Archive for May, 2010

Bengkok Itu Tanda Berdaulat.

Posted: May 30, 2010 in ABSARIA

Bila berbicara soal ‘bengkok’,pelbagai gambaran terpapar di minda.Pernah di awal penglibatan dalam dunia perdebatan,pesan rakan yang lain,jangan terikut sangat dengan budaya bengkok yang wujud dalam dunia ini.Di kampus juga tak kurang hebatnya budaya ini.Bahkan saya punya kawan yang sudah lama berkecimpung dalam bidang bengkok membengkok.Memang tak dinafikan,ada yang dah ditentukan,namun yang ramainya,yang sendiri menentukan,dan ramai yang sukakan,dirinya dilabel bengkok.Bengkok ini dengan kata lainnya si lembut lah.Nyah ,knot,mak dan macam macam lagi gelaran yang mereka bagi.Lepas tu mulalah dengan gelaran diva atau panggilan manja mereka.Bapak bagi nama Syah,ditukar namanya sherry.Mak bagi namanya khalil ,seronok pula dipanggil kelly.Tapi persoalannya,adakah itu tanda nya daulat,terutama bagi seorang lelaki?? Pastinya tidak.

Isu nya adalah idea dari Tun Mahathir,Ikon Minda Moden Asia ini memberi komen kepada usaha kerajaan dalam menyelesaikan isu Malaysia – Singapura.Pertemuan PM Malaysia dengan pimpinan Singapura baru baru ini banyak selesaikan isu dan konflik antara dua negara ini.Namun kata Tun,isu jambatan bengkok ini masih belum terurai kusutnya.Justeru beliau menyatakan bahawa kerajaan Malaysia perlu meneruskan pembinaan jambatan bengkok ini kerana ia adalah lambang kedaulatan negara.Daulat itu terletak apabila negara tidak dipengaruhi oleh mana mana pihak luar dan tanda kita tidak dipatung patung kan oleh pihak pihak yang sentiasa dengki dengan kemajuan Malaysia.Saya bersetuju dengan Tun.Namun saya percaya pimpinan sekarang juga sentiasa memikirkan kedaulatan negara ini yang akan terus dijaga generasi demi generasi.Sebagai rakyat kita perlu menyokong usaha yang dikira baik,menegur tindakan yang menjatuhkan maruah negara.Kalau sokong sentiasa pun tak betul jugak.Itu namanya mengipas.(huhuhu).Justeru,ayuh bersama jaga kedaulatan ini agar kita boleh terus bersama membangunkan dunia bagi menjana akhirat.

P/s: Pada yang dah bengkok ,ayuh lah kembali ke jalan yang lurus.

MBMMBI

Posted: May 30, 2010 in ABSARIA

Dasar yang sedang diusahakan oleh kerajaan demi selangkah kehadapan,dalam pembangunan insaniah para mahrean yang dicintai.Dasar Memertabatkan Bahasa Melayu,Memperkukuhkan Bahasa Inggeris baru sahaja bermula rentaknya.Antara cadangannyaialah mengimport pakar bahasa dunia ini dari tiga negara asal iaitu United Kindom,Amerika Syarikat dan satu lagi negara yang saya lupa(huhuhuh).Para pakar ini akanditempatkan di sekolah bagi memperkukuhkan Bahasa inggeris dikalangan pelajar.Sekolahnya belum ditentukan lagi.Saya kira satu langkah yang baik namun seolah olah gambaran kepada kepercayaan pada guru bahas inggeris tempatan sudah hilang.Hmm,apa agaknya kata mahasiswa Tesl n Bec Of English as a future teachers?

