Kan bagus kalau…

Posted: November 4, 2010 in ABSARIA

Saya teringat kepada satu cerita yang dikongsikan oleh seorang pakar motivasi seketika dahulu. Ceritanya tentang seorang remaja lelaki yang cuba memikat hati seorang gadis.Biar saya namakan si lelaki ini sebagai aziz dan si gadis ini wani ( bukan nama sebenar ). Al kisahnya, Aziz ini cukup tertarik dengan perwatakan Wani yang baginya cukup bersahaja, wajah yang ayu dan bagi Aziz, semuanya cukup dengan citarasanya. Maka bermulalah misi Aziz untuk memikat hati seorang gadis bernama Wani. Aziz mula bertanya pada kawan kawan wani, apakah citarasa wani dan lelaki macamana yang wani suka kana. Tuntas, Aziz mula berubah tingkah , mentransformasi wajah demi menambat hati sang Gadis. Ke mana saja wani pergi, pasti di situ ada Aziz. Namun ,walau pelbagai cara dan gaya telah diapungkan, Wani seolah olah tidak langsung menyedari kehadiran Aziz dalam hidupnya, apatah lagi terjentik hatinya untuk jatuh cinta pada Aziz.

Tibalah ke satu hari, Aziz dan wani telah menyertai satu perkhemahan badan beruniform. Aziz masih lagi dengan misinya, membantu wani bila dia perlukan pertolongan, berpakaian kemas ,bersisir rapi dan sebagainya , namun wani masih tidak terpaut dan tertarik dengan watak yang cuba ditonjolkan Aziz. Aziz kepenatan melakonkan watak “palsu” nya dan akhirnya tertidur di atas para di bawah sepohon pokok. Sedang nyenyak dan enak Aziz tidur,wani melintasi para tersebut dan melihat tingkah Aziz ketika tidur. Aziz yang sudah dilamun mimpi, tergaru garu, sedikit berdengkur dan bergolek ke kiri dan ke  kanan mencari keselesaan. Wani seolah olah terpukau dan terpikat dengan ‘kecomelan’ Aziz ketika tidur . Tingkah yang langsung tidak disedari Aziz itu rupanya telah menambat hati Wani yang selami ini diburu oleh Aziz. Tatkala perkhemahan itu berakhir, wani akhirnya menyatakan isi hatinya kepada Aziz.

Falsafah di sebalik cerita ini adalah, JADILAH DIRI SENDIRI. Watak yang tuhan bagi kepada kita itu sudah menjadi watak terbaik untuk bumi ini. Sering kali kita dengar ungkapan “kan bagus kalau aku jadi macam dia..” kan bagus kalau kau ni jadi macam ni..” dan seumpamanya terkadang salah pada tempatnya. Tidak dinafikan , setiap insan cuba mengejar ke arah kesempurnaan ,biarpun kita tahu tiada yang sempurna di dunia ini. Namun terkadang, kita lupa untuk mengucap syukur atas apa yang diberi oleh tuhan kepada kita dan terus mengharap kepada kesempurnaan.

Akhirnya, ayuh kita muhasabah dan mujahadah..ingatlah bahawa apa yang diberi tuhan itu,selayaknya diterima oleh setiap hambanya. Jangan cuba untuk menjadi orang lain,hanya keran mata dan hati kita mengatakan ,mereka itu lebih sempurna wataknya.Kalau ada yang diberi tuhan ‘sangat cantik’ parasnya,pastinya tuhan tahu dia mampu untuk mengelakkan fitnah dek kerana cantiknya paras rupanya. dan bukan lah bermaksud yang kurang cantik parasnya itu bukan kerana tidak mampu menahan fitnah,tapi kerana tuhan sayang padanya,maka kerana itulah dijauhkan fitnah dek kerana kecantikan paras rupa.

Konklusinya,sentiasalah bersangka baik pada Robb, kerana Dialah yang Maha Mengetahui setiap perkara yang berlaku di langit mahupun di bumi. Kata orang, terkadang kita menangis kerana tuhan tenggelamkan Matahari dan hadirkan hujan beserta ribut. Walhal kita tidak tahu ,tuhanrupanya mahu hadiah kan pelangi yang cantik yang akhirnya mengukirkan senyuman pada wajah kita semua. Kata seorang sahabat, tuhan berikan ku derita,supaya aku belajar menghargai sebuah bahagia dan tuhan biar kan aku menangis,supaya aku tahu tangisan itu adalah harga sebuah kegembiraan. Sentiasalah bersangka baik pada Nya…

Advertisements
Comments
  1. cik aiN says:

    Salam…

    Alangkah bagus juga andai kita juga berupaya mengawal tingkah laku diri. Bukan bermaksud menjadi diri sendiri itu tidak bagus. Bagus, cumanya bukan dalam semua hal kita berupaya untuk menyenangi orang-orang di sekeliling kita dengan mempamerkan segala sifat peribadi. Alangkah bagus, andai semua orang berasa selesa di samping kita. Saya mengkagumi sikap Aziz, yang tidak pernah mengenal erti putus asa.

    Andai mahu mencapai sesuatu, lakukan dengan perlahan-lahan kalau kau tahu dia tidak suka perasaanya didesak. Jangan ‘gelojoh’. Andai dia jodohmu, kadang kau cuma perlu membisu. Jodoh kan rahsia Allah.

    ^_^

  2. Anis Hashim says:

    Salam..Best la Kali Ni.. TQ ..Sgt Membanggakan Kerana Menyayangi DAN Menerima Diri Sendiri.. Alangkah Cantiknya Jika Tidak Mempersiakan Diri Sendiri Yg Dianugerahkan ALLAH SWT dengan perkara2 Munkar =)

  3. the sicret 0ne,,haha says:

    Jodoh itu rahsia Allah..sukee..
    Akhi B0b,betulll…rileks2 je ea..ngeee..:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s