Archive for January, 2010

Love is verb

Posted: January 22, 2010 in ABSARIA

Rasa ingin dicintai dan mencintai itu adalah lumrah insani.Andai dinafi atau dijauhi,nescaya bobrok lah empunya diri.Umpama irama dan lagu,andai dipisah,picanglah nada dan kata.Seronok rasanya berbicara perihal ini.Namun apa yang pasti,diri ini masih mencari mencari.Walaupun begitu,apa yang ingin dikongsi adalah suatu perkara yang bermain di minda ini setelah meneliti khutbah jumaat sebentar tadi.Tajuk khutbah berbicara perihal ‘kenapa saya menganut Islam: dari sudut akidah’. Khatib menerangkan perbezaan Islam dengan agama lain dan kenapa kita sebagi muslim perlu bangga diizinkan menjadi seorang Muslim.Saya pernah membaca buku berkenaan tajuk ini,yang ditulis oleh seorang tokoh islam ,Assyahid Ustaz Fathi Yakan.Ia membincangkan hakikat insan yang memeluk islam,kenapa dan mengapa.Namun,apa yang terdetik di fikiran adalah kata kata yang selalu dilontarkan malah dialunkan oleh ramai muslim.Alunan nada zikir yang membasahi bibir,melafazkan rasa cinta kita pada tuhan,rasa kasih pada nabi dan sebagainya.Realitinya,Kita kata kita cinta pada Allah,namun kita sering membuatNya murka.Kita kata kita sayang Nabi,namun tak pernah mahu amalkan sunnahnya.Kita kata kita sanjung Al Quran,tapi sentiasa mengabaikan tuntutannya ,malah ada yang tak sudi mahu menatapi nya.Hmmm,kerana itulah saya fikir,benarlah tagline ‘Love Is Verb’.Ingatlah,Suatu perasaan itu tiada maknanya tanpa diiringi dengan tindakan mentahkikkan perasaan atau pembuktian melalui lisan yang dizahirkan oleh lidah yang tak bertulang.

Tahukah anda?

Posted: January 21, 2010 in ABSARIA

Tahukah anda ,adalah menjadi satu kesalahan,bagi ibu bapa yang menjaga anak anaknya ,meninggalkan anak anak itu:

a) tanpa membuat apa apa peruntukan untuk penyeliaan dan penjagaan anak itu;

b) selama satu tempoh yang tidak munasabah setelah mempertimbangkan segala hal keadaan ;atau

c) di bawah keadaan yang tidak munasabah setelah mempertimbangkan segala hal keadaan,

adalah melakukan satu kesalahan ,dan jika sabit kesalahannya , dia boleh didenda tidak melebihi RM5000 atau dipenjarakan selama satu tempoh yang tidak melebihi 2 tahun atau kedua dua nya sekali.Ibu bapa adalah bertanggungan secara jenayah bagi kesalahan ini di bawah akta kanak kanak 2001 (akta 611) seksyen 33.

Rujukan : Teo Say Eng,Hak Anda dan Undang Undang,Lexis nexis.

P/s: Di Malaysia ,kita ada undang undang yang mempertahankan hak kanak kanak yang diabaikan keperluan dan juga hak mereka.Namun,akhir ini,kita dicetuskan dengan fenomena baru – Buang Ibu,sisih ayah.Isu buang dan dera anak sudah lapuk,timbul pula isu tanggang moden yang mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang anak.Sehingga ke hari ini,Malaysia belum ada undang undang yang mengangkat Martabat Si Ibu dan bapa hingga akhirnya sebagaiman akta kanak kanak ini.

Satu kes yang berlaku di Pulau poko sebatang,Pulau Pinang,seorang anak sanggup membiarkan Si ayah berseorangan tanpa diberi makan atau kelengkapan hanya kerana si ayah sudah ditarik balik sumbangan daripada badan kebajikan masyarakat yang berjumlah RM300.

Al kisahnya begini,si anak pada mulanya mendapat tahu bahawa ayahnya yang telah banyak berjasa padanya ini mendapat bantuan daripada Jabatan berwajib ini,lantas kononnya bersimpati dengan si ayah dan mahu membelanya(padahal kerana mahukan RM300).Namun,disangka hujan sampai ke petang,duit bantuan itu disekat kerana jabatan berkenaan mendapati sudah ada orang yang mahu menjaga si polan ini dan tidak lagi berhak untuk bantuan tersebut.Tuntas  mencetus kemarahan si anak kerana RM300 sudah tiada lagi.Maka si Tanggang bertitah,keluar lah ayahanda dari sempadan istananya,bergelimpangan si tua mencari perlindungan dalam keadaan kelaparan.

