Kalau Kasih itu memang untuk mu…

Posted: May 14, 2011 in ABSARIA

Salam Absarians…Seronok berdampingan dengan laptop tatkala tugasan menghabiskan Ijazah telah selesai . Semalam Absar sempat keluar dengan beberapa orang rakan bersembang dan berbincang persoalan masa depan dan hidup tanpa khayalan. Benar, tiada lagi topik hiburan mahupun topik gadis cantik : ). Tinggal hanya persoalan serius meniti di bibir rakan rakan. Mahu beli rumah,besarkan perniagaan,cabaran menimang cahaya mata dan segala persoalan yang absar sendiri pun tidak sempat berfikir. Semalam sempat juga absar bersembang dengan seorang peguam yang sentiasa menjadi mentor absar dalam urusan masa depan. Rancak berbincang,azan Isya’ berkemundang. Kami terus bergerak ke surau berdekatan. Usai Solat Isya’ kami bertembung dengan seorang muallaf. Subhanallah,absar terpegun. Sebelum ini cerita dan berita muallaf itu hanya meniti di cupung telinga. Namun malam itu absar bertemu mata sendiri dengan seorang muallaf yang sempat berkongsi cerita dengan kami.

Nama Islam nya Mohd Mukhriz bin Abdullah. Datang jauh dari Kuala Lumpur,semata mata mahu menuntut ilmu Islam. Katanya,” Saya sudah tidak mahu pulang ke Kuala Lumpur”, “disini jauh lebih tenang”, ” Banyak Surau surau tempat orang mengajar agama”,” Saya suka”. Sepalit malu tersimbah ke muka tatkala dia berbicara soal menuntut ilmu di surau. Absar sendiri anak jati Terengganu,jarang jarang berkunjung ke Majlis majlis Ilmu sebegitu. Alasan klise, “SIBUK!”. Semacamlah punya kerajaan tadbiran sehebat Nabi Sulaiman, semacam pula hebatnya Tadbiran Nabi Junjungan.Alasan sibuk tak sepatutnya terpacul dari mulut. InsyaAllah,absar akan rajinkan diri ke majlis ilmu selepas ini ( Azam bulan Jun).Kalian doakan yea.

Namun apa yang mahu absar kongsi ialah, “Kalau kasih itu memang untuk mu…tak kiralah siapa kamu,berapa umurmu, dan berapa banyak kejahilan mu,…kamu lah yang berhak ke atasnya”. Benar,Tuhan membuka hidayat kepada Saudara Mukhriz untuk menerima Islam di penghujung usianya. Absar sempat melihat gaya dan cara solatnya. Bersungguh sungguh. Terasa mahu menitis air mata tatkala terkenangkan diri dan saudara seagama yang lain yang meremehkan soal solat. Walau kekok mengucapkan shahdah,walau bengkok rukuk dan sujudnya,walau keras lidahnya mengungkap takbir,kesungguhan itu menutup segala kelemahannya. Aku yakin,tuhan tak melihat pada zahir semata. Apa yang lebih penting kesungguhan HambaNya yang sujud menghina diri padaNya.

Terus menyambung perbualan,dalam loghat kantonis nya, Uncle Mukhriz bercerita tentang keluarga yang ditinggalkan ,perihal Kristian yang dianutinya dulu dan pelbagai lagi. Aku kagum. Sesekali berdiri bulu roma merasakan keagungan Tuhan. Benar,Kalau tuhan mahu itu berlaku,kalau kasih itu memang untuk mu…segalanya tidak mustahil. Hampir jam 10.00 malam..aku bergerak ke destinasi seterusnya.

Kali ini bertemu muka bersua mata dengan rakan yang sudah lama tidak berjumpa. Mereka semuanya sudah berumah tangga. Maka , tentunya topik yang difokuskan adalah soal rumah tangga. Hahaha. Absar tergelak sendiri. Banyak juga yang dapat ku pelajari. Tapi ,tak tahulah bila tiba sesi Praktikalnya. Mungkin saat itu suasananya sudah berbeza. Banyak yang dibincangkan. Cerita Isteri alahan,susu anak 7 tin sebulan (1 tin=Rm30 x 7= Rm 210),lampin, ubat ubatan dan sebagainya. Fuhh, memang mencabar. Tapi itulah tanggungjawab. Kata mereka,tidak sempat untuk fikirkan soal diri sendiri,soal keluarga kini jadi keutamaan. Kata mereka lagi,walau susah dan perit,tapi mereka tenang. Tenang dengan kasih sang isteri ,tenang juga dengan redho Illahi. Benar, Kalau kasih itu memang untuk mu…ketenangan juga milik mu.Absar tumpang gembira. Doakan ketenangan yang sama bakal absar perolehi. Amin.

Hampir jam 1 pagi, baru absar pulang. Terus selesaikan urusan Kelab Tutor Remaja kerana esoknya akan ada agenda baru bagi kami. Doakan Kejayaan buat kami. Dan ingatlah,kalau kasih itu memang untuk mu…tiada apa yang boleh menghalangnya. Berdoalah,kerana doa itu senjata orang mu’min.

Berdoalah..agar kita tidak tergolong dalam golongan yang sombong.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s