bukan mudah.

Posted: December 15, 2010 in ABSARIA

Ada yang kata,janjinya akan dipatri dan katanya akan dikota…hakikatnya,itu bukan perkara mudah. November dan Disember,aku dihimpit,terkepit dan tersepit dalam pelbagai situasi jua kondisi. Lemah, rebah ,resah dan berdarah,mainan jiwa tiap hari yang dilalui. Ku rasa diri berseorangan berjalan,ditemani tajam duri semalu dan pahitnya si rajawali. Ku cuba merintih  perhatian dari kawan dan lawan.Harapan ku cuma satu,biar aku bertambah kuat. Memang, bukan mudah. Terkadang aku bukan kuat untuk memberi kekuatan pada org lain. Namun kefahaman ku, bila aku menguatkan orang lain,kurang lebih aku jua terasa bahang nya.

November dan Disember, aku cuba redha dan pasrah. Pelbagai sudut hidup seolah menghimpit dan menyempit. Sesak susuk tubuh ku ,seolah meruntun dan merintih agar diberi ruang udara. Namun aku perlu sedar,hidup ..bukan mudah. Kata guruku,kalau mahu berjaya,jadilah seperti uncang teh yang direndam dalam air yang panas. Aroma dedaun teh hanya dapat dihidu tatkala direndam di dalamnya. Lazat dan nikmat hanya wujud selepas kita dipaksa dalam suasana terseksa.kita umpama uncang teh,dan hidup umpama air yang panas.Itu pun kalau kita memilih untuk berjaya..namun kalau mahu bersenang lenang dalam ais, anda boleh teruskan.Teruskan dengan kegagalan. Bagi aku,aku mahukan kejayaan. Aku setuju denga kata bidalan,’ No Pain ,No Gain’. Tuhan pun telah berpesan dalam suran Al Insyirah..Inna maal usri yusra ,wa inna maal yusri usra..mafhumnya,akan ada kesenangan selepas kesusahan dan begitu sebaliknya.

Namun isu dan isinya tetatp sama,  yang ingin ku kongsi, semua nya bukan mudah. Hidup ini adalah ujian..mati juga adalah ujian. pendek kata semuanya ujian. Persoalan nya untuk apa? jawapannya,agar aku menjadi kuat.Bila aku pohon pada tuhan ,apa yang aku mahu, Dia beri apa yang aku perlu. Bila kemahuan tidak dituruti,aku buta mata hati ditutp oleh akal dan nafsu sendiri.Walhal tuhan mahu aku belajar,belajar menjadi kuat. Tapi sekali lagi,semuanya bukan mudah. Namun  sekarang aku sedar,aku perlu dan aku akan pastikan diriku bertindak matang. Hidup ku bukan untuk disanjung mahupun dijunjung oleh orang lain.Cukup aku menjadi raja dalam diriku. Apa guna jadi raja di hati orang lain,tapi hakikatnya aku hamba pada diri sendiri. Aku mungkin seolah olah diangkat seperti aku lah jagoan yang patut didamba,walhal aku sendiri seolah jaguh kontang jiwa,juara yang bisu lagaknya .Aku punya matlamat,dan aku akan pastikan ia aku rapat dan akhirnya aku dapat. Namun sekali lagi..bukan mudah.

Di akhirnya,benar..bukan mudah,tapi bukan mustahil. Itu juga aku tahu. Walau aku tahu..bukan mudah namun tetap akan aku redah. Andai kau tanya untuk apa..aku akan berkata,untuk diriku semata mata..benar,untuk diriku semata mata. Sudah lama aku meronta,aku perlu lepas kan diriku yang palsu ini,untuk aku kenal diriku yang sebenar. Benar, Jadilah Raja pada diri sendiri, InsyaAllah,kamu angkat diangkat sebagai Raja di hati orang lain…

Advertisements
Comments
  1. sis efa says:

    >>in term..

    ” kita umpama uncang teh,dan hidup umpama air yang panas.Itu pun kalau kita memilih
    untuk berjaya..namun kalau mahu bersenang lenang dalam ais, anda boleh
    teruskan.Teruskan dengan kegagalan..”

    p/s: i agreed wt you..tO acchiEve success, we need 2 get Out frOm de cmfOrt zOne…
    thNks 4 diz artcle….seems like 2 xplOre mOre….iN fAct, peOple leArn 2 chNge..
    (me either)…wOrk hrder…try 2 use diz oppOrtNy..(ur wOrds)…tzkiyAh li nAfs!!
    ilAl ummAh….,,

  2. bukan mudah untuk menjadi Raja pada diri sendiri..
    tapi,mudah untuk menjadi Raja di hati orang lain…~

    saat tersepit,terhimpit,terkepit,itu semua dugaan untuk kita lebih mengenali erti kehidupan..jangan mudah mengalah,kerna kau lebih tahu apa yang PERLU dilakukan..
    Usah merasa keseorangan tatkala berjalan c0z..
    ‘we always walk t0gether’..

    Hidup ini indah apabila kita gembira dengan apa yang kita miliki,
    bukan menuntut pada kesempurnaan atau pun mahukan yang lebih baik…:)
    Salam sukses wahai encik hati kolam..:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s