Huh,sungguh tak mengenang jasa si durjana ini.Dulu usapan si ayah ini sentiasa hinggap di dahi,suapan si bapa kepada si kecil ini sentiasa diberi ,namun bila si bapa dan si ayah sudah menjadi si bongkok tua,si anak berubah menjadi si PENDERHAKA yang layaknya hanya di NERAKA.Nauzubillah…

Ingatlah,dunia ini ibarat roda,langit ini pula tak selalunya cerah.Suatu kepastian,hukum karma perlu menjadi ingatan.Hari ini kamu menjadi raja,hari esok mungkin kamu pula yang jadi hamba.Hari ini si Penderhaka berkuasa,esok pasti anak si penderhaka yang merembat ibu dan bapanya pula.

Pesan tuhan,jangan sesekali kamu mengatakan AH! kepada ‘mereka’.Kerana itulah keredhoan tuhan itu pada keredhoan mereka,kemurkaan tuhan juga pada kemurkaan mereka.

Khulasohnya….,saya berdoa,agar kita sentiasa beringat dan berpesan pesan,hidup ini hanya sementara wahai teman,raikan lah mereka sebelum air mata perpisahan mengalir berlinangan,memutuskan seluruh kasih sayang.

Usaplah mereka sebelum terlambat.Belailah mereka sebelum terlewat.Peluklah mereka sebelum kafan membalut kemas tubuh mereka…Mama ,aku sayang kamu…Abah,aku sanjung dirimu…Terima kasih buat mama daan abah…untuk segalanya…

Tahniah buat kalian

Posted: January 16, 2010 in ABSARIA

Salam …entry ringkas ini saya dedikasikan buat adik adik dan rakan rakan rakan yang baru saja terpilih untuk menjadi pemimpin pelajar untuk Majlis perwakilan pelajar UDM bagi sesi 2010/11,Khususnya buat adinda tersayang,din,faiz dan syikin.Jangan pernah lupa yang kita diberi untuk memberi.We are not born to be somebody but we create ourself to be somebody. All of you are a step forward to your greatest achievement.Hebat korang…Abg pun tak pernah jadi MPP.Walau apa pun niat mesti baik.Pangkat itu jangan difikir satu kehormatan atau kebanggaan.Tapi niatkan untuk dijadikan platform sebuah perjuangan membantu ummat.Pesan nabi,segala nya dikira berdasarkan niat.Baik niatnya,baik la perkiraannya.Ingat juga bahawa andai kita tolong agama Allah,Dia pasti akan menolong kita kembali.Buat Adam dan Muhammad,Calon Fakulti Undang2 dan Hubungan Antarabangsa (FUHA),semoga kalian dapat menabur bakti kepada mereka yang memerlukan terutamanya dari sudut perundangan .

Kepimpinan ini bukan bakat semulajadi.Ia diasah dan digilap oleh mereka yang berani menanggung risiko.memang kalau nak dikira akan risiko negatifnya menjadi seorang pemimpin,jawabnya tak lena tidur dibuatnya.Tapi kata bijak pandai,kalau takut dilambung ombak,jangan berumah di tepi pantai.Hakikatnya,segala perkara itu ada risikonya.Namun,ia terpulang kepada mata dan minda orang yang melihatnya.Bagi yang berjaya,Bagi mereka dalam setiap risiko dan masalah itu,banyak peluang dan kekuatan.Bagi mereka yang berminda dangkal,setiap perkara dilihatnya masalah.Walau bagaimanapun,nasihat saya kepada diri saya dan kalian,Jangan pernah takut dengan risiko dan masalah.Berdepan dengannya,dan anda akan lihat kemampuan diri.Namun andai kita terus lari dan lari,yang kudus tetap akan kekal kudus,yang mulus akan kekal mulus,akhirnya kita terus kekal terpatri di takuk yang lama.Khulasoh kalam,Selamat berjuang buat kalian.Ingatlah,kita ini adalah penyambung rantai pemimpin lampau,bukan pemula rantaian mahupun pengakhirannya.Sekali lagi…Tahniah buat kalian.

