Usahawan kerjaya pilihan..

Posted: December 29, 2009 in ABSARIA

Tagline ini diucapkan oleh saudari mariam bagi memulakan pembentangan kertas kerja dan juga cash flow bagi Craft Creative Sdn Bhd yang bertempat di Pulau Wan Man.Berkat usaha dan kerjasama,syarikat Craft Creative Sdn Bhd mendapat tempat Ke 3 dalam sesi tersebut.Terima kasih buat semua rakan kongsi yang telah bertungkus lumus.Terima kasih juga buat Encik Aziz dan Cik Noraini dari PUNB yang memberi penerangan dan justifikasi bernas.Sesi pembentangan ini adalah sebahagian daripada Program dalam Kursus Asas Keusahawanan Kali ke 5 yang dianjurkan oleh Universiti Darul Iman dengan kerjasama Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) yang berlangsung selama 6 hari 5 malam di Sutra Beach Resort.Hmmm,seronok mendapat pendedahan daripada pelbagai agensi kerajaan mahupun swasta yang sentiasa menyokong para usahawan.Bertambah seronok apabila para peserta yang cukup sporting dan mesra.Banyak yang dipelajari di sana;antaranya cara membuat pinjaman dan juga analisis serta cadangan dalam pembikinan kertas kerja bagi memohon bantuan.Pendek kata,berbaloi baloi.Memang tak rugi mengorbankan cuti yang sedia ada sedikit tinggal nya.Konklusi yang dapat saya kongsi daripada seminar ini adalah,jatuh bangunnya seseorang usahawan adalah kerana sSIKAP usahawan itu sendiri.Kalau nak salah kan kerajaan,dah banyak bantuan dihulurkan.Kalau nak salah kan persekitaran,samapi kiamat pun x abis.Maka ,segala jari yang menunding,akhirnya akan kembali kepada diri usahawan itu sendiri.Pendek kata,The power to change the world,is starting from changing yourself.Pesan tuhan,Tidak Aku ubah nasib sesuatu kaum itu selagi mana mereka tidak berusaha untuk merubah nasib mereka sendiri.Takdir itu boleh berubah dengan usaha seringan doa,apatah lagi usaha dengan tulang empat kerat.Bukankah Allah itu Maha Memberi lagi Maha Pemurah.Rezeki itu diberi adil kepada semua insan.Pepatah Arab ada berpesan,Man jadda wa jada,Man zara’a,hasada.Siapa yang berusaha dia yang akan berjaya,siapa yang menanam,dialah yang akan menuai hasilnya.Buat para rakan peserta ,Tahniah dan terima kasih atas pengalaman yang cukup berharga.Moga moga cita cita ku untuk menjadi usahawan muda (muda lg ke?),berjaya dicapai.InsyaAllah.


Advertisements
Comments
  1. salam usahawan..namun tingkat dan tangga perlu didaki terlebih dahulu dalam susah merasa nikmat bahagia..pertama nya..kita perlu dahulu menjadi seorang susahawan-usahawan-hartawan-dermawan-jutawan…dan tok wan..hehe..apa2pun jangan mengharap makan gaji..9/10 dari rezeki datang dari berniaga dan 9/10 orang berniaga kebanyakan masuk neraka..hehe..sekadar peringatan untuk semua usahawan..perlu jujur yer..

    • absarlegal says:

      Yup…En Nordin pun ada berkongsi cerita…katanya Jujur merupakan modal terbesar bagi seorang usahawan.Katanya dulu,Baginda nabi bukan bermula dari seorang yang pandai berniaga,tapi kerana kejujurannya sehingga menambat hati usahawan dan jutawan Siti Khadijah yang kemudian memberi kepercayaan kepada Nabi untuk menguruskan Seluruh hartanya.Mujahid Anbu,Tq.

  2. CikJah says:

    dear mr…d great secret of success is that there are no secrets of success… there are only timeless principles that have proven effective throughout the centuries…

  3. syahmi says:

    i got the point…

    good writing..

    keep it up..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s