Archive for April 30, 2011

sukar untuk melepaskan…

Posted: April 30, 2011 in ABSARIA

Lembut lidah mengukir manisnya madah. Benar,mungkin lafaz mu lambang kesucian akal mu dari kenangan semalam yang pahit,namun aslinya ukiran wajah takkan benarkan kata nista beraja bila diri sebenarnya berdusta. Sukar untuk melepaskannya…dek kerana itulah bayang bayang itu sentiasa berlari di setiap sudut binaan hati di setiap celah bilahan minda.

Sukar untuk melepaskan…kenangan semalam zahirnya zarahnya sudah hilang dari pandangan. Lambang ia masih segar berkumandang jelas terpancar bila diri mu dibalut kedukaan bila wajah bertemu wajah, suara terketar melafazkan kata indah ,tatkala berdepan dengan watak semalam,dengan episod yang sudah tamat.

Pesan buat ummat dalam diri ku..Lepaskan lah sepenuhnya. Biarlah yang lalu terbang pergi bersama bayu yang sayu,bersama sayu yang layu. Teruskanlah episod hidup yang baru, kerana kitalah tuan punya cerita, dan kitalah yang menentukan ,penamatnya gembira ataupun duka.