Umpama kepompong.

Posted: September 28, 2009 in ABSARIA

Salam buat sekalian blogger.Salam aidilfitri diucapkan buat semua. Tatkala jari ini mula menulis,bibir tersenyum bila minda berlawak.Katanya,entry kamu sebelum ini “No Delay” ,tapi blog kamu “No No Delay”.Intrepetasi nya kene delay lah jawabnya.Hahaha.Memang agak lama tertangguh untuk bersembang dengan kalian.Dek kerana perlukan lebih ruang masa untuk menyelesaikan perkara yang merupakan roh kepada jasad kehidupan ini,maka terpaksa biarkan habuk mengisi ruang blog ini.Hmmm,sebentar tadi baru selesai kelas Syeikhul Sifu Naziri al kelantani.Sememangnya kelas beliau bakal menjentik pemikiran yang sempit ini agar berkembang lebih jauh. Walaupun penuh kontrovesi,namun segala hujahnya mampu untuk membuatkan ego diri ini mengangguk bersetuju.kadang kala perkara yang mungkin nampak simple pada zahirnya,sehinggakan kami membiarkan ia sepi ,menjadi begitu complicated dan sehingga menjadi seumpama nadi,selepas penerangan daripada sheikh.

ada rupa sir tak?

Konklusi yang mungkin dapat dikongsi,buat kalian yang masih di universiti,ianya umpama kepompong buat diri. bukan untuk berhalusinasi atau berhibernasi,tapi untuk menguatkan diri menjadi rama rama yang hebat lagi berani. Terlalu banyak yang perlu disediakan bagi menghadapi cabaran dan rintangan diluar sana.Angin kuat ,hujan ribut,penyakit lumrah dan sebagainya adalah ancaman biasa kehidupan si rama rama. Syeikh ada bercerita tentang rama rama yang tidak cukup persediaan agar kami semua tersedar dari lamunan. Pernah juga ,sewaktu dibangku sekolah, Almarhum Dato Razali Ismail pernah bercerita.Ketika itu sebagai Pengarah pendidikan Negeri Terengganu.Kata Almarhum,bercerita tentang pengalaman beliau melakukan eksperimen di makmal berkenaan kitar hidup si rama rama.Seantero kelas menumpukan perhatian pada si rama rama yang sedang berjuang untuk memecahkan kepompong. Segala pedih ,sakit, dan perit ditatapi dengan teliti oleh semua pelajar. Akhirnya,ada seorang rakan beliau yang tidak sanggup membiarkan si rama rama menderita,telah membantu mengoyakkan kepompong dengan sebatang pensil.Hasilnya,rama rama terbang dengan gah nya.Semua seakan bersorak gembira.Namun gembira hanya seketika.Si rama rama terbang hanya sementara.Ia kemudiannya mati terkulai di dedahan pokok. Setelah apa yang berlaku,guru menerangkan bahawa imun dan kekuatan si rama rama yang dibantu oleh pelajar tadi belum cukup untuk menempatkan makhluk tuhan ini dengan dunia luar. Kesannya,ia tidak mampu bertahan dan mati disebabkan pertolongan tadi.

strongest alive

Aplikasinya,kita sebagai mahasiswa perlu memanfaatkan kehidupan di universiti dengan mengumpul segala kekuatan untuk melawan ketakutan diluar sana.Kepompong universiti ini perlu dimanfaatkan sebaiknya.Tak kira lah 4 atau 3 tahun lamanya,yang pasti ,ia perlu dimanfaatkan.Jangan jadi seperti rama rama yang dibantu tadi,layu terkulai kerana belum cukup kekuatannya.

Jangan pernah takut untuk buat silap,kerana banyak pengajaran datang dari kesilapan. Jangan pernah bosan dikutuk dimaki kerana itu lambang kekuatan sejati.Jangan pernah takut pada insani kerana ia milik robbiul izzati.

Saya yakin dengan tempoh yang ada , rama rama yang cantik dan kuat akan terhasil. Sayap dikibar menaungi insan yang memerlukan.Kecantikan dipancar bagi kasih yang dirintihkan. Dengan syarat,manfaatkan tempoh yang ada dengan menyahut segala cabaran dan dugaan di sini kerana selepas kepompong terkuak,kita pasti merindui saat berada di dalam kepompong universiti ini.

Bagi yang sudah menjadi rama rama diluar sana ,jangan lupa hidup ini pasti ada pengakhirannya.Beri bantuan kalian bagi sesiapa sahaja yang memerlukan.Hidup bukan untuk diri sendiri semata mata.Umpama rama rama,hidupnya menjadi agen penyebaran debunga dan melengkapkan kitar hidup tumbuhan lain.Matinya pula,ada yang dijadikan hiasan di meja tak kurang pula menjadi pemangkin debunga. Ayuh kita wujudkan kepompong baru untuk hidup di alam yang berpanjangan yang akan tiada noktah penutupnya.Bersedia,bersedia dan terus bersedia kerana kita tidak akan pernah tahu bila akhirnya…

DARE TO FAIL AND JUST DO IT

WE ARE NOT BORN TO BE SOMEBODY,BUT WE CREATE OURSELF TO BE SOMEBODY.

Terbanglah menaungi mereka yang memerlukan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s