Archive for December 7, 2009

Tahukah anda?

Posted: December 7, 2009 in ABSARIA

Tahukah anda,jika seseorang itu melafazkan kata kata berahi atau menyanyikan lagu lucah dengan tujuan untuk mengaibkan kesopanan dan kesucian seseorang wanita di tempat awam dan kata kata atau nyanyian itu boleh didengari oleh orang lain , maka dia telah melakukan kesalahan di bawah s 294 Kanun keseksaan. Jika dia mengaibkan wanita dengan mekukan kekerasan jenayah,s 354 adalah terpakai kepadanya. Jika dia mencuba untuk merogol,dia akan dihukum di bawah s 376.Kesalahan di bawah s 509 ialah kesalahan untuk mengaibkan wanita.

Untuk menjadikan suatu kesalahan di bawah seksyen ini , unsur berikut mestilah dibuktikan:

(a) tertuduh melafazkan kata kata @ mengeluarkan bunyi @ membuat gerak isyarat @ mempamerkan apa apa objek

(b) tertuduh bertujuan supaya kata kata yang dilafazkan @ mengeluarkan bunyi @ Menunjukkan isyarat @objek yang dipamerkan didengar@ dilihat wanita;

(c) tertuduh mengganggu privasi seseorang wanita;

(d) dia bertujuan mengaibkan wanita.

**rujukan: Hak Anda Dan Undang-undang,Teo Say Eng

: Kanun Keseksaan

P/S: Hargailah setiap wanita yang telah menyinari hidup anda.Lumrah manusia,kita sering memberi penghargaan kepada sesuatu hanya setelah kita kehilangannya.Sesungguhnya wanita dan lelaki itu saling melengkapi antaru satu dengan yang lain.Love everybody.

Merenung,ditenung dan…termenung.

Posted: December 7, 2009 in ABSARIA

Kadang kadang kita temui jalan buntu pada suatu permasalahan.Puas kita fikirkan penyelesaiannya.Kita merenung dan termenung,mencari jalan untuk masalah itu.Rupa rupanya,apa yang ditenung adalah penyelesaiannya.Masalah itu adalah kunci kepada masalah.Huh,agak complicated keadaan ini.Sebenarnya saya terfikir akan kehidupan selepas belajar nanti.Bagaimana persaingan dan juga cabaran yang bakal diterima.Perkara ini terdetik ketika menyertai delagasi UDM ke persidangan pemimpin pelajar undang undang,South East Asia Law Student Convention (SEALS) 2009. Ramai peserta dari seluruh Malaysia yang datang untuk bertukar pandangan pada seminar ini.Namun,apa yang mengagumkan saya,tahap kepimpinan dan wibawa para peserta cukup hebat sehingga diri ini agak kelu untuk berkata kata.Saya termenung seketika.Andai inilah sainganku,apa yang perlu aku lakukan.Merenung dan termenung.Rupa rupanya,yang ditenung itulah jawapannya.Ia ada dalam diri saya.Pepatah yang selalu saya katakan pada adik adik junior terutama yang berada dalam debat,saya sendiri gagal menggunakan sebaik mungkin. ‘We are Not born to be somebody,but we create ourself to be somebody.’Pesan pensyarah saya, a leader are not born to be,but learn to be. Hakikat kehidupan,Ilmu adalah segala gala nya. Pesan bijak pandai ,Sesiapa yang mahukan dunia,carilah ilmu,siapa yang mahukan akhirat,carilah Ilmu,dan sesiapa yang mahukan kedua dua nya,carilah Ilmu.Akhirnya,saya mengakui,diri ini masih banyak kelemahan,kurang ilmunya dan pelbagai kelompongan.Justeru ,penyelesaiannya,saya perlu bangun dari mimpi,keluar dari zon keselesaan,sahut cabaran dan ubah pemikiran.Semoga muhasabah ini menjadi titik mula sebuah reformasi…

 

merenung…

 

 

 

..even the day is not today)

