.Penentu langkah kaki ke syurga ataupun neraka jahanam.Namun,si penentang terus beralasan,mendabik dada bermegah dengan kereta baru yang masih dihutang.

Pagi dan petang…mata dibuka tanpa lafaz syukur pada pencipta. Kaki melangkah sambil lupa sebab dicipta. Tangan mencapai dan mengapai tanpa ingat tugasnya dihantar ke dunia.”Kamu sebaik ummat..tugas mu menyeru yang baik dan mencegah yang mungkar.” Tapi kau sang penentang…menyeru yang mungkar dan menghalang yang baik.!!

Pagi dan petang..Inzar buat semua ..Hari hari makin pendek masanya.Samada kita sedar atau tidak,masa berputar begitu pantas. Suhu dunia kian memuncak panasnya.Samada kita sedar atau tidak,bumi mula memberi isyarat nya,tanda kita perlu bersedia. Manusia makin pelik perangainya.Samada kita sedar atau tidak,binatang pun terkadang lebih mulia daripada manusia. Masjid makin hebat dan banyak.Samada kita sedar atau tidak,penghuninya hanya tiang dan juga lampu indah ,tanpa ada ummat Muhammad yang mengimarahkannya. Samada kita sedar atau tidak…kita sudah tidak banyak masa..antara pagi dan petang..dimana dan bila titik akhir kita???

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s