Archive for April, 2011

sukar untuk melepaskan…

Posted: April 30, 2011 in ABSARIA

Lembut lidah mengukir manisnya madah. Benar,mungkin lafaz mu lambang kesucian akal mu dari kenangan semalam yang pahit,namun aslinya ukiran wajah takkan benarkan kata nista beraja bila diri sebenarnya berdusta. Sukar untuk melepaskannya…dek kerana itulah bayang bayang itu sentiasa berlari di setiap sudut binaan hati di setiap celah bilahan minda.

Sukar untuk melepaskan…kenangan semalam zahirnya zarahnya sudah hilang dari pandangan. Lambang ia masih segar berkumandang jelas terpancar bila diri mu dibalut kedukaan bila wajah bertemu wajah, suara terketar melafazkan kata indah ,tatkala berdepan dengan watak semalam,dengan episod yang sudah tamat.

Pesan buat ummat dalam diri ku..Lepaskan lah sepenuhnya. Biarlah yang lalu terbang pergi bersama bayu yang sayu,bersama sayu yang layu. Teruskanlah episod hidup yang baru, kerana kitalah tuan punya cerita, dan kitalah yang menentukan ,penamatnya gembira ataupun duka.

Absar telah masuk kan satu lagi kategori post untuk Absarians iaitu kategori “Kelab Tutor Remaja”. kelab Tutor Remaja ini adalah kelab absar bernaung bagi melebarkan sayap dakwah dan untuk absar mantapkan lagi kemahiran absar mendekatkan diri dengan masyarakat. Memandangkan Absar akan kembali aktif dalam kelab ini,absar akan terus berkongsi dengan kalian aktiviti yang bakal berlangsung dalam kelab ini,secara langsung dalam blog ini. Namun,bagi yang mahu melawat blog KTR,terus saje ke Link di sebelah ini yea.. Kepada ahli KTR,nantikan kemunculan Abg Bob .
.

Antara program yang sempat absar rakam kan sepanjang penglibatan Absar dalam KTR..Seronok dan tak sabar bergiat kembali.

Tahukah Anda? : Haram laa…

Posted: April 10, 2011 in ABSARIA

Merokok Menurut Perspektif Islam (Melaka)

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 3/2003 yang bersidang pada 21 Syaaban 1424H bersamaan 17 Oktober 2007 sebulat suara bersetuju memutuskan perkara berikut :

1. Menerimapakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bahawa merokok adalah haram.

2. Kempen kesedaran anti merokok perlu diadakan dengan lebih serius kepada masyarakat sebelum pewartaan dibuat.

Cadangan Pewartaan Fatwa Larangan Merokok Keputusan:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka Bil. 1/2010 yang bersidang pada 10 Rabiulawwal 1431H bersamaan 24 Februari 2010 sebulat suara bersetuju memutuskan beberapa perkara berikut :

Mewartakan fatwa pengharaman merokok di Negeri Melaka seperti sighah berikut :

a) Merokok adalah haram.

b) Oleh yang demikian, adalah haram bagi mana-mana orang Islam menghisap apa-apa jenis rokok, menjual atau terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam hal yang berkaitan dengan rokok.

c) Bagi maksud fatwa ini, ‘rokok’ ialah tembakau yang digulung dengan kertas atau daun nipah atau selainnya.

d) Larangan ini meliputi kepada sifat serta ancamannya seperti berikut :- – melahirkan sikap serta tabiat yang buruk – mendatangkan kemudaratan dari sudut kesihatan – membawa kepada pembaziran dan pemborosan yang amat ditegah oleh agama.

Emm..di atas ni adalah entry dari web majlis fatwa melaka..Kebetulan terserempak masa cari bahan untuk buat assignment. Sekadar berkongsi…Rokok dan merokok itu haram…Tapi macam tak haram kan? Orang pakai kopiah pun hisap rokok,inikan pula anak muda yang imannya tak menentu..

