Piliharaya Kampus UDM@UNISZA: Sejauh mana berhasil?

Posted: June 19, 2010 in ABSARIA

Salam buat semua…kali ini entry saya menampilkan sedikit kelainan tatkala jari ini mula pandai menari rentak komentar apabila sudah jemu  melompat dan mengikut rentak yang sama dan biasa setelah sekian lama.Atau mungkin dek kerana sudah lama membisu mengungkap kata minda dari kotak seorang mahasiswa.Kali ini,saya ingin menjentik minda dan perasaan kalian dengan peranan pilihanraya kampus.

Mukaddimahnya,umum mengetahui objektif atau fungsi pertandingan dalam Pilihanraya kampus (PRK) adalah untuk memilih para pemimpin di kalangan mahasiswa yang dipilih oleh kalangan mahasiswa sendiri (Isu pembangkang atau aspirasi akan dihujahkan kemudian). Seperti pilihanraya negara,mahasiswa yang otaknya lebih bergeliga dari marhean yang biasa ini akan menganalisa calon yang bertanding dengan telitinya.Maklumlah,nak pilih bakal pemimpin yang terbaik dan akan menjadi telinga dan mata serta suara mereka. Pendek ceritanya,mereka yang bergeliga ini,turun mengundi dan calon yang mendapat majoriti undi,akan memegang takhta dan kuasa.Hasil dari PRK yang baik akan melahirkan pemimpin mahasiswa yang menjalankan tugas,menyuarakan pendapat mahasiswa dan melaksanakan segala menifesto yang ditabur.(ini adalah ukuran tajuk kita;PRK UDM@UNISZA : SEJAUH MANA HASILNYA).

Itu fahaman lazim kebanyakan kita.Fokus penceritaan pertandingan dalam PRK ini saya tujukan khas buat warga UDM tercinta,yang baru sekali lagi ditukar kerakyatannya kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).Ayuh kita mulakan dari sejarah PRK UNISZA ini.Dulunya,pertandingan dalam PRK tidak pernah wujud di UDM bagi pemilihan pemimpin tertinggi pelajar(MPP).Para pemimpin mahasiswa dilantik secara “syura” oleh pimpinan tertinggi universiti kerana kononnya bilangan calon dan kerusi sudah cukup .Maka tidak perlulah diadakan undian atau pertandingan. Setelah selesai upacara perlantikan maka berjalanlah kehidupan kampus mahasiswa UDM dengan amannya. Alkisahnya nak dipendekkan cerita,lahirlah rasa kurang senang mata memandang ,telinga medengar tatkala mereka yang menang tanpa bertanding ini dan dilantik oleh pimpinan tertinggi UDM suatu ketika dahulunya adalah golongan tali barut HEPA,suka ikut telunjuk,mandom,tak buat kerja dan sebagainya,walhal jelas pada seluruh anggota badan mereka melihat Hamba hamba tuhan itu ada yang menjalankan tugasnya.Mungkin ada segelintir yang biasa lah,terlelap ketika menjalankan tugas.Pelbagai saluran digunakan,SMS,Chatting ,Friendster termasuklah blog (saya masih menyimpan kata kata dalam blog mereka) untuk memberitahu dunia UDM bahawa mereka lah golongan Juri tak rasmi kepada persembahan pimpinan ketika itu,mengkritik dan mengutuk tindak tanduk MPP pada saat itu.Maka mereka telah mendesak pemimpin tertinggi UDM untuk mengadakan pertandingan dalam PRK kerana mereka dakwa KUALITI dan KAPABILITI pimpinan yang menang tanpa bertanding atau dilantik secara “syura” ini cap ayam katanya.

Tuntas bermulalah era baru rakyat jelata UDM.’Drama’ Pertandingan dalam PRK buat julung kalinya dipertontonkan .Kempen (yang sangat hambar saya kira) berjalan,rapat umum( tempat calon menabur menifesto yang kekal dalam simpanan saya) dan sebagainya berlangsung.Justeru,hasrat marhean UNISZA yang dulunya UDM atau yang lebih dulu nya KUSZA ini,mahu keluar mengundi,telah tercapai dan ianya menjadi realiti.

Tuntasnya,yang menang majoriti dapat kerusi,yang kalah tersimpuh mati(ye la,sebab tak dapat kerusi,duk bersimpuh je la).Soal ditaja atau apa jua kepincangan akan dibincang dikemudian hari. Cumanya tika ini,hati kerdil di jasad yang besar ini ingin bertanya pada kalian terutamanya warga UNISZA…lebih lebih lagi buat mereka yang mendokong perjuangan mewujudkan pertandingan dalam PRK ini suatu ketika dahulu,lebih lebih lagi buat mereka yang menghentam pimpinan “syura’ terdahulunya…sejauh mana berhasilnya pertandingan PRK UDM@UNISZA ini? Hasilnya,lahirlah mereka yang Diam seribu bahasa,Sepi tanpa bicara. Jangan tanya saya apa yang patut mereka perjuangkan kerana yang berada dalam MPP sekarang cukup arif perihal ini ketika mereka diluar ‘padang’ suatu ketika dahulu.Buka dan baca blog mereka dan tanyakan kembali pada meraka’ apa dah jadi?”..

