Archive for June 19, 2010

Salam buat semua…kali ini entry saya menampilkan sedikit kelainan tatkala jari ini mula pandai menari rentak komentar apabila sudah jemuĀ  melompat dan mengikut rentak yang sama dan biasa setelah sekian lama.Atau mungkin dek kerana sudah lama membisu mengungkap kata minda dari kotak seorang mahasiswa.Kali ini,saya ingin menjentik minda dan perasaan kalian dengan peranan pilihanraya kampus.

Mukaddimahnya,umum mengetahui objektif atau fungsi pertandingan dalam Pilihanraya kampus (PRK) adalah untuk memilih para pemimpin di kalangan mahasiswa yang dipilih oleh kalangan mahasiswa sendiri (Isu pembangkang atau aspirasi akan dihujahkan kemudian). Seperti pilihanraya negara,mahasiswa yang otaknya lebih bergeliga dari marhean yang biasa ini akan menganalisa calon yang bertanding dengan telitinya.Maklumlah,nak pilih bakal pemimpin yang terbaik dan akan menjadi telinga dan mata serta suara mereka. Pendek ceritanya,mereka yang bergeliga ini,turun mengundi dan calon yang mendapat majoriti undi,akan memegang takhta dan kuasa.Hasil dari PRK yang baik akan melahirkan pemimpin mahasiswa yang menjalankan tugas,menyuarakan pendapat mahasiswa dan melaksanakan segala menifesto yang ditabur.(ini adalah ukuran tajuk kita;PRK UDM@UNISZA : SEJAUH MANA HASILNYA).

Itu fahaman lazim kebanyakan kita.Fokus penceritaan pertandingan dalam PRK ini saya tujukan khas buat warga UDM tercinta,yang baru sekali lagi ditukar kerakyatannya kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).Ayuh kita mulakan dari sejarah PRK UNISZA ini.Dulunya,pertandingan dalam PRK tidak pernah wujud di UDM bagi pemilihan pemimpin tertinggi pelajar(MPP).Para pemimpin mahasiswa dilantik secara “syura” oleh pimpinan tertinggi universiti kerana kononnya bilangan calon dan kerusi sudah cukup .Maka tidak perlulah diadakan undian atau pertandingan. Setelah selesai upacara perlantikan maka berjalanlah kehidupan kampus mahasiswa UDM dengan amannya. Alkisahnya nak dipendekkan cerita,lahirlah rasa kurang senang mata memandang ,telinga medengar tatkala mereka yang menang tanpa bertanding ini dan dilantik oleh pimpinan tertinggi UDM suatu ketika dahulunya adalah golongan tali barut HEPA,suka ikut telunjuk,mandom,tak buat kerja dan sebagainya,walhal jelas pada seluruh anggota badan mereka melihat Hamba hamba tuhan itu ada yang menjalankan tugasnya.Mungkin ada segelintir yang biasa lah,terlelap ketika menjalankan tugas.Pelbagai saluran digunakan,SMS,Chatting ,Friendster termasuklah blog (saya masih menyimpan kata kata dalam blog mereka) untuk memberitahu dunia UDM bahawa mereka lah golongan Juri tak rasmi kepada persembahan pimpinan ketika itu,mengkritik dan mengutuk tindak tanduk MPP pada saat itu.Maka mereka telah mendesak pemimpin tertinggi UDM untuk mengadakan pertandingan dalam PRK kerana mereka dakwa KUALITI dan KAPABILITI pimpinan yang menang tanpa bertanding atau dilantik secara “syura” ini cap ayam katanya.

Tuntas bermulalah era baru rakyat jelata UDM.’Drama’ Pertandingan dalam PRK buat julung kalinya dipertontonkan .Kempen (yang sangat hambar saya kira) berjalan,rapat umum( tempat calon menabur menifesto yang kekal dalam simpanan saya) dan sebagainya berlangsung.Justeru,hasrat marhean UNISZA yang dulunya UDM atau yang lebih dulu nya KUSZA ini,mahu keluar mengundi,telah tercapai dan ianya menjadi realiti.

Tuntasnya,yang menang majoriti dapat kerusi,yang kalah tersimpuh mati(ye la,sebab tak dapat kerusi,duk bersimpuh je la).Soal ditaja atau apa jua kepincangan akan dibincang dikemudian hari. Cumanya tika ini,hati kerdil di jasad yang besar ini ingin bertanya pada kalian terutamanya warga UNISZA…lebih lebih lagi buat mereka yang mendokong perjuangan mewujudkan pertandingan dalam PRK ini suatu ketika dahulu,lebih lebih lagi buat mereka yang menghentam pimpinan “syura’ terdahulunya…sejauh mana berhasilnya pertandingan PRK UDM@UNISZA ini? Hasilnya,lahirlah mereka yang Diam seribu bahasa,Sepi tanpa bicara. Jangan tanya saya apa yang patut mereka perjuangkan kerana yang berada dalam MPP sekarang cukup arif perihal ini ketika mereka diluar ‘padang’ suatu ketika dahulu.Buka dan baca blog mereka dan tanyakan kembali pada meraka’ apa dah jadi?”..

Mungkin ada yang berpendapat mereka masih baru…Hmm istilah itu tidak patut ada dalam jiwa mereka yang bergelar pemimpin,yang bersedia meletakkan nama mereka diatas kertas pencalonan,yang bersedia untuk tidur ,makan, ketawa dalam kegelisahan memikirkan apa yang akan aku buat untuk orang yang aku pimpin,siapa yang memerlukan pertolongan dari aku, dan segala bentuk kesenangan apa yang perlu aku korbankan untuk kesenangan orang yang aku pimpin.Bukan nya apa bentuk kesenangan yang belum aku kecapi ketika masih memegang jawatan!

Buat pengetahuan kalian semua,saya juga pemimpin mahasiswa,pernah memimpin beberapa kelab dan gerakan. Jadi,apa yang saya hujahkan ini asasnya adalah pengalaman sendiri yang pernah diiktiraf dalam suatu majils yang antaranya anugerah organisasi terbaik dan persatuan tebaik semasa mengemudi Persatuan Undang undang…Jangan asyik sibuk melaungkan menifesto walau anda hebat berbicara sekalipun sedangkan tiada apa yang berubah(kalau tempat tunggu bas yang nak dibanggakan,itu buka hasil kerja anda).Jangan sibuk menghitung hari bila hari akhir aku akan meletakkan jawatan walhal tanggungjawab di bahu masih belum langsai.Seronok bergelar pemimpin,ke sana dan ke mari mendabik dada,sedang diri diperlekeh marhean sendiri.

Bagi sesiapa yang berkenaan,saya bukan mencari musuh. saya perlu bersuara sebab saya adalah saya. Saya akan sokong apa yang betul dari kaca mata saya dan pastinya menolak apa yang tidak betul dari kaca seluruh pancaindera saya. Ramai dikalangan MPP sekarang terdiri dari adik adik dan sahabat yang saya sayang.Dan dari kaca mata saya,semua ini harus diperbetulkan.

Akhirnya Saya timbulkan sekali lagi persoalan ini,saya serahkan pada kalian untuk menjawabnya;

PRK UDM@UNISZA : SEJAUH MANA BERHASIL?…

P/s: Moga moga dengan kejayaan UNISZA menakluk UDM sehingga bumi ini bertukar nama akan turut menukar gaya dan cara hidup warga UNISZA. Sama sama kita TRANSFORMASIkan UDM menjadi jenama agong yang baru…UNISZA.