Maafkanlah…

Posted: January 15, 2010 in ABSARIA

Sejenak pulang menatap wajah bonda dan ayahanda di teratak,sempat saya menjengah ke perpustakaan peribadi dan membelek beberapa buah buku kegemaran saya.Saya menyelak pantas halaman sebuah buku ini,yang berjudul’Menjadi Individu Menarik” karangan Dr Fadzilah Khamsah dan Ahmad Naim Jaafar.Buku ini amat menarik dan pasti membantu kalian dalam membina dan mengukuhkan personaliti anda.Sudah hampir lima kali saya khatam buku ini namun kandungannya tidak pernah menjemukan.Kupasan menarik dan idea yang bernas,Namun perlu direntetkan dengan latihan daripada para pembaca.Saya ingin kongsikan dengan kalian cerita yang dikupas oleh para penulis berkenan Individu Menarik yang wajib dijadikan idola setiap Muslim.Pada halaman 215 buku ini, penulis mengupas dengan menarik tentang Salah satu ciri Insan Agung Muhammad SAW yang diutus untuk membetulkan akhlak insani di muka bumi ini. Ciri yang perlu kita sama sama teladani adalah berkenaan kemurahan hati baginda memaafkan orang.Bayangkan pernah suatu ketika seorang arab badawi telah kencing di suatu sudut masjid dan Para sahabat hampir mahu mencederakan arab badawi tersebut namun dihalang oleh baginda.Insan agung ini memaafkan tindakan biadab arab badawi ini walaupun tindakannya seolah2 menghina Islam.Satu lagi kisah yang dikupas penulis adalah berkenaan nabi memaafkan abu sufyan yang merupakan musuh ketat Islam.Isteri abu sufyan iaitu hindun pernah membunuh bapa saudara nabi,namun setelah Islam menang,Nabi memaafkan Abu sufyan,walaupun pelbagai kejahatan telah dilakukan oleh Abu Sufyan dalam menentang Islam termasuklah Isterinya Hindun yang telah membunuh dan memakan hati bapa saudara Nabi.Walaupun begitu kejam perbuatan mereka,namun Nabi masih mampu memberikan kemaafan malah menjamin keselematan mereka dari segala ancaman.Sifat inilah yang menjadikan nabi dihormati lawan dan kawan.Justeru Sebagai ummat Muhammad,ayuh kita teladani insan yang paling berpengaruh di muka bumi ini bagi menjadi personaliti yang menarik.Dr Fadzilah juga sering kali berpesan supaya melatih diri untuk memaafkan semua orang sebelum kita tidur.Amalan ini akan menjadikan kita tenang dan sentiasa bersemangat dalam menempuhi hari hari mendatang.Pesan bijak pandai,Jadilah seperti sepohon pokok yang rimbun berbuah,walaupun dilontar dengan pelbagai benda seperti batu ,kayu dan sebagainya,namun ia tetap membalasnya dengan buah yang ranum dan enak…Maka,ayuh sahabatku…maafkanlah…

P/s: Maafkan saya Cik Jah,masih belum dapat publish apa yang awak hajatkan….justeru…maafkanlah : )

To Sue or Not To Sue

Posted: January 12, 2010 in ABSARIA

Before pursuing a suit, consider the following elements:

OPPOSING PRESPECTIVE:

Have you really attempted to see the issue from the other party’s point of view and understand the opposing position or feeling?

ALTERNATIVE CAUSES OF ACTION:

Has every other option been examined? Sometimes the only ones who get anything in a lawsuit are the attorneys.

CERTAINTY OF OUTCOME:

Before investing your money and time in a suit,have you carefully weighed the strengths and legal option of the other side?you will get nothing even you are the winner party in the case if the opponent have nothing otherwise the tittle of bankrupt people.

COLLECTIBILITY OF THE JUDGEMENT:

As told to you before,what good is it to win the judgment if the loser doesn’t have any money or assets to attach or liquidate?How much extra time or effort will be wasted for the useless judgment?

ATTENTION DEFICIT:

How much the pursuing of the suit going to cost you , your employees, or your family in lost of money ,time,focus , and energy? Could you culcalate it then find the conclusion either your action give u a win situation or juz waste ur time n everything.

