Krisis Kepercayaan..

Posted: August 13, 2010 in ABSARIA

Salam kembali..saya pernah menulis isu ini suatu ketika dahulu.Namuan suasananya berbeza dengan apa yang akan saya kongsikan.Kebelakangan ini saya dilihat begitu bahagia mencalarkan kebahagiaan orang lain.Hakikatnya bukan itu sifat dan sikap saya. Ada mesej yang ingin saya sampaikan,ada matlamat yang ingin saya tujukan.Banyak yang telah saya pelajari dari ramai pemimpin mahupun individu biasa berkenaan perhubungan.Satu aset penting dalam sebuah hubungan adalah KEPERCAYAAN.Tanpa kepercayaan ,ranaplah apa jua perhubungan.

Apa yang mewujudkan KEPERCAYAAN? Banyak hubungan terlerai dan terurai dek kerana hilang KEPERCAYAAN. Anak tidak hormat pada arahan bapa,pekerja tidak taat pada suruhan majikan tak kurang pula hubungan suami isteri terhenti di tengah jalan.Semuanya kerana hilang KEPERCAYAAN. Mengikut Ustaz Pahrol ,salah seorang kolumnis sebuah majalah ,perkara penting dalam menghasilkan KEPERCAYAAN adalah CAKAP dan SIKAP yang selari.Bila cakap dan sikap tidak selari,maka akan hadirlah ketidak percayaan kepada sesorang.

Krisis pula secara amnya bermaksud masalah besar yang muncul secara tiba tiba.Kalau diikutkan kepada takrifan melalui salah seorang ahli dalam sains  organisasi,Lerbinger (1997) – krisis adalah sebagai kejadian yang membawa, atau berpotensi menjejaskan reputasi organisasi serta mengancam keuntungan, perkembangan, dan kewujudan organisasi .Namun dalam pemfokusan perbincangan kita,krisis ini perlu dilihat sebagai masalah yang timbul akibat kekurangan elemen elemen yang perlu ada dalam diri seorang insan yang mahu kan dirinya dihormati dan mahu dirinya diberi kepercayaan.
Selari dengan istilah yang digunakan oleh Lerbinger di atas,katanya krisis ini ‘akan membawa atau berpotensi menjejaskan reputasi’.Reputasi dirujuk kepada reputasi manusia.Tahap penghormatan yang akan diberi mempengaruhi kepercayaan yang akan dianugerahi.Kalau lah si anak hilang hormat pada si ayah,apakah anak akan memberi kepercayaan kepada beliau? Jawapan saya adalah  ‘tidak’.
Saya cukup percaya , elemen kepercayaan berkait rapat dengan penghormatan yang diberikan.Jika orang bawahan tidak hormat pada orang atasan,mana mungkin kepercayaan boleh diberi secara hakiki.Saya sering berdepan dengan masalah atau dilema ini.Banyak peluang yang diberi kepada saya untuk belajar apakah erti sebuah kepercayaan dan apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan kepercayaan sekaligus mendapatkan penghormatan daripada mereka.
Saya cukup bersetuju dengan komentar yang diberikan oleh Ustaz pahrol Juoi.Tatkala CAKAP tak selari dengan SIKAP, maka itulah sebabnya sebuah kepercayaan akan terhalang untuk wujud dalam diri orang lain kepada kita.Malah,akan wujud sebuah kebencian dalam diri mereka apabila kepercayaan yang biasanya diberi secara ‘kosmetik’ ditayang tayang kepada umum.Maksud saya, apabila kepercayaan sesorang itu dipakaikan ke leher mereka,sedangkan sebenarnya mereka tidak layak memakainya,itu yang diistilah kan sebagai ‘kosmetik’,yang biasa dipakai oleh ‘artis-artis’. Contoh mudah,saya pernah diberi kepercayaan sebagai Presiden Persatuan Undang Undang.Ini lah penghormatan dan kepercayaan yang diberi kepada saya,yang saya gantungkan dileher saya ketika itu.Namun,bagi melihat ‘kosmetik’ ataupun tidak, perlu untuk dilihat apakah cakap saya sama dengan sikap yang saya tonjolkan.Kalau tidak selari,maka itulah yang dinamakan ‘kosmetik’.Dan ketika ‘kosmetik’ itu dipakai  dan di war war kepada orang,bahawa ‘akulah orangnya yang diberi keprcayaan’ ramai dikalangan ‘artis-artis’ ini berjalan megah mendabik dada,berbangga dengan kalungan leher tersebut.Lagi parah ,tidak segan pula untuk mengaku,’akulah orang yang diberi penghormatan’.
Tujuan saya menulis adalah sebagai muhasabah diri dan sebagai sumbangan pemikiran saya kepada semua.Kebelakangan ini saya sering berdepan dengan situasi yang mendesak serta mencabar saya untuk membuktikan bahawa cakap saya sama dan selari dengan sikap saya.Ada beberapa perkara major yang sering saya ungkap dan ucap kepada marhean terutamanya adik adik saya,kini diuji kepada saya untuk menjelaskan kebenaran ungkapan dan ucapan itu dari sudut perbuatan saya sendiri. Ada yang gagal secara total,dan ada yang dapat saya pertahankan biarpun tidak secara keseluruhan.Namun ,saya tetap mencuba dan akan terus mencuba.Paling penting saya ingin berterima kasih kepada orang orang yang memberi kepercayaan terdahulu nya dan saya harap kepercayaan itu akan terus diberi untuk saya lakukan perubahan kepada diri dan masyarakat amnya.Terima kasih juga pada mereka yang sentiasa membetulkan kesalahan dan mensahihkan kebenaran yang wujud dalam diri saya.
Kadang kadang ‘artis artis’ ini tidak sedar ‘kosmetik’ yang dipakai oleh mereka terlalu tebal sehingga ada yang jelek memandangnya. Kadang kadang disebabkan ‘kosmetik’ inilah yang merubah keperibadian seseorang.Mungkin dulunya cara salamnya membuat orang kagum dengan penghormatan yang diberinya kepada orang yang lebih tua daripadanya,namun dek kerana ‘kosmetik’ yang tebal,mungkin malu sudah baginya untuk bertindak sedemikian.Takut ‘kosmetik’nya pudar dengan tindakan tersebut agaknya.Terpulanglah,apa yang anda fikirkan.Bagi saya,jika anda mahu dihormati,hormatilah orang lain terlebih dahulu.Maknanya,’kosmetik’ nya takkan hilang kalau cara dan gayanya itu dikekalkan.Saya pernah menjadi artis itu,dan saya pernah merasai apa yang sedang bergolak dalam diri dan sentiasa cuba untuk merubahnya.Anda pula bagaimana?
P/s: Amalan kebiasaan,orang yang muda,akan bersalam dan mencium tangan orang yang lebih tua usianya.Maka,kalau ada orang yang bersalam ,cium tangan anda,sedarlah diri,bahawa usia anda sudah tua…maka ,bawa bawa lah diri itu lebih fokus pada tuhan,sebab masa yang diberi sudah tinggal tak lama.: )
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s