Perempuan macam sampah…

Posted: June 9, 2009 in ABSARIA

“Perempuan macam sampah,ditiup ke kanan ,ke kanan la ia pergi,ditiup ke kiri,ke kiri dia pergi”Mudah dipermainkan…Benar,kata kata ini diungkap oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah ketika memberi penghakiman kepada satu kes pengesahan perkahwinan.Pemohon seorang wanita tempang yang dikahwini seorang lelaki jalang, yang sudah pun punya isteri di Songkla,Thailand.Kata pemohon,mereka diijabkabul di songkla dengan wali hakim,namun setelah sendirian diasak bertubi tubi oleh Yang Arif Hakim,maka tempat perkahwinan dan wali hakim untuk perkahwinan terus diragui kesahihahannya.Perut si perempuan membuncit 6 bulan mengandung,datang ke mahkamah tanpa suami yang dulunya dianggap malaikat,hanya kerana mahukan pengesahan perkahwinan yang tidak didaftar…Sebab apa?sebab bimbang kewarganegaraan anak yang bakal lahir tak lama lagi diragui,tiada pengesahan kahwin,jawabnya,tiada surat beranak dan surat pendaftaran anak.Dulu,sebelum kahwin,lupa dunia,lepas kahwin ,dunia pulak lupakan dia.Sudah lumrah dunia,PEREMPUAN SAMPAH JODOHNYA DENGAN LELAKI SAMPAH,PEREMPUAN SOLEHAH JODOHNYA LELAKI SOLEH..Tuhan dah pesan awal awal dalam kitab suci quran.Akhirnya,Yang Arif Hakim menangguhkan perbicaraan ini sehingga si suami dapat hadir.Alasan si slelaki sampah ini  untuk tidak hadir hanyalah kerana sakit perut.Hmm dulu,sakit otak pun sanggup datang kalu nak berdating.Bila dah jadi masalah,lelaki sampah lari seribu langkah,perempuan sampah juga yang menerima padah.Buat kawan kawan perempuan ku,jangan ikut resmi ‘perempuan sampah’,kelak masa depan sendiri punah,buat kawan kawan lelaki ku,jangan ikut adat ‘lelaki sampah’,kerana hukum dunia ibarat roda,hari ini kita jadi raja,esok mungkin jadi hamba,hari ini kita jadi pemangsa,esok mungkin ahli keluarga kita jadi mangsa.Kalau nak kahwin , biar secara berani.Kita nak buat perkara baik,buat apa buat secara rahsia.tak kan nak guna ayat ‘saya nak buat mende baik,x nak bgtau orang,takut x ikhlas’…haha,boleh jalan.Konklusinya,restu ibu bapa sangat penting,ramai yang kahwin luar dari negeri,pakai wali hakim,sebab ibu dan ayah tak restu.Sentiasa beringat,keredhoan Allah pada keredhoan IbuBapa.Kalau mereka tak izinkan,pasti ada sebab munasabah.Kalau masih berdegil,ingatlah,keseronokan itu hanya sementara,penghujungnya pasti ada duka.Kalau nak poligami lak…hehehe…itu belakang citer..maybe Aizat Anwar bleh ceritakan secara bersiri,sebab beliau lebih ariff.hahaha

P/S: Terima kasih buat Tetuan Wan Mohd Azziadi yang sudi membawa diri ini melihat perbicaraan.

Advertisements
Comments
  1. Peguamuda says:

    ana tertarik ttg isu ini..kita blh lihat pada situasi zaman skrg..brp ramai perempuan or anak gadis yang terjebak dengan kes zina n sebagainya..semua gara-gara percayakan si lelaki durjana yang pandai bermain kata..ana risau dgn keadaan sebegini…mengapa perempuan begitu mudah utk dipermainkan..

  2. ainazhari says:

    perumpamaan perempuan pcm sampah agak keterlaluan…kenapa tak cakap mcm tin kosong ke, lalang ke…sampah tu sesuatu bahan yang dibuang…yang tak de sape nak….tak bernilai….sedih la dengar perumpamaan pompuan mcm sampah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s