wajib lulus B.I?

Posted: June 9, 2009 in ABSARIA

Kalau nak sijil penuh SPM,mesti kene lulus Bahasa Inggeris,wajib,kalau tak lulus,jadinya macam tak lulus Bahasa Melayu la jawabnya…itu adalah cadangan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia yang masih lagi dalam peringkat kajian.Kementerian ini sedang melakukan analisa dan kajian apakah wajar diteruskan.Mengikut Menterinya,Tan Sri Muhyddin,beliau beranggapan bahawa pelajar wajib lulus BI untuk dapat sijil penuh SPM,kerana buat masa ini sebanyak 70%  pelajar lulus BI pada setiap tahun di peringkat SPM,dan 30% lagi gagal,dan keputusan ini tidak memberi sebarang perbezaan kerana pelajar yang gagal juga akan mendapat sijil penuh SPM.Hmmm,kata  Dr Mahathir beliau bersetuju,katanya idea ini boleh meningkatkan nilai tambah kepada masa depan pelajar tersebut.Dr M juga berpendapat bahawa segalanya terletak ditangan ibu dan bapa samada mahu  atau tidak melaksanakan idea ini.Benar,kiranya ibu dan bapa tidak mahu mengambil risiko dan terus meletakkan anak mereka dalam zon selesa,maka mereka pasti boleh menolak idea ini.Kata rakan pemimpin mahasiswa pula,Mohd Hilman,exco Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia ( GAMIS) dalam Astro Awani  bersama beberapa tokoh akademik yang lain,beliau juga berpendapat bahawa BI merupakan elemen penting untuk berdepan dengan mehnah globalisasi masa kini.Yelah,nak berjuang pun,kene banyak ilmu.Salah satunya,kemahiran berkomunikasi dalam banyak bahasa.Walau bagaimanapun,beliau juga menyatakan kebimbangan generasi baru kita yang terus menjadi generasi eksperimen,hmm,ada benarnya,ye la,bila dah sebut eksperimen,mungkin menjadi,mungkin tak.Yang menjadi,boleh jual kat pasaran,yang tak menjadi,kita buat tukun kat dasar lautan.Hahaha.Just Joking..Namun,secara positifnya,andai idea ini dilaksanakan,maka pastinya adik adik SPM kita akan memberikan tumpuan yang sepatutnya kepada Bahasa Inggeris yang juga merupakan bahasa kedua negara kita.Walaupun dilabelkan sebagai exam oriented,saya kira ini pendekatan yang baik bagi mendisiplinkan mereka untuk berdepan dengan dunia globalisasi yang menyanjung Bahasa Inggeris sebagi Bahasa Antarabangsa.

P/S: Saya menyokong Idea ini dan saya nak cadangkan juga subjek Pendidikan Agama,Pendidikan Quran Sunah,Pendidikan Syariah dijadikan sebagai subjek wajib lulus untuk dapatkan sijil penuh SPM,hehehe.Agaknya ramai tak yang akan dapat sijil penuh SPM kalau ini jadi realiti,hehehe.Jangan Marah ye adik adik SPM….oh ya,apa pula kata Atiqah Mohd Radzi ye?

Advertisements
Comments
  1. nuyu says:

    a’aa..sokong jugak.
    molek la die buat bi kne lulus.sekurangnya student akan ambil berat terhadap bi wlpn hanya sekadar lulus, drpd tak amnil kisah langsung..

    sokong jugak pendidikan islam kne lulus! kalau syariah, quran sunnah tu xpe lg..sebab tak semua yang ambil subjek tu.hanya mereka yang berada di sekolah agama je ambil qs ngn syariah.
    asalkan yg penting asas pendidikan islam tu kne lulus.

    ni pendidikan agama entah kemana2..sbb tu ramai yang rosak budaya dan akhlak mereka..

  2. Peguamuda says:

    ana rasa ok jgk cadangan tu..lgpun dia mensyaratkan supaya lulus je..then, skrg ni persaingan dlm mendapatkan tmpt di universiti pn memerlukan kita utk lulus BI..

  3. awangsoh says:

    Pak-pak menteri pun nampaknya jadi bahan eksperimen jugak. Kenapa asyik nak angkat bahasa Inggeris sedangkan bahasa Melayu dilempar ke tepi. Begitukah sikap orang budiman. Betul kita nak kejar kemajuan tetapi harus diingat, kita juga perlu waras. Jangan jadi bahan mainan asing yang sentiasa cemburu akan kehidupan kita. Lihat cara orang budiman Jepun dan China menjaga bahasanya di samping tidak melupakan diri untuk menguasai bahasa lain. Kita tangani bahasa secara bercelaru dek keliru untuk meletakkan kepentingan mengikut statusnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s