Archive for December, 2010

Tahukah anda?

Posted: December 27, 2010 in ABSARIA

Hmm,sebelum ini entry “Tahukah Anda?” hanya membincangkan isu perundangan. Kali ini sengaja saya mahu selitkan info yang saya kira penting buat semua. Ianya bermula apabila saya bertandang ke rumah sahabat baik di Negeri Sembilan baru baru ini. Kucing menjadi temannya ketika kesunyian. Isunya,apakah kesan atau hukum bulu binatang ini ? Mengikut mazhab Syafie dan Hanbali, Bulu kucing ataupun haiwan senagkatan dengannya yang tertanggal dari tubuhnya adalah NAJIS. Bukan setakat kucing , tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan menjadi najis apabila tertanggal dari tubuh badannya,samada semasa ia hidup ataupun mati. Namun,menurut Hanfi dan maliki,ia adalah suci.

Jika bulu binatang yang tidak halal dimakan seperti kucing, monyet ,musang dan sebagainya terpisah dari badan ketika binatang itu masih hidup,maka bulu tersebut adalah najis. Demikian juga dengan anggota anggotanya yang lain jika bercerai dari badannya itu adalah dikira bangkai. ( Mughni al Muhtaj, Kitab Al Taharah, Bab al Najasah,Jil 1, hlmn 115) .

Maka,jika mahu solat ,perlulah diberi perhatian akan perkara ini. Menurut syarak , syarat sah solat itu hendaklah bersih daripada segala najis baik pada pakaian, tubuh badan ataupun tempat sembahyang. oleh itu jika terdapat bulu binatang yang dihukumkan najis pada pakaian atau badan maka sembahyang itu tidak sah kerana menanggung sesuatu yang najis . kecuali jika bulu najis itu sedikit, seperti sehelai dua,kerana ia dimaafkan. Melainkan bulu anjing atau babi,walau sedikit,tetap najis. (Al Fiqh al Islami wa adilatuh,Jil 1 hlmn 175).

 

P/s: Sumber rujukan: http://azharaziz.blogspot.com

 

Tak payah sembahyang…

Posted: December 27, 2010 in ABSARIA

Teringat cerite dari seorang ustaz yang berkongsi lawak dari kisah seorang penuntut kitab kuning (kitab agama lama yang muka suratnya kekuningan sebab dah terlalu lama usianya),ditambah pula dengan cerita panas ‘Aku Masih Dara’ yang baru ditayangkan di pawagam ,membuatkan aku ingin berkongsi sedikit komentar berkenaan dengan sembahyang ni. Cerita ustaz tu,katanya,ada seorang penuntut kitab kuning ni,mengistiharkan dirinya sudah sampai peringkat sufi dan tak perlu untuk sembahyang lagi.Katanya menurut kitab tersebut,bila sudah sampai tahap sufi,maka ‘tak payah untuk bersembahyang’ .Glosari ‘tak payah’ bukanlah merujuk kepada ‘tidak perlu’ tetapi dimaksudkan sebagai ‘tidak susah’ yang membawa makna,tatkala sudah sampai peringkat sufi, orang tersebut tidak hadapi masalah dan senang untuk solat. Hal ini disebabkan kefahaman sufi akan kepentingan solat dan kewajipannya sebagai seorang muslim. Apa kaitan dengan cerita ‘Aku masih Dara’?

