Damai yang hilang.

Posted: July 23, 2010 in ABSARIA

Keakraban manusia dan alam sering kali dipergunakan bagi mereka yang tak pernah kenal erti persahabatan.Istilah sahabat bukan calang calang pangkat yang boleh dikurniakan kepada setiap kenalan mahupun taulan.Sahabat itu hanya boleh dipakaikan di pundak insan yang bukan hanya ketawa bersama namun menangis juga serasa.Dek kerana alam sentiasa membisu,manusia sering menjadikan ia mangsa keadaan.Umpama menangguk di air yang keruh,tatkala alam semakin usang ,manusia pula semakin rakus meneguk kemewahan dari khazanah alam yang semakin berkurang.Istilah ‘kita meminjam alam ini daripada generasi masa depan’ semakin dilupakan.Kesempatan untuk sekali lagi bertarung di arena debat Alam Sekitar membenarkan saya menyingkap dan mengungkap  usaha usaha mereka yang layak digelar “SAHABAT” kepada Alam.Biarpun tidak menepati kehendak pertandingan,iaitu mencari  kemenangan,namun banyak yang dapat saya pelajari.”SAHABAT” ini telah banyak mencurahkan usaha untuk merawat luka di badan alam yang telah pun digores dan dicalar kan oleh tangan tangan manusia itu sendiri.Melalui perdebatan ini juga ,saya memahami ,bahawa usaha mereka itu bukan sekadar kerana mereka telah diberi jawatan sebagai pejuang kelestarian alam,tetapi lebih kerana mereka arif,apa itu makna “SAHABAT”. Sangup menangis dan ketawa bersama.Mereka seperti Jabatan Alam Sekitar,Badan badan bukan kerajaan sekalipun orang perseorangan yang hadir pada pertandingan kali ini cukup tulus berkongsi dan berbincang tatkala kami ajukan persoalan dan juga pandangan berkenaan alam sekitar.Keikhlasan itu terpancar dalam penerangan ,yang sekaligus mencerminkan betapa usaha mereka bukan kerana mahu mencari keuntungan,tatpi mahukan sebuah Damai yang kian hilang….

Apabila bercakap soal “SAHABAT” saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Terima Kasih buat anda yang tulus dan mulus menjadi sahabat saya ,yang selama ini membetulkan kesalahan dan mengiakan kebenaran saya.Tanpa anda,kekuatan dalam kehidupan ini tidak akan pernah wujud dalam diri insan yang bernama Ahmad Burhan Sidqi Bin A Rahim…

Jagalah DAMAI Itu sebelum ia HILANG buat selamanya…

Jagalah SAHABAT itu sebelum ia pergi tiada kembali…

Team UniSZA untuk Pertandingan Debat Alam Sekitar (Kredit to yaya sudi jadi jurukamera)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s