Apa yang kau cari?
ada yang kata..
aku cari mana dia ketenangan,
ada yang mencari mana dia kesenangan,
x kurang juga yang x tahu apa yang dicari,
dulu,
ada yang mencari mana dia asshafie,
mana dia alghazali,
x kurang juga yang cari si dangkal yang mengaku nabi,
Hakikatnya…
Semua nya sedang mencari,
semuanya menuju ke destinasi,
Semuanya punya hajat dihati,
semuanya ada harapan untuk dipenuhi,
Isunya…
Benarkah itu tujuannya kita tercipta,
untuk itu kah asbabnya adam dan hawa berjumpa,
apakah penciptaan hamba itu sia sia?,
Akhirnya…
Persoalan itu tiada sapaan,
cerita itu tiada pengakhiran,
destinasi itu tiada kesampaian,
apa yang dicari,tiada penemuan.
Kerana …
(Hanya diri sendiri punya jawapannya)