Universiti Islam Sultan Zainal Abidin( UnISZA)

Posted: October 25, 2010 in ABSARIA

Salam buat semua. Terdetik di hati ingin berkongsi sebabak pemikiran yang dah lama tak diberi. dah lama ku intai ruang masa untuk berdiskusi sebegini tapi malangnya masa perlu diberi pada yang lebih perlu.Isunya perihal universiti tercinta,UniSZA. Dulu namanya Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) ,di pertengahannya namanya Universiti Darul Iman, dan kini namanya Universiti Sultan Zainal Abidin. Sengaja saya ubah Unisza itu kepada Universiti Islam Sultan Zainal abidin agar dapat menarik perhatian kalian. Asasnya,kita tahu, bahawa tapak ilmu ini ,adalah sebuagh kolej agama,diheret oleh institusi politik makawa wujudlah ia sebagai sebuah institusi pengajian tinggi . Saya pernah berbual dengan beberapa orangtermasuklah pegawai mahupun pensyarah.Soalan yang hampir serupa namun nada mungkin berbeza,kenapa agaknya,kita tak letak Unisza ni Sebagai Universiti Islam,walhal,dulunya ia adalah Kolej agama. Rangkuman jawapan yang diberi hampir sama,kata mereka,apa ada pada nama. Awalnya saya agak bengang denga jawapan mudah yang hanya dijung lidah tanpa mereka ikat dengan neouron otak atau pemikiran mereka terlebih dahulu. Bagi saya,apabila kita taklifkan sebuah institusi itu sebagai madah dan wadah ISLAM,iaitu Universiti ISLAM,maka ia akan menjadi seolah olah SYIAR dan LAMBANG kepada agama ISLAM itu sendiri.

Kata mereka,ISLAM itu buka dilihat pada nama,tetapi dilihat pada pengamalannya. Tambahnya lagi,lihat saja pada  Universiti !#%^$&%&, walaupun namanya ISLAM,tapi biah ataupun suasana nya jauh menyimpang dari amalan ISLAM. Ada benarnya,namun apa yang lebih benar adalah,seandainya ISLAM itu diangkat sebagai syiar atau lambang kepada seseorang atau sebuah organisasi,ia akan bertindak sebagai mekanisme kawalan kepada mereka ataupun institusi tersebut.

Sebagai contoh,jika seseorang itu memakai kopiah(saya lambangkan sebagai syiar ISLAM), dan hatinya bergolak untuk lakukan maksiat,perkara pertama yang dipertimbangkan oleh si pemakai kopiah tersebut adalah syiar yang dipakainya. Maka,melalui pertimbangan tersebut akan membantutkan maksiat yang hendak dibuat.

Benar,mungkin anda berkata,ramai saja yang berkopiah tapi buat maksiat.Lagi teruk mereka jadi fitnah kepada agama ISLAM itu sendiri. Tetapi apa yang lebih penting,ini adalah permulaan kepada perubahan. Apabila masyarakat menyedari yang kalimah ISLAM itu perlu dijaga,masalah yang berlaku kepada pemakai kopiah ataupun institusi yang digelar ISLAM akan berkurang.

Tuntas,saya berpendapat,alangkah indah jika UNISZA ada Universiti Islam Sultan Zainal Abidin. Kupasa seterusnya akan saya buat pada entry akan datang. Ini baru mukaddimah..: )

Advertisements
Comments
  1. Salam Abe Bob,
    Tahniah untuk nukilan yg dalam maknanya =)
    Memang indah kalu “Islam” dpt dipahatkan pd UniSZA
    Tapi realitinya, tanpa kata2 tu pun kita masih bertanggungjawab selaku Muslim untuk meninggikan Martabat Islam dan Kemuliaan Diniyyah Islamiyyah tu kan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s