MSG: The contents of these guides i quote from a book which i yet to remember its title ,but I’ll put it later for the seek of your references.Pliz make sure that the action u take n will take always benefit u and others and never do it until u finish thinking and satisfied about it .After satisfied,as shake spears words,its up to you,to be or not to be,to do or not to do,or to sue or not to sue.

Terima kasih..

Posted: January 9, 2010 in ABSARIA

Salam buat semua,entry ringkas ini bertujuan untuk mengucapkan tahniah buat keseluruhan family FLAIRSOC di atas kejayaan merangkul 6 anugerah di malam GALA universiti semalam. Antara anugerah yang dirangkul adalah anugerah sukan dan reakrasi terbaik,akademik terbaik ,luaran terbaik,oraganisasi terbaik dan beberapa lagi.Namun begitu,sebagai Presiden Faculty of Law & International Relation Society (FLAIRSOC) , saya ingin ingatkan bahawa anugerah ini bukanlah matlamat sebenar perjuangan Flairsoc. Masih banyak tugas dan amanah yang perlu dilangsai.Segala anugerah ini perlu dijadikan pemangkin kepada usaha murni bakti budi pada Flairians dan seluruh warga UDM umumnya.Terima kasih kepada Majlis Perwakilan Pelajar UDM sesi 2008/09 yang telah menganjurkan Malam gala yang bertujuan mengiktiraf aktiviti persatuan di universiti ini.Moga ianya dapat dijadikan acara tradisi setiap sesi akademik.Tahniah dan terima kasih buat rakan rakan badan dan persatuan yang turut hadir dan memenangi anugerah seperti Kolej Kediaman C,Kelab Usahawan ,Ipend dan ramai lagi.Semoga ianya menjadi penyuntik semangat buat generasi baru untuk berbakti.Namun yang perlu sentiasa menjadi ingatan,anugerah dunia bukan kejaran,anugerah akhiratlah yang mesti dijadikan sasaran.Bimbang yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran.Pesan tuhan,andai kamu menolong jalan tuhan,tuhan pasti menolong kamu…Hakikatnya tuhan tak berhajat pada pertolongan hambanya,namun tugas hakiki khalifah adalah memelihara Islam dan memberi bakti kepada agamanya.Tuhan tidak sesekali melihat kepada berjaya ataupun tidak usaha dan pertolongan yang diberi,tetapi tuhan hanya menilai,ada ataupun tidak usaha yang dibuat.Justeru,berjaya atau tidak ,bukan ukurannya,tetapi,kita usaha ataupun tidak,itu yang akan dipersoalkan.Suatu perkara lagi,ingatlah,pertolongan Allah itu bukan hanya dari sudut material,namun mungkin dari sudut ketenangan dan kelapangan hati,serta kemudahan untuk berbakti.Teruskan berbakti dan teruslah berbudi.Terima kasih.

P/s: Gambar anugerah sebenar akan saya letak dalam jangka masa terdekat.Terima kasih.

Kita mudah lupa.

