Archive for October 4, 2010

kaca kah?

Posted: October 4, 2010 in ABSARIA

umpama  kaca, dilihat kukuh, cantik dan menarik  namun bila digenggam pecah, melukakan dan pastinya meninggalkan parut yang kekal pada empunya tangan. rutin sebagai pelajar masih membolehkan aku untuk melihat dan mentafsir ragam siswi dan siswa dalam membentuk watak mereka yang akan dibawa ke dunia sebenar. Memang gemar diri ini melihat dan menilai segala norma baik mahupun buruk dalam kehidupan manusia dan dianalisa buat pedoman diri.  Hidup ini umpama kaca , jelas isinya di dalam namun tidak semudah pandangan, perlu kepada kekuatan untuk untuk menempuh nya. Pasti terluka,pasti ada duka kalu isi itu mahu diteroka. Sayangnya, tak ramai yang punya kekuatan itu.