Disember, aku sempat bersama Fruitale meluangkan masa di pawagam.Bukan dirancang,tapi bagi memenuhi ruang masa. Cerita nya dipilih rambang. Ditakdirkan ‘Aku Masih Dara’ jadi pilihan. Hmm,cerita nya bermesej walau pada permulaannya aku hampir mahu meninggalkan panggung dek kerana perkataan jijik dan aksi panas yang memanaskan kerusi ku untuk bangkit keluar. Tapi aku cuba berbaik sangka dan akhirnya dapat jua ku bertahan dan fahami apa yang ingin disampaikan oleh pengarahnya. Ada satu rangkap dialog yang membuatkan aku tertarik dengannya. Hani,watak perempuan sundal dalam cerita ini, mempersendakan ibu dan ayahnya yang boleh dikatakan taat mendirikan solat (walau tak da satupun scene yang tunjuk diaorg solat). Kata Hani,’Mak aku sembahyang, ayah aku sembahyang, tapi hidup merempat jugak..buang masa je!’…Huh,bikin panas bukan. Itulah pahit yang perlu kita telan. Realiti yang perlu kita berdepan. Masyarakat kian kembali pada zaman jahil. Benar kata Nabi,Islam itu datangnya dagang,dan ia akan kembali dagang. Apa maksud nabi? Islam dulunya dianggap asing,namun dengan dakwah nabi,ia diterima dan didakap erat oleh penganutnya. Namun kini, Islam kembali dangang dan benarlah ,ia sudah kembali asing.

Orang pelik tengok wanita bertudung labuh,tapi tak pula pelik tengok wanita berbaju sendat. Orang pelik tengok lelaki berkopiah,tapi tak pula pelik tengok lelaki berseluar pendek. Hmm ,opss, itu nanti kita sama sama bincang dalam isu yang lain. Dalam kepala dah ada satu lg entry,yang tajuknya ada kaitan dengan dialog dalam cerita ni…Katanya,’orang pakai tudung ni,nak tutup love bite,so kau pakai la tudung,bleh la tutup love bite tu’. Tapi tu nanti k. I nak bincang sal solat dulu.: )

Memang,tak ku nafikan.Aku sendiri pernah terdetik,kenapa orang Islamyang  majoritinya dihiasi dengan kemiskinan dan kepapaan. Kenapa Lim Goh Tong cina kafir pula dipakaikan dengan kemewahan dan kekayaan,kenapa ananda krishnan y ang tak pernah rukuk dan sujud pula yang jadi jutawan dan hartawan…Hmm Ini fitnah! Fitnah yang perlu kita sama sama sedar.Bukan Islam punca kemiskinan. Bukan Islam punca kepapaan. Tapi Muslim itu sendiri. Dan ingat,Firaun,qarun dan sebagainya ,tak pernah sujud pada tuhan,tapi diberi kekayaan dunia yang takkan habis walau pun untuk 1 juta tahun. Itu kerana sifat Rahman dan Rahim tuhan. Biarpun Qarun dan firaun atau Lim Goh Tong dan Ananda tak pernah sujud padaNya, tapi mereka berusaha untuk mencari kekayaan. Dengan sifat penyayang tuhan,Dia berikan segalanya, tanpa mengira Hambanya sujud atau tidak pada Nya. Allahhuakbar!

Kita perlu sedar, Tuhan tak akan ubah hidup sesuatu kaum itu,selagi kaum itu sendiri yang merubahnya. Itu janji tuhan. Maknanya,walau si hamba itu solatnya 24 jam sehari,tapi tak pun mahu berusaha mencari harta ,takkan tuhan turunkan harta dari langit untuk isikan perut mereka.Justeru,ianya perlu seimbang atau dengan kata lainnya wasotiah. Dunia kita angkat ,akhirat kita genggam.

Tapi bagi muslim,perlu beringat. Kadang kadang kemewahan buat kita lupa dan alpa. Sebab itulah,kadang kita dah berusaha,tapi tak juga kaya kaya. Jika itu yang terjadi,bersangka baiklah pada tuhan.Beringat,kita hamba,bukan nya tuan untuk punya semuanya. Maha Pencipta tahu apa yang terbaik untuk Hambanya. Aku pernah tersentak dan tersedar,bahawa dengan kesusahan dan kemiskinan lah boleh buat si hamba sentiasa merasakan dirinya hamba. Mungkin tuhan tahu,jika kita kaya,kita akan lupa pada Nya.Dek keran sayang pada kita,Dia berikan apa yang kita perlukan dan bukan apa yang kita mahukan.Pun begitu tuhan tak pernah menfikan kebebasan hanmbanya untuk mengumpul kekayaan,asalakan semuanya dilakukan keranaNya.