Posted: January 6, 2010 in ABSARIA

Suatu ketika dulu,Tun Mahathir pernah merakamkan kesedihan beliau kepada bangsanya sendiri melalui bait bait puisi nya ‘Melayu mudah lupa’…bahkan pernah disisihkan kerana bukunya ‘Dilema Melayu’.Hakikatnya bukan mahu mencaci bangsa sendiri,apatah lagi membuka pekung di dada bangsa yang dicintai,tetapi untuk membangunkan minda dan membukakan mata Bangsanya yang bergelar MELAYU.Tajuk entry kali ini ‘Kita Mudah Lupa’ adalah bertujuan untuk sama sama kita fikir kenapa agaknya dan apakah jawapan yang sesuai untuk menjawab punca kenapa kita mudah lupa.Teringat suatu ketika dahulu,sempat saya menuntut di bumi KUSZA yang ketika itu ditadbir oleh kerajaan negeri.Bukan mahu memburukkan,tapi sekadar berkongsi.Keadaan bilik kuliah ketika itu agak dhoif.Kipas yang selalu rosak,tingkap yang seperti hidup segan mati tak mahu,kerusi yang hampir syahid menyembah bumi dan segala ke’antik’an yang boleh anda bayangkan.Namun hari ini ,KUSZA diambil alih oleh kerajaan pusat ,segalanya berubah  dalam sekelip mata.Keadaan usang dahulu seolah olah tidak pernah wujud.Akhirnya saya merumuskan bahawa,punca ‘kita mudah lupa’ adalah salah satunya kerana kita mudah mendapatkan sesuatu perkara tanpa kesusahan atau keperitan yang menghalangi dan mendalanginya.Maka,kita juga mudah untuk tidak menghargainya.Lihat saja lah mahasiswa kita,lebih dekat lagi ialah diri  saya sendiri.Apabila penghawa dingin rosak sedikit,kelas tak dapat diteruskan.Kononnya mat n minah London lagaknya,tak boleh panas sikit.Padahal semuanya makan Belacan!Begitulah keadaan yang sama waktu dengan nya.Ada sesetengah insan LUPA untuk menghargai insan paling berjasa kepada mereka,iaitu ibubapa,kerana lahirnya mereka sehingga ke hari ini,ibu bapa sentiasa dekat di mata.Seolah sudah menjadi lumrah,kita sentiasa menghargai seseorang itu selepas kita kehilangan mereka.Kelak bila ibu dan bapa sudah tiada,barulah terhegeh hegeh hendak ke kubur,membacakan yassin dan sebagainya.Semasa mereka hidup,tak pula mahu berjasa.Itulah kita…,Kita Mudah Lupa.Sama keadaannya dengan  agama Islam.Ramai yang lahirnya ke dunia sudahpun di ‘bin’ dan di ‘binti’kan.Terus diazan dan diiqomahkan,tanda sudah lahir para mujahid Islam yang baru.Namun tak sampai umur 2 dekad,sudah mula menunjukkan sifat dan sikap musyrik dan munafiqnya.Itulah hakikatnya,kita mudah mendapatkannya,maka kita mudah untuk melupakannya.Islam itu hebat dan rasailah kehebatannya dengan merasai kehebatan mengangkat dan memakmurkannya.Akhir sekali,jangan mudah lupa untuk menghargai insan yang menghargai anda.Bukan niat untuk menghidangkan jalan yang payah untuk insan yang ingin mendekati anda dan yang ingin anda dekati,tapi cukuplah untuk tidak melupakan jasa dan pengorbanan mereka kepada anda…Buat Mama dan Abah serta setiap insan yang mewarnai hidup ini…Terima kasih yang tak terhingga buat kalian.

Esok untuk siapa?

Posted: January 5, 2010 in ABSARIA

Tuhan berpesan dalam surah Al Luqman ayat 34 yang maksudnya lebih kurang begini; sesungguhnya kamu tidak akan tahu apa yang akan berlaku pada esok hari dan kamu tidak tahu di bumi mana kamu akan mati…Ayat ini dibincangkan semasa saya mempelajari Islamic Law of Insurance.Asal kaitannya adalah untuk meletakkan bahawa risiko kematian itu tiada siapa yang tahu.Di mana,bila dan siapa yang akan mati sentiasa menjadi persoalan kepada manusia agar sentiasa ingat bahawa dunia itu hanyalah ladang untuk bercucuk tanam,akhirat itulah tempat menuainya..Pesan Nabi ,orang yang paling bijak di dunia ini adalah orang yang sentiasa ingat akan mati.Namun,apa yang ingin saya kaitkan dengan tajuk entry kali ini adalah,kita adalah apa yang kita usahakan.Hari ini akan jadi milik kita jika kita berusaha untuk mendapatkannya.Maka persoalan ‘Esok untuk siapa?’ tidak akan timbul sepatutnya.Takdir itu boleh berubah melalui doa.Doa itu usaha dan doa itu juga perlu disebatikan dengan usaha.Maka disebabkan itu lah bijak pandai berpesan,bekerjalah umpama kamu hidup selamanya,beribadatlah umpama esok adalah hari kematian kamu.Walaupun mati itu tidak pasti,kita perlu sentiasa bersedia untuknya.Andai hidup itu panjang pula masanya,kita perlu berusaha untuk terus hidup dan menghidupkan kehidupan.Maka kesimpulan ringkas,hari ini ,esok atau seterusnya,bukan milik sesiapa.Ia umpama pasaran terbuka.Siapa yang usaha ,dia yang dapat.Siapa yang lena,dia yang merempat.Sayonara…

P/s: Special for ‘Arsenaleen’…Seize the days,grab the bays…have a nice day fren.