India banjir,monyet demam dan sawit kering…

Posted: January 9, 2011 in ABSARIA

Tahun baru terheret dengan masalah tahun sebelumnya. Isu harga barang naik umpama tiada jalan penyelesaian.Soal minyak kenderaan bukan lagi isu sensasi.Kini hadir isu keputusan minyak masak di pasaran.Bagai nak sawan,kementerian Pengguna mencari penyelasaian.Kata sesetengah orang,minyak sawit kita dah kekeringan minyak.Agak pening bila difikirkan bahawa Malaysia antara pengeluar sawit terbesar dunia,mengalami krisis ketandusan minyak masak di pasaran tempatan.Maka menangislah mak timah si penjual pisang goreng meratap bantuan kerajaan supaya isu minyak diselesaikan.Mungkin perlu diberi lebih elaun pada warga Felda untuk bekerja lebih keras,memerah sawit di ladang ataupun diberi baja yang lebih berkualiti untuk sawit kita agar buah nya sebesar buah epal.Maka Mak Timah terpaksa menebalkan muka mengemis bantuan orang dalam rancangan ‘sayang di sayang’ untuk menyara suaminya yang perlukan ubat yang berterusan bagi menyembuhkan penyakitnya.Hmm,marhean terus menjadi mangsa.

Isu santan naik melonjak harganya,setengah orang kata,monyet monyet di Malaysia demam dek kerana hujan yang tak henti henti.Maka,tuan punya monyet terpaksa panjat pokok kelapa sendiri.Maka keringat yang diberikan itulah punca harga santan naik.Isk,sedih bunyi nya.Maka merataplah makcik bedah si pembuat kuih,yang menyara 10 anaknya dengan menjual kuih 3 biji seringgit.Mana taknya,nak dinaikkan harga,pelanggan lari maka duit pun lari.Kalau tak dinaikkan harga,kos santan mahal,duit pun tetap lari.Bagai diluah mati mak ,ditelan mati bapak.Nampak gayanya,anak anak makcik bedah terpaksa ke sekolah dengan kasut dan seragam yang di pakai 3 tahun lepas.Biar pun campang comping ,apakan daya,santan jadi punca.Sekali lagi ,marhean jadi mangsa.

Masalah bawang yang ongkosnya naik hampir mencecah Rm6 sekilo cukup merubah menu warga Malaysia. Bawang yang dulu jadi bahan penting makanan,kini diganti dengan lain sayuran.Setengah orang kata,harga bawang naik,sebab banjir teruk di India. Maka kesannya diheret ke pasaran Malaysia.Maka menangis lah Pak mat si pembuat roti canai bawang,dek kerana peminat roti bawang lari bertempiaran,kerana rotinya naik dua kali ganda harganya.Nampak gayanya,anak pak mat minum air paip la ke sekolah.Untuk ke sekelian kalinya,marhean terus jadi mangsa.

Perlu ke cari alasan? Selesaikah masalah dengan alasan? yup,jawab nya P.E.R.L.U… Alasan kenapa perlukan alasan adalah kerana kita sememangnya terdidik untuk memberi alasan ,agar yang tempang nampak sempurna,yang tak bertanggungjawab tampak hebat dan yang bodoh nampak bijak.Hmm,Manusia yang cacat mahu jadi malaikat.Hakikat yang perlu diikat,kita ini ada baik dan jahat.Iman senipis hirisan bawang nafsu pula seluas lautan.Maka apa yang perlu bukan jadi malaikat,tapi banyakkan yang baik,kurangkanyang jahat.Kuatkan Iman dan pandukan nafsu.

Tuntas,masih perlukah ber alasan??? Jawab nya .T.I.D.A.K…Apakah salah mengaku salah? Apakah bodoh mengaku bodoh? Apakah gila untuk mengaku gila? Dua persoalan pertama,memang tak salah dan tak bodoh untuk mengaku sedemikian rupa.Kerana melalui pengakuan lah kita rentetkan perubahan.Perubahan ini lah yang kita dambakan bagi membantu Mak Timah, Makcik Bedah , Pak Mat dan ramai lagi marhean yang sangat terusik dengan perubahan iklim ekonomi negara walau sepuluh sen naiknya.

Dan bagi soalan terakhir,memang gila kalau seseorang itu mengaku dia gila. Hahaha. Sedangkan orang gila pun tak mengaku gila,melainkan mahu lari dari hukuman gantung.Sembelih mak,potong kepala bapak,n tikam dada anak,kemudian bagitau sama Tok Hakim,’saya orang gila..’ InsyaAllah selamat dari tali gantung.Tips penting buat anda,di awal tahun.: )

Konklusinya,alasan itu perlu namun bukan pengecualian untuk mengelak kesalahan. Kesalahan perlu diakui,dan perubahan perlu dicari. Kita masih bersisa 10 tahun ke arah negara maju,namun apa yang lebih penting kebajikan rakyat perlu dijaga.Apa guna Negara yang maju fasilitinya,tapi Pak Mat,Mak Timak dan MakcikBedah terus dihimpit sesak dada dan kebuntuan dalam kehidupan mereka.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s