Archive for June, 2009

i’m just getting warmed up…

Posted: June 18, 2009 in ABSARIA

I’m not going to ease up,let up,shut up or give up until i’m taken up.As a matter of fact,i’m just getting warmed up- ZZ

Perpaduan Teras Kejayaan

Posted: June 15, 2009 in ABSARIA

Agak skema tajuknya,tapi tulah hakikatnya.Hampir seminggu memperuntukkan masa di UNIMAS serawak untuk Debat Perpaduan memang berbaloi.Bukan kerana menang atau dapat anugerah dan sebagainya,tapi berbaloi dapat lihat suasana ‘Malaysia’ dikalangan para mahasiswa.Melayu,cina ,india dan kaum kaum lain di Malaysia ini disatukan dalam satu kelompok perdebatan.Perasan bangga menjadi rakyat Malaysia bertambah tatkala lagu lagu patriotik dinyanyikan bersama sama.Walau mungkin ada yang kata,itu hanya lah luaran ,namun saya tetap yakin bahawa kita masih dapat kekalkan keunikan Malaysia  yang berbilang kaum untuk tempoh berpuluh puluh tahun lagi.Kata Bijak pandai,”kalau nak tengok masa depan sesebuah negara,lihatlah pada anak mudanya sekarang”.Apa yang ingin disimpulkan,saya bangga dapat melihat sendiri kaum kaun yang pelbagai ini,duduk satu bumbung berpijak satu lantai ,bersatu untuk satu matlamat.Dan saya yakin,ianya adalah untuk menyahut seruan kerajaan, 1 MALAYSIA.Pelapis pimpinan negara ini telah menunjuk petanda positif dan realiti Malaysia sebenar melalui pertandingan ini.Tahniah diucapkan kepada jabatan perpaduan dan integrasi nasiaonal(JPIN) kerana telah berjaya mencapai objektifnya.Tahniah juga buat MADUM atas usaha murni anda terus melahirkan oratorians yang berjaya.Terima kasih buat UNIMAS untuk bumbang dan lantai kami menumpang berteduh. Dan Teima kasih juga pada UDM tercinta atas peluang yang diberikan.

Lelaki ber’anu’kan syaitan

Posted: June 10, 2009 in ABSARIA

Puas memikirkan gelaran yang sesuai untuk makhluk durjana ini.sampaikan tak sanggup untuk merendahkan martabat binatang dengan melabelkan lelaki puaka ini dengan gelaran lelaki binatang.Realitinya binatang sekalipun tak akan berperilaku sebegitu.Hari ini berpeluang sekali lagi mengikuti Tetuan Anwar dan Tetuan Azziadi ke MahkamahTinggi  Syariah.Yang Arif Hakim sempat berkongsi cerita dengan satu ke yang dihadapkan dihadapan beliau.Seorang Ibu memohon kepada Mahkamah supaya mengeluarkan arahan untuk membatalkan hubungan ibu dan anak dari sudut penjagaannya.Hakikatnya si ibu tidak sanggup untuk berdepan dengan kenyataan.Ceritanya bermula apabila Si Ibu ini bercerai dengan lelaki ber’anu’kan syaitan ini.Apabila bercerai,dirampasnya anak perempuan yang masih menyusu badan daripada si Ibu.Dibela oleh lelaki ini selama hampir 10 tahun umurnya.kini anak dah hampir dewasa.Punya susuk badan mengiurkan dan punya daya tarikan kewanitaan.Dipendekkan cerita,bapa durjana ini meratah dan menjamu si anak seolah olah lupa,dia juga penyumbang benih kelahiran anak tersebut.Mungkin sebagai membalas jasa nya,menjaga si anak dari kecil.lihat ,binatang pun takkan sanggup berbuat sebegitu.Nak ditambah lagi kedurjanaan nya,dikongsi pula badan montok si anak dengan datuk dan juga Guru mengaji Quran,serta beberapa kawan karib si Ayah celaka.Setakat ini hampir 6 orang ditahan mahkamah kerana terlibat dalam kes merogol si anak ini.Harapkan Pagar,Pagar makan padi,haruan makan anak.Si Ayah,datuk dan lagi durjana si ustaz mengajar mengaji sudah ber’anu’kan syaitan.Hai ustaz,lupa pada pesan tuhan dalam surah Assoff, ‘mengapa kamu katakan apa yang kamu tidak lakukan,sesungguhnya amat besar kebencian disisi Tuhan’…ke hulu ke hilir duk kelek quran,ke sana ke sini duk mengajar ngaji,rupanya hatinya keji.Nauzubillahminzalik.Bila difikir fikir,kenapa jadi sebegini hina manusia,diri ini buntu.kalau benar pun dah tak tertahan sangat nafsu serakah tu,kenapa sanggup diratah si anak yang hasilnya dari air mani sendiri.Kenapa sanggup melihat si anak terkulai layu ,musnah masa depannya kerana perbuatan sendiri.Moga kita sama sama muhasabah,kerana ini tanggung jawab kita sebagai masyarakat.Memang benar si anak ini bukan anak kita,bukan adik kita.Tapi tu hari ini,esok belum pasti.

wajib lulus B.I?

