Archive for April 30, 2010

Seminggu sekali je pun….

Posted: April 30, 2010 in ABSARIA

Usai solat Jumaat,terus mengadu pada abah tentang kualiti khutbah jumaat yang bagi saya semakin rendah standardnya.Berceramah perihal kehidupan,tajuknya tentang pekerja berkualiti.Benar,tajuknya kene pada masa kerana esok Hari Pekerja.Namun bukan kah hakikat khutbah jumaat ini mendatangkan kesedaran berkenaan Islam yang kian dagang pada Muslim yang datangnya jarang jarang ke masjid.Sekali seminggu sudah dikira syukur.Namun malangnya lagi tatkala khutbah jumaat ini dipandang sekadar mencukupkan syarat sah solat .Kalau tak dengar,berdosa la pula.Hmmm,sedang khatib syok sendiri memberi khutbah,ada seorang anak sedang membuat origami dari duit seringgit pemberian ayahnya.Mungkin untuk mendidik si anak agar ringan tangan untuk memberi sedekah.Tapi si anak itu pula bermain main dengan duit seringgit itu.Selepas bentuk burung,dibuat pula bentuk kapal terbang dan pelbagai lagi.saya sangkakan si anak ini memang berbakat dalam mencipta bentuk dari duit kertas seringgit,rupa rupanya si ayah ada di sebelah,menunjuk cara bagaimana membentuk origami tersebut.Dan itu ketika KHATIB SEDANG BERKHUTBAH!Kalau dah ayah kencing berdiri,si anak lagila,kencing berlari.Mungkin ini agaknya di panggil si ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

Saya pernah beberapa kali bangun dari saff depan dan ke saff belakang semata mata mahu para jemaah itu diam ketika khatib syok sendiri menyampaikan khutbah.Bukan mahu tunjuk pandai ,tapi tak mahu mereka terus tanpa sedar menghina kesucian Jumaat dan membusukkan keagungan rumah Allah.Bertambah sedih lagi,bila saya sedari bukan saja kanak kanak yang aktif bergurau dalam masjid ketika khutbah berkumandang,tapi si ayah dan si abang yang dah bermisai dan berjanggut,ketawa terbahak bahak,dengan gurau senda,walaupun ketika itu,persoalan MATI yang dibicarakan tok Khatib.

Muslim kita diberi kewajiban datang ke solat Jumaat.Sekali Seminggu je pun… kenapa ruang dan peluang ini tidak dilihat sebagai amat penting pada ummat kita? yang berduyun duyun ke rumah Allah ini adalah bapak bapak ,ayah ayah dan pimpinan keluarga paling kurang.Mereka ini akan bertindak sebagai medium penyampai kepada anak anak dan isteri di rumah,apa kandungan khutbah. Namun jika khatib gagal sampaikan dengan baik,atau pengisiannya sekadar mahu rakyat beli barangan tempatan demi menjana ekonomi negara Islam,tak ke rosak masyarakat.Banyak lagi perkara akar umbi yang perlu diberi perhatian dan penekanan.Adakah soal pekerja cemerlang yang kita mahu agungkan, sedangkan masyarakat kita umpama telur di hujung tanduk,tunggu masa sahaja mahu hancur ,jika dilihat dengan kedahsyatan masalah akhlak dan kebejatan sosial sekarang.

Justeru,saya mengharapkan agar mutu dan tahap khutbah kita dipertingkatkan.Bermula dari kemahiran Tok Khatib menyampaikan khutbah hinggalah kepada pengisisannya.Memang malang ,bahkan susah untuk mengakui bahawa ummat sekarang bukannya rajin sangat nak ke masjid.Tapi bertambah malang bila peluang unutk mentarbiah mereka sekali seminggu ini dibiarkan sepi dipandang mati tanpa suatu kualiti yang boleh mengubah diri.Sekali seminggu je pun…

P/s: Jangan hanya kerana terlalu mahu seiring dengan masa,kualiti dan mutu khutbah kita abaikan.Tak kan lah bila musim buah buahan,tajuk khutbah kita pun ‘Belilah buah buahan tempatan’.Tak ke haru biru jadinya.

kita memang ramai,tapi nabi cakap kita ni macam buih…