Apa nak jadi dengan ‘kita’

Posted: June 7, 2009 in ABSARIA

“Apa nak jadi  dengan ‘kita’ ?” … semasa sedang meninjau blog rakan rakan,saya teringat kembali kepada satu sesi perbualan antara saya dan seorang guru kaunseling di sebuah jabatan(sebenarnya lebih kepada konsep ceramah;banyak dia yang bercakap).Kami ditakdirkan berjumpa di pejabat Exco Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman.Dalam perbualan ini,ada suatu yang menyentap pemikiran saya.Saya diaju bertalu talu dengan persoalan yang saya jawab dengan diam seribu bahasa.Memang tiada jawapan yang terpacul di bibir saya sebagaimana lazimnya.Mungkin disebabkan tidak terfikir perkara sebegitu akan berlaku,atau memang saya tiada jawapan untuk soalan itu.Isunya berkaitan dengan peranan mahasiswa dalam mendekati pemuda pemudi bermasalah.katanya,ramai orang pada masa ini,hanya pandai menunding jari.Bila berlaku masalah,kerajaan yang salah,pihak ini yang tak betul,orang ini yang tak buat kerja dan sebagainya.Sedangkan pernah kah kita meluangkan sedikit masa untuk golongan muda mudi yang bermasalah ini ? pernah kah kita menepuk bahu Mat Rempit di jalanan dan bertanya khabar pada mereka? Sudahkah kita bertanya dan bersembang dengan Minah Dadah yang Gian apa agaknya punca dirinya terjebak dalam kancah hina itu? Yang kita tau,bila golongan ini pecah masuk rumah kita untuk mencari wang bekalan dadah,kita kutuk polis tak buat kerja.Yang kita pandai melabelkan Mat Rempit dengan pelbagai Label,bila mereka melanggar orang awam.Sedarkah kita,mereka juga anak bangsa kita? BUkan Cina,tidak juga pada India…Tapi MELAYU!...Akhirnya,perbualan itu ditutup dengan persoalan” Apa nak jadi dengan KITA?” dan yang lebih menyempitkan jiwa memanaskan raga,”Apa yang Mahasiswa kita dah buat? Apa peranan ‘orang bijak’ kita?”…Hmm,jawapan dari saya = Bisu tanpa kata,kerana semua benar belaka.

Kesempatan berada di Mahkamah Sesyen/Majistret Terengganu mengiyakan lagi kenyataan tersebut.Hampir 90% yang keluar masuk Mahkamah adalah Orang ‘kita’. Tak malu juga untuk saya mengaku,begitu banyak pemuda pemudi di tahan dibawah Akta Dadah Berbahaya dan mereka adalah anak melayu.Ibu bertudung litup,ayah pula berkopiah putih,datang menjemput anak bergari besi,membawa sejumlah wang,sebagai cagaran anak pulang.Benar kata Raihan,Iman tak dapat diwarisi.Tapi ianya boleh diajari.Malangnya,kita mudah rasa selesa.”Ah,x pe la,itu bukan anak aku,itu bukan adik aku” Benar,mungkin bukan hari ini.Tapi esok belum pasti.

Saya juga sempat meninjau ke Mahkamah syariah,yang tersergam indah ,untuk muslimin muslimah,yang mungkin tersalah arah.Huh,sekali lagi diri ini mengeluh.Kebetulan hari itu ada 8 kes yang disebut dan dibicarakan oleh mahkamah.6 daripada nya adalah kesalahan ta’zir dibawah seksyen 31 akta jenayah ta’zir,kesalahan khalwat.Tak perlu saya terangkan lagi,itu emua orang kita.Melayu Islam.

Konklusinya,kalu ada diluar sana Mahasiswa,bantu saya untuk menjawab soalan guru saya ini,”Apa nak jadi dengan ‘kita’?” KITA bukan untuk orang lain,tapi bangsa melayu beragama Islam. Apa mahasiswa dah buat? Apa peranan orang bijak kita? kalu ada rakan bijak diluar sana,tolong saya untuk mengisi jawapan yang kosong ini.Sama sama kita fikir…“APa NaK JaDI DengaN KiTa?”

Advertisements
Comments
  1. Mujahid Anbu says:

    salam..bila difikirkan..apa peranan kita sbg mahasiswa membendung gejala yg semakin menular..br2 ini ucapan pegawai daerah..Dato’ Halim Muda ada kata..dah 17 thun dia berkhidmat sbg pengerusi anti dadah..di kemaman,dungun..pindah dan terus pindah…tapi jumlah nya makin meningkat bukan menurun…justeru itu.program mahasiswa bersama belia seperti rakan muda,persatuan belia,JKKK,KRT perlu diperhalusi perlaksanaannya…dan dihidupkan,..graduan IPT perlu lebih kepada kepada kemasyarakatan…ayuh2 sama2 kita bergerak…

    ‘kita’

    • absarlegal says:

      yup.I keep thinking if there any can we start to make our UDM’s member concern this matter.i hope that we can start the tradition to make a program with this group of people.

  2. Peguamuda says:

    Satu isu yang amat menarik dan patut diketengahkan…saya fikir mahasiswa perlu tahu apa peranan mereka…adakah semata-mata belajar dan dapat sijil sudah memadai?mahasiswa perlu banyak mendepani masyarakat…masyarakat menganggap mahasiswa adalah sebagai ikon kepada mereka…tp, apa yang menyedihkan adalah golongan-golongan mahasiswa yang dikatakan mempunyai tahap intelektual yang tinggi turut sama terlibat dalam perkara-perkara negatif seperti zina, dadah, arak dan sebagainya…Apa yang sudah berlaku? Apa yang mahasiswa sudah buat? Sepatutnya golongan ini menjadi contoh terbaik tapi sebaliknya menjadi contoh ‘terbaik’ dalam arena gejala sosial…

  3. orang muda says:

    hmmm..saya ada cadangan…kalau mahasiswa yg post grade amik alih persatuan belia atau pn kalau xde tubuhkan persatuan..sekarang ini boleh daftar persatuan belia atas nama apa pun tanpa melibatkan R.O.S register of society…boleh amik borang dan daftar bwh KBS kementerian belia dan sukan…lepas tertubuhnya persatuan kita lengkapkan ekonomi nya…sukan,kebudayaan..kesenian yg biasa dengan belia..dan jangan lupa kepimpinan dan sakhsiah tu paling penting…camne ye? sama2 kite bincang cara memasyarakatkan mahasiswa dalam entry sy nt..

    sekian…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s