Satu perkara lagi, Solat itu wajib buat semua muslim. Namun jangan pernah menganggap dengan kewajiban yang tertunai itu boleh dijadikan tiket untuk mengejar kemewahan ataupun kesenangan. Semuanya hanya denganrahmat dan redho tuhan. Kita tak mampu membeli syurga dengan kewajipan yang dilaksanakan,tapi hanyalah dengan redho dan rahmat dari Allah. Justeru jangan berbangga dengan amala yang dibuat,kerana belum pasti itu jadi tiket ke syurga. Jangan pula terlalu sedih dengan dosa yang lalu ,kerana kita manusia,ada pasang dan surutnya iman dan hapuskanlah ia dengan taubat kepada Maha Penerima Taubat. Kita bukan malaikat yang taat membuat amal,namun kita jua bukan syaitan yang hanya tahu mengagungkan kemungkaran. Kita manusia,ada kalanya bersifat malaikat dan ada kalanya bersifat syaitan. Itulah manusia…tiada yang sempurna.

Tuntas, ayuh kita jauhkan fitnah itu dari Islam.Islam itu tinggi dan tidak ada yang tinggi melainkan Islam. Jangan pula kita Muslim sendiri  merendahkan martabat Islam di mata kafir.Muhasabah untuk diriku dan diri mu bersama…

Kisah Hati yang resah.

Posted: December 22, 2010 in ABSARIA

Hati itu kata orang ,berubah ubah sifatnya. Selari dengan makna glosari  ‘Al-Kalbu’ yang bermaksud ‘berbolak balik’.Pesan seorang teman,bila hati itu resah, biarlah resah itu bernilai ibadah,bukan nya mengundang padah. Banyak yang tersirat dari apa yang tersurat. Aku resah.Namun apakah resah ku itu bernilai ibadah. Atau sekadar mengundang parah dan padah yang akhirnya ia menuju susah dan punah.

Hari hari aku berdepan dengan banyak hati.Hati hati aku cuba mengenali hati agar tidak ada yang terasa hati. Namun tetap ada yang sakit hatidan jauh hati bila aku tak berhati hati dalam mengenal hati hati ini. Akhirnya aku sedar. Tak mudah mahu puas kan hati semua hati. Sebab hati itu berubah ubah sifatnya. Sekali lagi,berbolak balik maknanya. Terkadang susah hati aku berfikir ,bagaimana mahu puaskan hati semua hati.Sudah ku cuba sekuat hati,namun masih banyak yang makan hati.Mula lah hati hati ini jauh hati,jauh sekali untuk jatuh hati.

Tapi awas,walau apa keadaan hati,jangan biar hati itu mati. Kerana bila hati mati,budi itu sudah tidak lagi menjadi erti. Benci pula mudah menjadi sebati dalam diri. Walhal hati itu tetap hati.Cuma ia telah mati. Justeru,bagaimana mahu dihidupkan  hati ? Sekadar perlu berhati hati mengenal hati. Ia mati dek kerana terlalu turutkan kata hati. Andai hati berpaksi pada tuhan Insani,insyaAllah,syurga jadi matlamat abadi. Namun jika hati mahu kejar duniawi,bidadari hanya dalam mimpi,bau syurga jauh sekali.

Aku ingin bercerita perihal hati.Kerana ketika detik ini,hatiku seolah olah mati.Mungkin mati kerana aku sendiri pun tidak pasti,ke mana dan apa yang ingin aku cari.Akhirnya aku pasti,yang aku masih belum layak bercerita soalnya hati,sebelum aku benar benar pasti,yang aku sudah bersedia,menerima apa jua bentuk hati,untuk ku satukan hatinya,dengan hati ku yang lara dan banyak lompongnya. Mungkin perlu,untuk ku rawat terlebih dahulu,hati ku yang penuh dengan sakit dan carik,sebelum ku penuhi segala rahsia hati mahupun ruang hati… Sabarlah wahai hati, usah kau resah,usah kau gelisah,kerana Dia lebih tahu,apa yang terbaik untuk mu.Teruskan wahai hati,pujuk hati mu,untuk terus hidup sebagai hati yang senang , tenang lagi terang disinari pelita hati…

Benar,belum tiba masanya untuk ku bercerita soalnya hati…walau sebuah cerita tentang… ‘kisah Hati yang resah…’

bukan mudah.

