Dimocarpus longan lour

Posted: May 13, 2011 in ABSARIA

Ini cerita tentang Dimocarpus longan lour. Cerita tentang pegangan dan hubungan yang renggang dek kerana Dimocarpus longan lour. Demi Dimocarpus longan laur, ada yang sanggup bodohkan diri menggadaikan segala manisnya buah kasih sayang yang dirasainya untuk mendapatkan manisnya Dimocarpus longan lour yang belum pasti. Hakikatnya,aku sendiri sememangnya mahukan Dimocarpus longan lour  andai ia adalah kegemaran insan tersayang. Namun ,aku kira aku masih mampu bertindak rasional. Bukan itu harga Dimocarpus longan lour. Benar, ia bukan semahal itu. Kamu tidak perlu gadaikan pegangan dan hubungan demi memilikinya. Lebih lebih lagi jika kamu gadaikannya untuk satu mimpi yang belum pasti jadi realiti.

Sore yang redup jadi saksi gadaian yang kau telah beri. Aku kira, penerima Dimocarpus longan lour boleh tersenyum kerana sudah mampu berkuasa ke atas mu. Sungguh tidak pernah terlintas,benakmu dan jatimu boleh goyah dek kerana dimocarpus longan lour. Bersungguh aku nekad,biar langit mula memerah , biar gelap sudah merangkak, aku perlu dapatkan Dimocarpus longan laur,buat tatapan kamu yang aku sayang, kerana itulah idaman mu ,kerana itulah kemahuan mu. Benar, itu katamu. Kamu idam dan kamu mahu. Dan hanya kerana itu, benakku terus berlegar ligat mencari Dimocarpus longan lour,walau mulutku mempamer ego,menafi kehendakmu. Kau tahu,aku memang begitu. Suka memberi kejutan.

Malangnya,bagai luruh isi sayang, bagai retak isi kasih,rupanya itu semua bukan hendak dan idammu. Itu idam dan hendak si penerima Dimocarpus longan lour yang sebenar. Aku hanya keldai yang diunjur lobak palsu,demi mencapai dan menggapai dimocarpus longan lour. Terima kasih kerana berani bersemuka. Aku maafkan ,namun aku akui sukar untuk melupakan. Begini rupanya penutup cerita kasih dan sayang yang terbina di pondok usang. Aku kini punya rasa kepahitan tiap kali mencicah dan mencecah manis nya Dimocarpus longan lour. Buat kamu,’pencinta’ Dimocarpus longan lour, yang belum kamu tau manisnya itu dapat kamu rasa atau tidak, mulalah berkira  tentang harganya. Ingatlah ,kamu akan muflis kasih sayang andai kamu terus bergadai demi Dimocarpus longan lour yang kamu agongkan. Moga manis Dimocarpus longan lour dapat kamu kecap,semanis harganya,semanis gadaian mu…

Rupanya, dua biji dimocarpus longan lour ini ‘hadiah’ buatku untuk ku gambarkan rasa ‘manis’ yang kau kecap.

Advertisements
Comments
  1. cik yaya says:

    jangan terus-terusan membunuh aku….

  2. syahmi says:

    jika benar sudah kau maafkan. maka luputkan rasa sesal amarahmu. kerana tiada maaf tanpa rasa ikhlas yg meluputkan sesal amarah.

    jika maaf itu benar.. maka redhokan kesilapannya.. redhokan langkah sumbang remajanya..

    jika maaf itu benar.. moga Allah SWT menimbangmya sbg ibadat disisiNYA..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s