Buah yang diperam di pondok vs buah yang masak di pokok.

Posted: January 15, 2011 in ABSARIA

Pagi hari aku bertanyakan pada seorang teman,apa bezanya rasa buah yang diperam di pondok dengan buah yang masak di pokok? Katanya,memang lagi sedap buah yang masak di pokok.Rasanya lebih segar,lazatnya berbeza dengan buah yang diperam. Buah yang diperam rasanya lebih kelat dari buah yang sememangnya dah masak. Tapi tambahnya,ada jenis buah yang perlu diperam sebelum ia masak dan tak elok dibiarkan ia masak di pokok. Maksudnya,andai dibiar buah itu masak di pokok,risiko untuk dimakan binatang seperti tupai dan kelawar atau jatuh ke tanah dan rosak lebih tinggi.Contohnya buah ciku.Perlu untuk diperam dan tak boleh dibiarkan masak di pokok.Sebabnya,ia akan jatuh ke tanah jika ia masak di pokok.

Aku terfikir,banyak perkara yang aku inginkan ianya seperti buah yang masak ranum di pokok.Aku tidak mahu mengambil usaha dan masa untuk mengambil dan menunggu buah yang diperam itu masak.Aku mahu semuanya mudah dengan sekadar memetik buah yang masak dan menikmatinya tanpa apa apa keringat yang perlu aku tabur. Aku juga mengagak,buah  yang diperam rasanya berbeza.Hakikatnya aku lupa,tuhan menjadikan buah buah ini berbeza asal usulnya. Ada yang perlu diperam,dan ada yang boleh dimakan terus.

Lumrah manusia,lebih indah dan mudah,jika memetik buah yang masak ranum di pokok.Tanpa sekelumit pun berfikir,bahawa sebenarnya bukan mudah untuk mendapat buah yang sebegitu,yang baik rupanya dan lazat rasanya. Benihnya perlu dari yang terpilih,bukan yang berselerak di tepian jalan.kemudian perlu ditanam di tanah yang subur kondisinya, seterusnya perlu dibajai dan disirami.

Dalam proses membesar,benih yang bercambah menjadi pohon,perlu dilindungi daripada pelbagai anasir luar,mahupun penyakit dalaman. Hujan ribut, panas terik mahupun penyakit perlu diatasi dan dihadapi dengan berhikmah. Akhirnya,barulah berputik dan berbuah dengan buah buah yang lazat. Maka,yang layak untuk menikmati kelazatan buah tersebut hanya lah orang yang mempunyai kapasiti dan kelayakan untuk memilikinya. Harga sebiji buahan yang lazat rasanya,boleh diukur dengan wang ringgit dan hanya yang mempunyai “wang ringgit” mampu untuk memilikinya..

Berbeza keadaannya dengan buah yang perlu diperam sebelum dapat dimakan. Perlu jua sabar dan tabah dalam proses memeramnya. Sememangnya rasa dan kesegarannya berbeza dengan buah yang sudah masak di pokok. Hakikatnya,kejadian tuhan itu ada hikmah nya.Samada ia tersurat ataupun tersirat,Manusia hanya perlu sekelumit masa dan usaha untuk sejenak memikirkannya,apa sebenarnya yang ingin tuhan cerita dan beritakan buat aku dan kita.

Apapun hasil buah yang diperam,aku dan kita perlu pandai memanfaatkannya. Andai ia mampu masak ranum,pasti lazatnya tak jauh beza dengan buah yang masak di pokok.Andai ia tak mampu masak seperti buah yang masak di pokok,mungkin ia boleh dibuat jeruk atau asam yang juga menjadi kegilaan ramai manusia.

Hakikatnya,apakah aku dan kita pernah berterima kasih dan bersyukur pada Dia,atas nikmat buah yang diberi? Yang aku dan kita tahu hanyalah membebel dan merungut pada kekelatan dan kepahitan buah yang diberi mahu pun dibeli. Tatkala dapat buah yang masak ranum,kita bersandar dan tersenyum. Namun bila diuji dengan buah yang kelat dan pahit rasanya,yang menuntut ianya diperam terlebih dahulu,kita merengek dan merungut menuntut kesempurnaan.

Benar,aku dan kita jarang bersyukur. Tak kiralah diberi buah yang masak ranum di pokok atau yang perlu diperam di pondok,kita manusia perlu pandai mentafsir,hikmah dan nikmah pemberian sebiji buah .Biar rahmah mahupun musibah,semuanya ada hikmah. Sama sama aku dan kita bermuhasabah merintih cinta dan redho pemberi buah.

Bukan mudah mahu hasilkan sebiji strawberry yang ranum dan lazat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s