Di Sebalik ketentuan Nya…

Posted: May 28, 2010 in ABSARIA

Salam rakan sekali…saya kini berada di Pantai Teluk Chempedak buat beberapa hari.Suasana malam yang cukup indah agak menyentuh kalbu yang sudah banyak debunya.Angin pantai yang menghembus tak mampu jua membersihkan debu itu dari kalbu.Mungkin dek kerana debu itu sudah tepu atau mungkin juga kerana belum cukup kuat pantai menghembus bayu.Hmmm,ketika teruja melihat cantiknya malam di gigi pantai ini,hati terdetik akan setiap yang berlaku kepada diri ini.Indah rupanya apa yang dikehendakiNya.Benarlah ungkapan dalam kitabNya,…’mungkin apa yang kita suka itu,buruk untuk kita,dan mungkin apa yang kita tidak suka itu,sebenarnya,baik untuk kita’.Aku cuba berfikir,hikmah demi hikmah yang seolah olah panggung wayang di tengah lautan,memaparkan satu persatu peristiwa yang telah menjadi sejarah pendakian hidup ku.Semuanya seolah olah kena pada tempatnya.Apabila aku dihambat masalah,rupanya ada pengajaran baru yang diberiNya.Setiap kali aku dikurnia nikmat,ada tangga baru yang aku daki.Di sebalik ketentuan Nya,ada hikmah yang tersembunyi.Hanya kita yang tidak menyedari,betapa penyayang nya Dia.Semalam ,aku juga terfikir,kenapa aku perlu berjauhan…seperti ombak yang menyejukkan gelora pantai,aku diberi jawapan mudah oleh desir pasir yang menumpang bersama deruan ombak.Huh,sememangnya aku perlu menunggu,untuk lebih menghargai,lebih mengerti apa sebenarnya suatu yang SEJATI dan HAKIKI.Namun,aku jua perlu mengerti,setiap yang berlaku,ada pengajaran dan hikmahnya.Cuma sekarang aku perlu tabah dan sabar.Aku akan terus menanti,meskipun jawapan nya tak pasti,kerana aku mahukan yang SEJATI dan HAKIKI.Buat rakan ku sekalian,percayalah pada kata yang SEJATI dan HAKIKI dari kitab Robbul Izzati,’Kita merancang,tuhan juga merangcang,namun perancangan tuhan adalah yang terbaik”~kerana Dia lebih tahu,apa yang kita perlu,walau dia tahu apa yang kita mahu.Begitulah,Di Sebalik ketentuan Nya…ada hikmah yang tersembunyi.

.

sakit bila tak dapat rasa sakit.

Posted: May 25, 2010 in ABSARIA

Emm,pernah tak anda dengar tentang orang yang tak de deria sakit?hmm itu asas penceritaannya kali ini. Bagi mereka yang tuhan uji,tidak diberi deria sakit ini,sangat teruk keaadaan nya.Badan akan penuh dengan calar dan parut,namun bila ditanya mengapa,mereka sendriri tak mampu menjawabnya.Ini kerana badan mereka tidak pernah menyedari akan kesakitan sekiranya ada luka atau apa apa kemalangan yang berlaku pada diri.Hmmm,jika mahu kupasnya dari sudut lain,ramai antara kita ini mengalami penyakit ini.Kita sebenarnya tidak menyedari yang kita sedang menyakiti dan menzalimi diri sendiri.Bezanya dengan mereka yang diceritakan tadi,parut dan calar itu untuk kehidupan di dunia.Dan bagi majoriti kita yang tidak menyedari bahawa kita sedang melukakan dan menzalimi diri sendiri,namun luka dan calar itu hanya timbul selepas jasad dikandung tanah.Ada juga antara mereka yang tuhan tunjukkan awal awal lagi,contohnya ketika sakaratul maut.Cerita seorang ustaz,ada banduan yang dihukum gantung,tidak mampu lafazkan kalimah shahadah,biarpun beberapa kali diajar,sehinggalah masa sampai,tali dijerut,malaikat maut menyambut.hmm,sedih bukan.ini semua kerana kita tidak sedar bahawa kita sedang menyakiti diri kita dengan dosa dan maksiat di muka bumi.Hmmm,memang seronok bukan kepalang bila buat dosa.Pujuk nafsu kita,tak pe lah,hari masih muda.Hmmm,hakikatnya,maut tak kenal usia.Bila tiba waktu,ia datang tanpa perlu ditunggu.Begitulah,sakit,bila tak dapat rasa sakit…Moga diri ini sentiasa sedar,untuk tidak menzalimi diri sendiri.

