Archive for September 2, 2009

Susahnye nak senyum…

Posted: September 2, 2009 in ABSARIA

ingat lagi lirik lagu maybank? …Senyum seindah suria,yang membawa cahaya,senyum lah dari hati ,dunia mu berseri…nak nyanyi lagi ,sambung sendiri k.Hmmm,tapi apa yang ingin saya ceritakan adalah ,senyum ini saya kira satu kemestian bagi seseorang yang hidup bermasyarakat.Kata Al fadhil ustaz fadhilah kamsah,syarat pertama untuk jadi orang berjaya adalah S.E.N.Y.U.M. Pernah saya ditegur kerana susah nak senyum.Kata mereka saya garang dan tak kurang juga yang berpendapat saya sombong dan kerek pada mulanya.Yup,saya akui,kesilapan maha besar apabila terlalu kedekut dengan senyuman.Saya kagum dengan beberapa orang rakan yang sentiasa senyum walau apa jua keadaan sekalipun.Hakikatnya bukan mudah,menyembunyikan gelora di hati dengan berlapikkan senyuman.Kadang kala saya sedar,walau saya dalam keadaan tenag tanpa sebarang masalah,saya masih gagal untuk ukirkan senyuman.Bermakna,kalau saya x senyum,bukan bermakna saya ada masalah.Tapi bermula dari sekarang ,saya kira,amat perlu untuk mulakan senyuman walau apa keadaan sekalipun.Tak kira la,susah ke,senang ke,SENYUM itu wajib.Emmm,seronok bila tengok itik di tasik,bergerak dengan tenang di permukaan air,walau kita tahu,di dalam air,kaki si itik bergelodak untuk mengapungkan badannya dan mengerakkannya.Benar,kadang kadang guru itu ada di sekitar tanpa kita sedar.Okeh,…lets get laugh,opsss.smile enough.Hahaha.Moga transformasi dapat dipatri.