MEREKA melatah…

Posted: June 21, 2010 in ABSARIA

Salam Transformasi…: )Hmmm, sejak gong dipalu,tarian yang dilarik banyak menerima respon walaupun tidak ramai yang menzahirkan ia disini mahupun di mana mana laman.Namun,pencipta gerak tari ini bertubi tubi menerima pesanan ringkas, tak kurang yang menelefon bertanya kan kenapa tarian itu sebegitu rupa lagaknya.Tak kurang juga mereka yang mungkin sangat meminati seni(kebanyakan mereka dari golongan ARTIS) mentafsir dan menafsirkan gerak tari itu dari sudut pengalaman mereka.Sayangnya,tafsiran dan taksiran mereka terpesong dari falsafah sebenar mengapa tarian itu dicipta.Tuntas,saya hadir memberi penjelasan pada yang umumnya kenal siapa diri saya,khususnya yang baru mula berinkuiri tentang siapa diri yang cabul  ini .

Hakikat gerak tari itu dipertontonkan pada umum,terutamanya pada ARTIS ARTIS dalam golongan MEREKA  bukan untuk mencetus provokasi mahupun populariti murahan yang dikejar oleh kebanyakan artis.Tapi lebih kepada mengecam MEREKA yang beromong kosong mencabul dan mencemar daulat seni Orator tatkala kata bohong dan kosong serta lompong yang terhasil daripada seni yang mereka usahakan dari sebuah pentas usang yang telah ramai menjadikan ia sebagai tempat berteduh bagi mereka yang cintakan seni Orator dijadikan bahan untuk mengangkat diri mereka sebagai pemimpin .Saya angkat dan junjung jika seni kata ini digunakan selari dengan aksi yang dipamerkan.Namun,jika ianya penuh dengan retorik bahasa semata tanpa kata yang dikota,suatu penghinaan buat warga seni Orator.

Tak kurang juga kecaman kepada mereka yang seronok dengan pangkat dan  yang bahagia dengan darjat.Diriku pernah berpangkat diriku jua pernah berdarjat dan ku cukup faham dugaan apa dan bagaimana yang datang pada siapa yang bergelar pemimpin.Ada yang terkilan,kononnya pencipta rentak tari seolah olah memperlekehkan kredibiliti dan kehebatan ketua MEREKA . Bagi saya,ular melingkar akar tak kan hilang bisanya. Maknanya,walau apa pun yang terjadi,kalau hebat bisa ketua MEREKA,ia akan kekal Hebat.Tak akan ada yang mengubahnya.Dan pesanan mudah,pemimpin yang baik akan saya sanjung ,dan pemimpin yang dari golongan ARTIS ini yang akan saya pancung.Jadi ,gerak tari saya ini khas untuk MEREKA yang bergelar ARTIS.

Saya utarakan pada MEREKA,apa yang tidak betul pada entry saya sebelum ini.Sehingga sekarang,tidak ada balasan jawaban ini,ia ditinggal sepi ,dibiar basi.DIAM sekali lagi.Sekarang ,biar anda yang menentukan dakwaan saya benar atau dusta,lihat sahaja apa yang bakal berlaku,sepenggal lagi ARTIS ARTIS ini beraksi.APA TRANSFORMASI YANG AKAN DISAJI? MEREKA ini yang dulunya lantang mengutuk kepimpinan sebelumnya,langsung bisu tak menjawab kembali dakwaan yang saya ajukan.Maka,saya semakin yakin bahawa tindakan saya betul,dan sebagaimana yang saya jelaskan,tiada keuntungan dari pihak saya,tapi semuanya hanyalah untuk perubahan agenda TRANSFORMASI yang mereka sendiri canangkan dan cadangkan.

Jika masih ragu,lihat sahaja biah yang akan berlangsung semester ini.Masih kekal dengan mereka yang berdua duaan,yang bebas membuka aurat ,yang terus tanpa segan silu makan bersuap di kafe baru lelaki dan wanita.Anda boleh menjadi JURI TAK RASMI sebagaimana sebilangan MEREKA ini dahulu lakukan pada kepimpinan sebelumnya.

Jika masih ada lagi yang ragu mentafsirkan apa kah falsafah di sebalik tarian ini,terus maju pada saya.Biar saya jelaskan,jangan suka jadi ARTIS yang penuh dengan spekulasi songsang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s