Balutlah luka itu dengan taubat,sebelum ia dibalut dengan kafan putih..Ya Tuhan,Ampunkan daku.

Umpama Uncang Teh..

Posted: May 1, 2010 in ABSARIA

Sesi muhasabah semalam  membeku dan meretakkan minda aku yang kian meragui kemampuan panjinya untuk terbang lebih jauh.Di fikir fikir kenapa sebegini rupa jadinya,teringat pula pada pesan salah seorang fasilitator ketika aku mengambil subjek kaunseling semasa di semester empat yang lepas.katanya,kamu umpama uncang teh,andai kamu berada di dalam air yang sejuk,kamu berasa selesa,namun kesannya hanya sedikit teh yang terhasil daripada uncang tersebut.Akan tetapi,cuba kamu bayangkan betapa banyak dan cepatnya terhasil teh,dari uncang yang sama,sekiranya ia berada dalam air yang panas.Begitulah analogi yang digambarkan beliau,untuk mencerminkan keadaaan potensi manusia yang perlu diasak dengan keadaan yang mendesak,barulah ia akan terpancar dengan pencapaian terbaik.Dalam istilah psikologinya,ini dipanggil ‘compaling reason’.Seorang tua mungkin tidak terfikir untuk melompat tembok yang sama tinggi dengan dirinya.Namun andai diletakkan seekor harimau yang garang lagi kelaparan bersamanya,hmmm percayalah,dua kali ganda tembok tersebut pun,masih boleh direntasinya.

Pokok pangkalnya sekarang,tepuk dada,tanya kemahuan dan kemampuan.Aku sering melihat si anak kecil belajar berjalan.Dia bangun dan cuba berjalan.Jatuh ,bangun dan jatuh lagi.Namun si bayi ini tidak menangis.Terus bangun lagi.Namun,adakah anda fikir,si bayi ini tahu apa kemahuan dan kemampuan dirinya?Dia hanya tahu keseronokan tanpa meletakkan apa apa keterdesakan yang memaksa dirinya untuk terus bangun lagi selepas jatuh dan terus jatuh.Dia tidak pernah fikir akan kata kata bayi yang lain,yang mungkin mengutuk dirinya yang masih tidak pandai pandai berjalan.Dia tidak pernah fikir harapan ibu bapanya yang mungkin mahukan dia berlari terus ke pangkuan mereka.Apa yang si bayi ini tahu,dia suka apa yang dilakukannya.Walaupun mungkin cedera setelah asyik jatuh,dan mungkin menangis seketika,tetapi percayalah,tak lama selepas itu,bagun dan terus bagun lagi si bayi dari jatuhnya.

Keadaaan di atas adalah dua situasi manusia yang berbeza.Ada orang yang perlukan kutukan dan hinaan orang(yang kita kategorikan sebagai ‘keterdesakan’) untuk mereka mencapai ke suatu tahap yang maksimun,dan ada pula mereka yang tidak hirau mahupun endah pada tafsiran manusia yang membabi buta.Bagi golongan ini,mereka hanya meneruskan hidup mereka dengan cara dan gaya mereka.Mereka ceria umpama si bayi,Mungkin menangis sesekali,namun akan terus meneruskan epilog sebuah kehidupan bergelar manusia yang sejati.

Hmm,bagi diriku,aku punya kedua dua elemen manusia ini.Aku perlukan kedua duanya.tapi yangbermain jelas di fikiran ku,aku gusar  memikirkan masih jauh perjalan harus aku tempuh.Masih banyak impian yang belum dapat aku capai.Masih banyak orang yang perlu aku balas jasanya.Matlamat makin pudar,semangat makin luntur.Ya tuhan,pandulah aku dalam mendapat rahmat dan kasih sayang Mu…