MEREKA: Indah Khabar dari Rupa…

Posted: June 20, 2010 in ABSARIA

Tatkala mula melarik tari dipentas ini,diri terfikir apakah aku cukup sempurna untuk berbicara sebegini rupa?AKu langsung tidak peduli apa bakal dikata dek mulut orang,yang terlintas apa nak ku jawab pada tuhan pencipta mulut orang.Pesan tuhan dalam Surah As Saff cukup mengawal diriku agar tidak memperkatakan apa yang tidak mampu aku kotakan. Tuhan mengecam pada mereka yang ku kira hanya pandai cakap tapi tak pandai buat.Setelah difikir fikir perlu untuk saya memberi justifikasi atas apa yang berlaku.Tiada kepentingan sendiri mahupun keuntungan peribadi.Hanya suatu JUSTIFIKASI pada TRANSFORMASI yang tak pernah menjadi,yang hanya jadi slogan yang semakin BASI.

Pada entry kali ini bukan untuk memandai berhujah tanpa fakta,petah tanpa data. Saya antara orang yang seiring dengan angkatan MEREKA yang ingin saya bicarakan.Maknanya,apa yang saya kata,hanyalah fakta dan bukan mengikut rasa.Apa yang ingin saya tegakkan tatkala insan yang sepatut nya menjadi denyut  nadi dan perjuangan mahasiswa di kampus bagi saya terlalu selesa tersengih dan bergurau senda,tanpa sekelumit resah mahupun risau pada kemelut yang melanda marhean mereka.Terlalu banyak berkata kata sehingga banyak janji telah dinoda.

Bila bercakap soal perjuangan,kita bukan lah pemula mahupun pengakhirnya.Kita hanyalah seutas rantaian mujahid pimpinan sebelum ini dan penyambung pimpinan yang akan datang.Kalau dulu kita pernah menghina pimpinan sebelum ini,kini tiba giliran rantai kita dihiasi dengan tohmahan.Karma dunia jelas berbicara.’what you give ,you get back’,kata kumpulan Rock Scorpion.Banyak yang anda hentam,banyak juga yang anda perlu bersedia untuk dihentam. Semua ini bukan untuk mencari keseronokan,tetapi salah satu episod pembelajaran kepimpinan daripada resam kehidupan.

Saya cukup kurang selesa tatkala begitu hebat sang pemimpin berkata kata di medan rapat umum suatu ketika dahulu.Tak ubah seperti pemimpin politik yang ,mulut nya berbau longkang dosa menabur bingkisan janji manis yang hanya mahukan undian,walhal itu semua hanyalah sebuah sandiwara. Bukan salah katanya petah,bukan salah mulutnya manis,tapi salah jika yang petah itu angin,yang manis itu asap.Semuanya kontang. Segala macam janji yang ditabur saya kutip tanpa tinggal satu pun.

Saya mahukan agenda “TRANSFORMASI” yang  MEREKA laungkan.Apa yang anda nampak mereka transformasikan? Isu isu yang mereka ketengahkan? Paling jelas,Isu buang anak yang makin berleluasa .Apa tindakan Suara pimpinan mahasiswa? saya tidak menuntut mereka mengangkat sepanduk ,membentang kain rentang mahupun menyatakan ‘MPP menyokong bla bla bla…’ dalam Facebook. Cukup kita mulakan dari akar umbi mencegah hubungan terlarang dan budaya Couple di dalam kampus.Kerana inilah yang menjadi punca kepada permasalahan di luar sana.Di gedung ilmu yang lain,mereka tubuhkan Squad pencegah Couple,ketatkan pengawasan sekuriti dan kenakan denda pada mereka yang berdua duaan tanpa ada urusan yang penting.Saya banyak belajar dari kesilapan.Saya mungkin pernah terjebak dengan kesalahan ini dan saya tidak mahu ianya berlarutan. Suasana ataupun Biah Ilmu yang suci daripada maksiat perlu diwujudkan.Saya menyatakan dengan TEGAS kerana seandainya MEREKA masih berdiam diri,maka kira dan hitung lah sendiri dosa yang bakal ditanggung.Kiralah berapa banyak pasangan yang bergelap di pondok pondok yang dibina yang pernah menjadi singgahan lampau buat saya.Dan bilangan pasangan itu anda buatlah perkiraan sendiri kerana dosa mereka, dosa anda jua sebagai pemimpin mereka.Hmm,sekarang baru tahukan, bukan senang kan jadi pemimipin? Ingatlah,generasi yang baru akan tiba.Jangan biar mereka terus rosak dengan budaya yang anda terapkan.Jika masih membisu..tunggu lah saat anda tersedar,dan tatkala itu,sudah terlewat.dan anda lah yang perlu menjawab…

Selain itu,apa yang boleh anda lihat seketika buka semester nanti adalah kekosongan dan keusangan speaker corner yang ‘sangat cantik’ dibina.Saya jamin tiada fungsi dan sekali lagi MEREKA akan terus membisu,diam seribu bicara.Mungkin ada seorang dua daripada MEREKA yang sudah biasa memukul paluan gendang lusuh memperlihatkan kesungguhan MEREKA dalam mengimarahkan sudut pidato itu,namun isunya,Sudut itu untuk MEREKA sahaja kah? Mana Mahasiswa yang MEREKA pimpin? Diam jugakah?kalau mahasiwa yang mereka pimpin juga diam,maka kesimpulannya berjayalah bakal bakal cikgu ini mengajar anak murid pimpinan mereka memahami apa yang MEREKA ada…..D.I.A.M.

Banyak lagi isu yang akan saya kupas.Bukan mahu mencari falasi,tapi mahu mencari TRANSFORMASI sebuah realiti.Apa yang saya bentang,bukan lah debuan kontang,tp buat tatapan pemimpin tersayang…

UNISZA sudah jadi pasti,TRANSFORMASI masih ku nanti nanti…

P/s: Jika masih bisu,tunggu lah kelahiran anak Haram keluaran UNISZA,tajaan MEREKA.

Advertisements
Comments
  1. cik aiN says:

    panas kian terasa. ternyata, bara masih lagi menyala. kadang-kadang, sukar lidah untuk menyuarakan teguran. kerana MEREKA, pemimpin terhormat. Itu silap diri yang terlalu merendah, namun bukanlah berniat untuk bermegah peribadi.

    sang manusia, memang tidak pernah sempurna. tapi itu adalah alasan basi untuk menutup kesilapan diri. “anda” aka MEREKA berani? sahutlah cabaran, tunjuklah perubahan. kami ternanti-nantikan, TRANSFORMASI MEREKA.

    p/s: saya mungkin seorang mahasiswa yang terlalu dahaga tatkala melihat perubahan yang terlalu sedikit untuk mengubat haus.

  2. matang udm says:

    salam..tahniah pada saudara kerana dengan hujah & informasi yg diberikan..mari kita tunggu dan lihat 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s