Archive for May 13, 2011

ABSAHAN : PEREMPUAN CANTIK

Posted: May 13, 2011 in ABSAHAN

“SAYA RASA DAN SAYA ALAMI :

PEREMPUAN CANTIK LEBIH CENDERUNG UNTUK MENIPU.”

Kenapa agaknya? mungkin itu pakej untuk cantik yang diperoleh. Atau pun untuk kelihatan cantik,perlu untuk mereka berbohong atau menipu? Menampal bedak setebal 2 inci di muka,memerahkan bibir semerah biji saga, menyuntik botox untuk menyembunyi kedut… bukankah itu satu penipuan? walhal wajah sebenar tidak seindah yang tergambar.Penipuan yang berterusan ini lah mungkin menyebabkan sifat penipu itu sinonim dengan perempuan cantik sehingga menjadi darah daging mereka. Wahai perempuan cantik (atau mereka yang merasakan diri mereka cantik), anda sebenarnya lebih cantik tanpa penipuan…Jujurlah pada diri, nescaya cantik yang semulajadi akan mendekati diri.


Kot labuh untuk wanita.

Posted: May 13, 2011 in ABSAR PRODUK
Tags:

Salam Absarians… Absar perkenalkan kategori baru dalam blog Absarlegal ini untuk lebih memanfaatkan kewujudan blog ini. Kategori baru ini adalah untuk memperkenalkan produk produk dalam senarai barang jualan absar. Jadi dalam erti kata lain juga, ia akan menjadi Galeri maya Absar untuk jual dan beli. Maka,bagi Absarians yang berminat dengan produk produk absar nanti, boleh terus berhubung dengan absar.

Produk pertama adalah Kot Labuh wanita. Harga yang sangat berpatutan dan pelbagai pilihan saiz dan warna. Saiz mengikut ukuran bahu ; m= 12′ , L= 13′ , XL= 14′ , 2L= 15′ , 3 L= 16′ , 4L= 17′ dan 5 L= 18′. Harga pula sangat berpatutan iaitu bagi saiz M, L dan XL, harganya adalah RM50.oo. Bagi yang bersaiz 2L,3L,4L dan 5L, harganya RM 55.00. Namun jika tempahan nya banyak,harganya masih boleh dirunding.

Warna pilihan yang ada adalah hitam ,coklat dan khaki (kelabu). Tempoh tempahan boleh dibuat dalam masa sebulan dengan deposit separuh daripada jumlah harga tempahan. Berikut adalah contoh kot yang dimaksudkan;

Sekiranya berminat, boleh terus hubungi absar di talian 012-9565269 atau di bob_sidqi@yahoo.com…terima kasih.

Dimocarpus longan lour

Posted: May 13, 2011 in ABSARIA

Ini cerita tentang Dimocarpus longan lour. Cerita tentang pegangan dan hubungan yang renggang dek kerana Dimocarpus longan lour. Demi Dimocarpus longan laur, ada yang sanggup bodohkan diri menggadaikan segala manisnya buah kasih sayang yang dirasainya untuk mendapatkan manisnya Dimocarpus longan lour yang belum pasti. Hakikatnya,aku sendiri sememangnya mahukan Dimocarpus longan lour  andai ia adalah kegemaran insan tersayang. Namun ,aku kira aku masih mampu bertindak rasional. Bukan itu harga Dimocarpus longan lour. Benar, ia bukan semahal itu. Kamu tidak perlu gadaikan pegangan dan hubungan demi memilikinya. Lebih lebih lagi jika kamu gadaikannya untuk satu mimpi yang belum pasti jadi realiti.

Sore yang redup jadi saksi gadaian yang kau telah beri. Aku kira, penerima Dimocarpus longan lour boleh tersenyum kerana sudah mampu berkuasa ke atas mu. Sungguh tidak pernah terlintas,benakmu dan jatimu boleh goyah dek kerana dimocarpus longan lour. Bersungguh aku nekad,biar langit mula memerah , biar gelap sudah merangkak, aku perlu dapatkan Dimocarpus longan laur,buat tatapan kamu yang aku sayang, kerana itulah idaman mu ,kerana itulah kemahuan mu. Benar, itu katamu. Kamu idam dan kamu mahu. Dan hanya kerana itu, benakku terus berlegar ligat mencari Dimocarpus longan lour,walau mulutku mempamer ego,menafi kehendakmu. Kau tahu,aku memang begitu. Suka memberi kejutan.

Malangnya,bagai luruh isi sayang, bagai retak isi kasih,rupanya itu semua bukan hendak dan idammu. Itu idam dan hendak si penerima Dimocarpus longan lour yang sebenar. Aku hanya keldai yang diunjur lobak palsu,demi mencapai dan menggapai dimocarpus longan lour. Terima kasih kerana berani bersemuka. Aku maafkan ,namun aku akui sukar untuk melupakan. Begini rupanya penutup cerita kasih dan sayang yang terbina di pondok usang. Aku kini punya rasa kepahitan tiap kali mencicah dan mencecah manis nya Dimocarpus longan lour. Buat kamu,’pencinta’ Dimocarpus longan lour, yang belum kamu tau manisnya itu dapat kamu rasa atau tidak, mulalah berkira¬† tentang harganya. Ingatlah ,kamu akan muflis kasih sayang andai kamu terus bergadai demi Dimocarpus longan lour yang kamu agongkan. Moga manis Dimocarpus longan lour dapat kamu kecap,semanis harganya,semanis gadaian mu…

Rupanya, dua biji dimocarpus longan lour ini ‘hadiah’ buatku untuk ku gambarkan rasa ‘manis’ yang kau kecap.