.konklusinya..hisap rokok..Haram la…

Susahnya menafikan sesuatu bila disitu ada nya konflik kepentingan diri dan kebenaran hakiki…: )

Tarikan vs Tekanan

Posted: April 3, 2011 in ABSARIA

Di akhir akhir minggu pembelajaran ini,maka makin banyak lah tekanan yang wujud. Assignment belum siap,case review belum hantar ,prembentangan belum buat dan sebagainya. Kebanyakan mahasiswa mahupun pelajar ketika ini sedang bergelut dengan tekanan demi menjalankan tugas sebagai seorang pelajar. Bila berbicara soal tekanan,maka suka untuk absar sembang sembang bersama kalian tentang kesan dan punca berlakunya tekanan dan sedikit perbandingan dengan konsep tarikan.

Tekanan atau dalam istilah psychology nya ‘compaling reason’ adalah suatu sebab yang mendorong manusia melakukan sesuatu. Pernah absar menulis tentang entry ‘uncang teh’ yang menjelaskan bahawa kehebatan rasa teh itu hanya akan terhasil apabila ianya berada dalam air yang pans. Herba atau rasa Teh tidak akan terhasil andai ianya di dalam air yang sejuk. Maknanya,kehebatan seseorang itu akan muncul setelah wujudnya tekanan dalam hidupnya. Kemiskinan, kesusahan atau apa saja yang mampu mendorong seseorang berusaha dengan kuat.

Lihat sahaja tokoh tokoh negara,mereka semua majoritinya didorong dengan tekanan. Contoh terdekat, Dato’ Mokhtar Bukhary mulanya sebagai penjual daging,dan Tun Daim sebagai usahawan garam. Tekanan kemiskinan dan kesusahan dalam hidup mereka menjadikan mereka insan kuat dan hebat. Kata pepatah inggeris, ‘ the greatest diaomond come from the greatest pressure’. Maka, andai kita mahukan kejayaan,salah satu caranya ialah letakkan dir dalam keadaan tekanan. Maksudnya, keluarlah dari zon selesa dan bergelumang lah dengan kesusahan.

Salah satu cara lain dalam mencapai sesuatu adalah lawan kepada tekanan iaitu tarikan. Tarikan dalam bahasa mudah nya adalah bentuk dorongan seperti imbuhan dan ganjaran. Ada yang berpusu pusu berusaha mencantikkan wajah untuk menjadi artis kerana mereka tahu ganjarannya adalah diri mereka di kelilingi publisiti. Maka carilah apa apa ganjaran atau imbuhan yang bleh memacu anda mencarisebuah kejayaan.EM,nanti absar akan sambung lagi cerita perihal tarikan in di lain entry. Jumpa anda di puncak kejayaan.

 

Bila hati letaknya di kaki.

Posted: April 2, 2011 in ABSARIA

Lama sungguh x berkongsi rasa. Memang ini tempoh berpantang. Berpantang dek kerana tenatnya hati dan iman.Hakikat Iman adakala rendah dan adakala tinggi. Memang itulah insan .Hakikat kejadian yang penuh dengan kelemahan. Kendati pun begitu, kalau tuhan ciptakan ia nya sempurna ,tiadalah airmata yang membasahi hati yang penuh dengan noda. Kalau insan itu tiada cacat dan cela, tiada pula mutiara zikir menjernih kan duka hati dek kerana dosa.

Namun,bila hati letaknya di kaki,maka ianya akan kekal disalut dan dibalut dengan debuan noda dan kotoran dosa. Detik ini,hatiku letaknya di kaki. Martabatnya rendah dek kerana terlalu banyak menghirup dan mencicah tegahanNya. Rindu rasanya menghirup segar angin pahala. Namun ,diriku seumpama seronok dibaluti dan dikelilingi bara api yang menlingkari hati.

Ya Tuhan, bantulah hamba Mu yang lemah. Aku tahu,hakikat manusia melakar dosa,namun itu bukan lesen untuk dosa bertakhta. Aku rindu pada angin pahala. Aku sayang pada deruan ombak kebaikan dan kesucian. Namun aku tahu,semuanya menuntut pada sebuah pengorbanan. Pengorbanan yang menenggelamkan hawa dan nafsu. Semua perkara ada harganya. Aku perlu berusaha untuk membayarnya,walau dengan apa harganya,kerana aku tau ,ganjarannya adalah sebuah ketenangan.

Bila hati letaknya di kaki, kala itulah aku perlu bersujud supaya hati itu dekat dengan tempatnya yang sejati dan hakiki…

Sujudlah sementara masih ada waktu..