Mungkin ada yang berpendapat mereka masih baru…Hmm istilah itu tidak patut ada dalam jiwa mereka yang bergelar pemimpin,yang bersedia meletakkan nama mereka diatas kertas pencalonan,yang bersedia untuk tidur ,makan, ketawa dalam kegelisahan memikirkan apa yang akan aku buat untuk orang yang aku pimpin,siapa yang memerlukan pertolongan dari aku, dan segala bentuk kesenangan apa yang perlu aku korbankan untuk kesenangan orang yang aku pimpin.Bukan nya apa bentuk kesenangan yang belum aku kecapi ketika masih memegang jawatan!

Buat pengetahuan kalian semua,saya juga pemimpin mahasiswa,pernah memimpin beberapa kelab dan gerakan. Jadi,apa yang saya hujahkan ini asasnya adalah pengalaman sendiri yang pernah diiktiraf dalam suatu majils yang antaranya anugerah organisasi terbaik dan persatuan tebaik semasa mengemudi Persatuan Undang undang…Jangan asyik sibuk melaungkan menifesto walau anda hebat berbicara sekalipun sedangkan tiada apa yang berubah(kalau tempat tunggu bas yang nak dibanggakan,itu buka hasil kerja anda).Jangan sibuk menghitung hari bila hari akhir aku akan meletakkan jawatan walhal tanggungjawab di bahu masih belum langsai.Seronok bergelar pemimpin,ke sana dan ke mari mendabik dada,sedang diri diperlekeh marhean sendiri.

Bagi sesiapa yang berkenaan,saya bukan mencari musuh. saya perlu bersuara sebab saya adalah saya. Saya akan sokong apa yang betul dari kaca mata saya dan pastinya menolak apa yang tidak betul dari kaca seluruh pancaindera saya. Ramai dikalangan MPP sekarang terdiri dari adik adik dan sahabat yang saya sayang.Dan dari kaca mata saya,semua ini harus diperbetulkan.

Akhirnya Saya timbulkan sekali lagi persoalan ini,saya serahkan pada kalian untuk menjawabnya;

PRK UDM@UNISZA : SEJAUH MANA BERHASIL?…

P/s: Moga moga dengan kejayaan UNISZA menakluk UDM sehingga bumi ini bertukar nama akan turut menukar gaya dan cara hidup warga UNISZA. Sama sama kita TRANSFORMASIkan UDM menjadi jenama agong yang baru…UNISZA.

Advertisements
Comments
  1. cik aiN says:

    tanpa fikir mudah mengatur kata, namun tidak sedar betapa sukar untuk mengatur langkah. kadanag-kadang ada ‘mereka’ di luar sana lebih suka memberi arahan, mohon pandangan diberi perhatian, tapi ‘mereka’ sendiri tidak mahu berubah, mengubah sejarah!

  2. absarlegal says:

    Lumrah hidup,ramai yang pandai berkata kata,tanpa sedar kata itu perlu dikota.Saya telah alami semua ini,dan saya telah banyak belajar darinya.Sekarang,saya akan pastikan kata itu mereka kota.Mereka dah masuk padang,justeru,kotakan kata mereka sewaktu diluar padang,sama keadaan seperti kami di dalam padang suatu ketika dahulu. Its not about revenge,it may sweet for somebody,yup,somebody who have little mind and spirit…its more on dignity n paradigme.See my next movement…

  3. saharil says:

    masa setahun tidak cukup untuk bukti kemampuan seorang pemimpin tuh….jd xadil lah ada org yang cepat melatah itu dan ini. jd saya cuba untuk mengutarakan beberapa pendapat saya
    1. matlamat dan objektif pimpinan yang dilantik mestilah berpadanan dengan kehendak unisza dan tempoh masa itu sendiri. objektif juga mestilah jelas dan disebarkan kepada pngetahuan semua pelajar agar fitnah tidak timbul dimasa hadapan.
    2. saya melihat kerap setiap pemimpin y datang melakukan kesilapan ya sama dengan mantan mereka. namun ada juga berjaya seperti contoh saudara irfan berusaha untuk mengadakan pilihanraya dan saya kira itu satu permulaan y baik.
    3. saya xkisah ada pilihanraya atau tidak. asalkan pemimpin itu layak dan berwibawa…(maknanya org kampung kata,,kita tgk n kita perhati org akan tahu dia tuh sorg pemimpin kalau nk bg contoh kita tgk perwatakan halim usuluddin/silat..ada gaya)

    • absarlegal says:

      Thanks saharil..pertamanya,melatah dengan memberi pandangan adalah suatu yang sangat berbeza. Anda tidak menganalis dahulu sebelum melatah.tatpe dalam memberi idea,perlu pada analisis.Tapi tak tahulah jika sempat anda analisi fakta dankemudian melatah. Keduanya,hanya setahun yang diberi oleh setip delagasi pimpina IPT.Adakah anda mencadangkan supaya diberi tempoh 5 tahun seperti pimpinan negara kita?hhuhu..extend tahun pun belum tentu dapat memenuhi kehendak anda. Saya berstuju dengan kenyataan anda bahawa saudara irfan berjaya membawa perubahan dalam PRK UDM.Satu bukti yang menunjukkan,setahun memadai untuk buat perubahan.

