Archive for May 9, 2011

bila lafaz cinta jadi Shahadah

Posted: May 9, 2011 in ABSARIA

Wanita segagah Gayah,

Perempuan segoyah Roqayyah,

Jatuh dan rebah dengan mudah,

ditolak kuatnya madah cinta yang jadi shahadah,

hilang maruah dek kerana lembutnya lidah,

dulu kononnya tak kan berubah,

katanya, biarlah raganya musnah,

biarlah parit berubah wajah,

biar juga hatinya parah,

Janjinya drama itu tetap temanya gagah,

takkan mudah goyah,

tapi itu sekadar kata yang diconteng indah,

kata mudah dek lembutnya lidah,

namun bila kiblat mula berubah,

bila buah cinta mula berbuah,

bila angin cinta teralih arah,

Gayah yang gagah terus jadi goyah,

Roqayyah yang goyah terus jadi tanah,

tersungkur di kaki madah,

mulutnya penuh debuan kata cinta yang indah,

yang dulu temanya gagah,

kini temanya sudah berubah,

Gayah sudah hilang arah,

Roqayyah juga sudah hilang arah,

Bila lafaz cinta jadi shahadah.

Benar kiasan bahasa; Buang Emak , Buang Saudara, Kerana kekasih hamba turutkan… Jadi jang bersedih,kalau insan yang kamu sayang, pergi kerana CINTA yang baru menjadi kawan, kalu emak sanggup dibuang,inikan pula teman berjuang…Hmm, ini lah lumrah insan.