Khinzir Vs Rasuah

Posted: December 7, 2009 in ABSARIA

Salam…untuk entry ringkas ini,saya sekadar mahu berkongsi dengan anda berkenaan dengan perbandingan menarik yang diberi oleh tokoh maulidirrasul ini,iaitu Al Fadhil Ustaz Dr. Ridhuan Tee Abdullah ,semasa di seminar SPRM di UKM baru baru ini.Penceramah bebas yang dilahirkan pada 24hb April 1965,di Tangkak, Perak ini sungguh lantang dan bersemangat ketika memberi ceramah kepada para peserta seminar.Banyak perkara yang menarik yang disampaikan dan antaranya perkara yang ingin saya kongsikan dengan anda sekalian.Pemegang sarjana sastera analisis polisi dan keselamatan UKM dan PhD UPM ini menyatakan bahawa makankhinzir lebih baik daripada makan rasuah.Agak menarik bukan.Pertama kali mendengarnya,saya sendiri agak terkejut. Perkara biasa bagi manusia,gemar mendengar perkara yang agak keras sebegini.Namun apabila beliau menerangkan kembali,baru seantero dewan faham apakah mesej yang hendak disampaikan oleh beliau.Terang alfadhil ustaz,kalau makan khinzir,dosanya hanya dengan tuhan,sebab tuhan yang melarang perkara tersebut,dan kesan buruk yang diterima juga,hanya kepada si pemakan khinzir tersebut,bukan orang lain. Namun berbeza dengan pemakan rasuah,ia akan mengakibatkan kesan buruk kepada ramai orang dan ianya berantai rantai.Orang yang memberi rasuah akan berdosa,penerima rausah berdosa,anak2 penerima rasuah akan makan harta rasuah,dan orang orang disekeliling juga akan terkesan dengan rasuah.Contohnya,andai si A adalah calon paling yang layak menerima geran atau permit projek pembinaan yang akan menentukan jatuh bangunnya syarikat beliau,namun walaupun mengisi borang dan sebagainya mengikut prosedur yang diperlukan,beliau gagal memperolehi dan beliau jatuh bankrupt.Kesan akhirnya,Syarikat gulung tikar,isteri mintak cerai,dan anak pun terabai.Si A merasakan beliau sudah tiada kehidupan lagi dan mengambil keputusan untuk bunuh diri.Setelah bunuh diri, si A menjadi roh yang tidak tenang,menyiasat kembali kenapa permohonan beliau untuk mendapatkan projek gagal.Akhirnya beliau dapat tahu bahawa rupa rupanya Datuk B telah pun memberi Rm5000 kepada S/U sulit Pegawai yang meluluskan tender tersebut untuk menyorok segala permohonan lain dan hanya meluluskan permohonan datuk B tersebut.Maka Roh si A naik berang dan menolak Datuk B dari banglo 5 tingkat beliau.Lihatlah,betapa besar impak rasuah,2 nyawa terkorban,anak dan isteri tak terurus,pekerja hilang mata pencarian dan sebagainya.Justeru, kita perlu sentiasa berwaspada dan berkira kira,sebelum bertindak mengikut rasa.Walaupun rasuah ini umpama debu dijalanan,yang pasti akan melekat apabila kita melintasinya,kita perlu untuk sentiasa berusaha membersihkan nya.walaupun rasuah ini umpama budaya yang tak dapat dielakkan dalam kehidupan masyarakat, kita perlu berusaha membetulkan keadaan ini agar tidak berterusan.Moga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini.

** Cuba anda gantikan rokok dengan rasuah dalam entry ini. Khinzir Vs Rokok…Hahaha.Jangan marah ye perokok sekalian.Ianya benar.Anda bukan sekadar mambahayakan diri anda tapi seluruh generasi masyarakat.Sayangi diri anda dan sayang orang yang menyayangi anda.

Cegahlah…

Posted: December 7, 2009 in ABSARIA

Hi guys,salam buat kalian…Pastinya di akhir tahun ini ,ramai yang membilang hari yang masih tinggal untuk membuka lembaran tahun baru.Kata orang,nak buka buku baru la,yang lama dah jadi sejarah . Tapi,buku sejarah ini bukan untuk ditinggal sepi dibiar mati,ia perlu dianalisis dan dijadikan sumber rujukan penting,agar yang buruk kita jadikan sempadan yang baik kita gandakan.Beberapa minggu ini saya diberikan kesempatan untuk bersama sama dengan ramai tokoh tokoh dan juga pemimpin masyarakat.Bulan lepas,saya di seminar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ramai tokoh pendidikan yang hadir sebagai pengupas modul yang menerangkan kepentingan integriti dalam mencegah rasuah. Antaranya,Tuan Haji Anis Yusal,Prof Datuk Dr. Samsul Amri,timb presiden IIM,Timb Pesuruhjaya SPRM dan ramai lagi.Suatu perkara yang penting yang saya dapat lihat apabila berbincang persoalan integriti adalah sikap dan sifat masyarakat itu sendiri yang memainkan peranan dalam membentuk suasana harmoni sesebuah Negara. Bagi pendapat saya, situasi ini haruslah dicetuskan oleh para pemimpin yang sepatutnya memberi contoh yang baik kepada pimpinan mereka. Saya berkesempatan untuk minum bersama sama Pengarah pantai timur Intelectual Orator Consultant (IOC) yang sempat untuk berkongsi cerita berkenaan pemimpin masyarakat yang tidak langsung mempamerkan ciri ciri pemimpin yang baik.Pemimpin yang pernah bergelar senator suatu ketika dahulu cukup mempamerkan kegelisahan beliau apabila masyarakat datang mengadu nasib kepada beliau,tidak menepati masa yang dijanjikan,dan sebagainya.Mungkin ada yang berpendapat kita perlu bersangka baik dan sebagainya.Namun apa yang saya ingin gambarkan adalah sikap dan sifat pemimpin inilah yang akan merintis perubahan kepada sikap dan sifat rakyat pimpinan mereka.Lihat saja sejarah dan sirah manusia agung Muhammad SAW. Nabi Muhammad yang telah diiktiraf sebagai insan berpengaruh dalam buku berjudul The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History,telah menyebabkan ramai kuffar yang masuk Islam hanya dengan melihat tingkah dan laku baginda.Ramai musuh yang jadi kawan setelah melihat kejujuran rasul ini menguruskan perniagaan dengan penuh integriti. Kesimpulannya,saya suka memetik kata kata saudara Nasir,Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UKM,yang juga merupakan pembentang kertas kerja dalam seminar ini,kita perlu wujudkan budaya menjaga tepi kain orang.Maksud lain beliau adalah kita perlu saling berpesan pesan ke arah kebaikan dan bersama mencegah kemungkaran dalam membasmi masalah integriti dan masalah rasuah ini.

**Bukan kah itu sebenarnya peranan manusia sebagi khalifah di muka bumi tuhan ini? Bukankah itu sebenarnya tugas   kita yang ramai diantaranya telah lupa? Bukankah juga kita akan ditanya berkenaan tugas ini tatkala bertemu dengan tuhan Maha mencipta? Sama sama kita muhasabah…Moga yang kurang kita tambah,yang bantut kita cambah, ,yang tumpul kita asha,dan yang salah kita ubah. Wallahua’lam.