Posted: December 15, 2010 in ABSARIA

Ada yang kata,janjinya akan dipatri dan katanya akan dikota…hakikatnya,itu bukan perkara mudah. November dan Disember,aku dihimpit,terkepit dan tersepit dalam pelbagai situasi jua kondisi. Lemah, rebah ,resah dan berdarah,mainan jiwa tiap hari yang dilalui. Ku rasa diri berseorangan berjalan,ditemani tajam duri semalu dan pahitnya si rajawali. Ku cuba merintih  perhatian dari kawan dan lawan.Harapan ku cuma satu,biar aku bertambah kuat. Memang, bukan mudah. Terkadang aku bukan kuat untuk memberi kekuatan pada org lain. Namun kefahaman ku, bila aku menguatkan orang lain,kurang lebih aku jua terasa bahang nya.

November dan Disember, aku cuba redha dan pasrah. Pelbagai sudut hidup seolah menghimpit dan menyempit. Sesak susuk tubuh ku ,seolah meruntun dan merintih agar diberi ruang udara. Namun aku perlu sedar,hidup ..bukan mudah. Kata guruku,kalau mahu berjaya,jadilah seperti uncang teh yang direndam dalam air yang panas. Aroma dedaun teh hanya dapat dihidu tatkala direndam di dalamnya. Lazat dan nikmat hanya wujud selepas kita dipaksa dalam suasana terseksa.kita umpama uncang teh,dan hidup umpama air yang panas.Itu pun kalau kita memilih untuk berjaya..namun kalau mahu bersenang lenang dalam ais, anda boleh teruskan.Teruskan dengan kegagalan. Bagi aku,aku mahukan kejayaan. Aku setuju denga kata bidalan,’ No Pain ,No Gain’. Tuhan pun telah berpesan dalam suran Al Insyirah..Inna maal usri yusra ,wa inna maal yusri usra..mafhumnya,akan ada kesenangan selepas kesusahan dan begitu sebaliknya.

Namun isu dan isinya tetatp sama,  yang ingin ku kongsi, semua nya bukan mudah. Hidup ini adalah ujian..mati juga adalah ujian. pendek kata semuanya ujian. Persoalan nya untuk apa? jawapannya,agar aku menjadi kuat.Bila aku pohon pada tuhan ,apa yang aku mahu, Dia beri apa yang aku perlu. Bila kemahuan tidak dituruti,aku buta mata hati ditutp oleh akal dan nafsu sendiri.Walhal tuhan mahu aku belajar,belajar menjadi kuat. Tapi sekali lagi,semuanya bukan mudah. Namun  sekarang aku sedar,aku perlu dan aku akan pastikan diriku bertindak matang. Hidup ku bukan untuk disanjung mahupun dijunjung oleh orang lain.Cukup aku menjadi raja dalam diriku. Apa guna jadi raja di hati orang lain,tapi hakikatnya aku hamba pada diri sendiri. Aku mungkin seolah olah diangkat seperti aku lah jagoan yang patut didamba,walhal aku sendiri seolah jaguh kontang jiwa,juara yang bisu lagaknya .Aku punya matlamat,dan aku akan pastikan ia aku rapat dan akhirnya aku dapat. Namun sekali lagi..bukan mudah.

Di akhirnya,benar..bukan mudah,tapi bukan mustahil. Itu juga aku tahu. Walau aku tahu..bukan mudah namun tetap akan aku redah. Andai kau tanya untuk apa..aku akan berkata,untuk diriku semata mata..benar,untuk diriku semata mata. Sudah lama aku meronta,aku perlu lepas kan diriku yang palsu ini,untuk aku kenal diriku yang sebenar. Benar, Jadilah Raja pada diri sendiri, InsyaAllah,kamu angkat diangkat sebagai Raja di hati orang lain…