  4. haziqah says:

    nak berkata2 macam abg bob , guna ayat2 debat mungkin tak reti kot. ayat blogger yang merepek boleh la hehe

    PRK UDM @ UniSZA, x boleh nak komen sgt sbb tak turun mengundi atas sebab tiada di UDM pada masa itu. sedih PRK yang pertama dan mungkin terakhir bagi saya

    janji2 masa kempen dahulu rsa nye mmg bnyk yg x dpt ditunaikan..alasan biasa yg mngkin : “sabarlah semuanya perlukan masa , ingat senang ke nak buat semua tu. hanya pemimpin yang memahami pemimpin”

    “lahirlah mereka yang Diam seribu bahasa,Sepi tanpa bicara. Jangan tanya saya apa yang patut mereka perjuangkan kerana yang berada dalam MPP sekarang cukup arif perihal ini ketika mereka diluar ‘padang’ suatu ketika dahulu.Buka dan baca blog mereka dan tanyakan kembali pada meraka’ apa dah jadi?”..”
    -bagi saya ..PRK yang mungkin ‘drama’ itu mmg berjaya dapat mnutup sgala mulut utk diam seribu bahasa. kemudian dgn kurangnya atau boleh kata tiada pengkritik bebas yang berani mengkritik seperti entri ini membuatkan mereka berada di zon selesa. tak macam dulu..ada saje mungkin tak kena di mata rakyat yang berani. mungkin tiada rakyat unisza yang seberani dulu2? kritikan bg saya la..mungkin kadangkala pedas, tapi itu la sebenarnya yang merancakkan dunia universiti kita. kalu tak, jadi macam skarang la.senyap diam seribu bahasa..mcm bosan jgk kn…kritikan2 tu jgk actly buat pmimpin2 kita bfikir, betul ke apa yang telah dibuat selama ini

    oh btw syabas kat abg bob utk entri sbb mrancakkan kembali politik kampus supaya pemimpin2 kita sedar kembali dari zon selesa 🙂

  5. afifah adila says:

    post yg sgt menarik!! sy terpikat..alangkah bgus andai post ini dibaca oleh mereka yg bergelar pemimpin..

    • absarlegal says:

      Semua kita adalah pemimpin.Sepanjang saya menulis,muhasabah untuk diri sendiri jua agar tidak tersilap langkah dalam mentaksir.

  6. […] Absar Burhan mula menulis tentang ‘Piliharaya Kampus UDM@UNISZA: Sejauh mana berhasil?‘, saya rasa teruja dan mengimbau kembali kenangan2 manis berjuang mengenai perkara di atas. […]

  7. […] Absar Burhan mula menulis tentang ‘Piliharaya Kampus UDM@UNISZA: Sejauh mana berhasil?‘, saya rasa teruja dan mengimbau kembali kenangan2 manis berjuang mengenai perkara di atas. […]

  8. didi says:

    senang cite mcm ni la..drpd melatah mengata kelemahan org lain,kenapa saudara sdri xmsk bertanding..aku dh jemu dgn org2 yg bersikap sebegini..bkn stakat kt unisza..kt mna2 ipt pn sma..awak membandingkn diri awak dgn mereka..persoalannya di sini,adakah situasi awak sma spt mereka??walk a mile in their shoes before give such a ridiculous articles only because you’ve something to proud of..

    • absarlegal says:

      cik siti salbiah, lambat ek awak melatah..hmm, the way u respon seems u neva have experience in this field. Jangan fikir singkat . I’m doing this not for seeking or searching other persons mistake, but to strive my right as a person who voting for them. Pasal saya mahu bertanding atau tidak bukan pertikaiannya…Isunya disini mereka memikul tanggungjawab yang mereka sendiri tak mampu pikulnya. Kalau kamu fikir jadi pemimpin boleh bersenang lenang, jadilah macam cik siti salbiah…jemu dengan komen dan kritikan..kalau mahu sebegitu,lepak kat syurga lah cik siti….Bukan niat mahu menentang, tapi hajat mahu tegakkan hak sendiri. Kalau saya salah,saya akan akui,tapi kalau kenyataan saya,kurang menyenangkan hati kamu,namun saya yakin tindakan saya betul,pantang untuk saya tarik balik kata kata tersebut.Apapun,saya sangat suka komen kamu. tak mungkin akan jemu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s