Posted: June 9, 2009 in ABSARIA

Kalau nak sijil penuh SPM,mesti kene lulus Bahasa Inggeris,wajib,kalau tak lulus,jadinya macam tak lulus Bahasa Melayu la jawabnya…itu adalah cadangan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia yang masih lagi dalam peringkat kajian.Kementerian ini sedang melakukan analisa dan kajian apakah wajar diteruskan.Mengikut Menterinya,Tan Sri Muhyddin,beliau beranggapan bahawa pelajar wajib lulus BI untuk dapat sijil penuh SPM,kerana buat masa ini sebanyak 70%  pelajar lulus BI pada setiap tahun di peringkat SPM,dan 30% lagi gagal,dan keputusan ini tidak memberi sebarang perbezaan kerana pelajar yang gagal juga akan mendapat sijil penuh SPM.Hmmm,kata  Dr Mahathir beliau bersetuju,katanya idea ini boleh meningkatkan nilai tambah kepada masa depan pelajar tersebut.Dr M juga berpendapat bahawa segalanya terletak ditangan ibu dan bapa samada mahu  atau tidak melaksanakan idea ini.Benar,kiranya ibu dan bapa tidak mahu mengambil risiko dan terus meletakkan anak mereka dalam zon selesa,maka mereka pasti boleh menolak idea ini.Kata rakan pemimpin mahasiswa pula,Mohd Hilman,exco Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia ( GAMIS) dalam Astro Awani  bersama beberapa tokoh akademik yang lain,beliau juga berpendapat bahawa BI merupakan elemen penting untuk berdepan dengan mehnah globalisasi masa kini.Yelah,nak berjuang pun,kene banyak ilmu.Salah satunya,kemahiran berkomunikasi dalam banyak bahasa.Walau bagaimanapun,beliau juga menyatakan kebimbangan generasi baru kita yang terus menjadi generasi eksperimen,hmm,ada benarnya,ye la,bila dah sebut eksperimen,mungkin menjadi,mungkin tak.Yang menjadi,boleh jual kat pasaran,yang tak menjadi,kita buat tukun kat dasar lautan.Hahaha.Just Joking..Namun,secara positifnya,andai idea ini dilaksanakan,maka pastinya adik adik SPM kita akan memberikan tumpuan yang sepatutnya kepada Bahasa Inggeris yang juga merupakan bahasa kedua negara kita.Walaupun dilabelkan sebagai exam oriented,saya kira ini pendekatan yang baik bagi mendisiplinkan mereka untuk berdepan dengan dunia globalisasi yang menyanjung Bahasa Inggeris sebagi Bahasa Antarabangsa.

P/S: Saya menyokong Idea ini dan saya nak cadangkan juga subjek Pendidikan Agama,Pendidikan Quran Sunah,Pendidikan Syariah dijadikan sebagai subjek wajib lulus untuk dapatkan sijil penuh SPM,hehehe.Agaknya ramai tak yang akan dapat sijil penuh SPM kalau ini jadi realiti,hehehe.Jangan Marah ye adik adik SPM….oh ya,apa pula kata Atiqah Mohd Radzi ye?

Perempuan macam sampah…

Posted: June 9, 2009 in ABSARIA

“Perempuan macam sampah,ditiup ke kanan ,ke kanan la ia pergi,ditiup ke kiri,ke kiri dia pergi”Mudah dipermainkan…Benar,kata kata ini diungkap oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah ketika memberi penghakiman kepada satu kes pengesahan perkahwinan.Pemohon seorang wanita tempang yang dikahwini seorang lelaki jalang, yang sudah pun punya isteri di Songkla,Thailand.Kata pemohon,mereka diijabkabul di songkla dengan wali hakim,namun setelah sendirian diasak bertubi tubi oleh Yang Arif Hakim,maka tempat perkahwinan dan wali hakim untuk perkahwinan terus diragui kesahihahannya.Perut si perempuan membuncit 6 bulan mengandung,datang ke mahkamah tanpa suami yang dulunya dianggap malaikat,hanya kerana mahukan pengesahan perkahwinan yang tidak didaftar…Sebab apa?sebab bimbang kewarganegaraan anak yang bakal lahir tak lama lagi diragui,tiada pengesahan kahwin,jawabnya,tiada surat beranak dan surat pendaftaran anak.Dulu,sebelum kahwin,lupa dunia,lepas kahwin ,dunia pulak lupakan dia.Sudah lumrah dunia,PEREMPUAN SAMPAH JODOHNYA DENGAN LELAKI SAMPAH,PEREMPUAN SOLEHAH JODOHNYA LELAKI SOLEH..Tuhan dah pesan awal awal dalam kitab suci quran.Akhirnya,Yang Arif Hakim menangguhkan perbicaraan ini sehingga si suami dapat hadir.Alasan si slelaki sampah ini  untuk tidak hadir hanyalah kerana sakit perut.Hmm dulu,sakit otak pun sanggup datang kalu nak berdating.Bila dah jadi masalah,lelaki sampah lari seribu langkah,perempuan sampah juga yang menerima padah.Buat kawan kawan perempuan ku,jangan ikut resmi ‘perempuan sampah’,kelak masa depan sendiri punah,buat kawan kawan lelaki ku,jangan ikut adat ‘lelaki sampah’,kerana hukum dunia ibarat roda,hari ini kita jadi raja,esok mungkin jadi hamba,hari ini kita jadi pemangsa,esok mungkin ahli keluarga kita jadi mangsa.Kalau nak kahwin , biar secara berani.Kita nak buat perkara baik,buat apa buat secara rahsia.tak kan nak guna ayat ‘saya nak buat mende baik,x nak bgtau orang,takut x ikhlas’…haha,boleh jalan.Konklusinya,restu ibu bapa sangat penting,ramai yang kahwin luar dari negeri,pakai wali hakim,sebab ibu dan ayah tak restu.Sentiasa beringat,keredhoan Allah pada keredhoan IbuBapa.Kalau mereka tak izinkan,pasti ada sebab munasabah.Kalau masih berdegil,ingatlah,keseronokan itu hanya sementara,penghujungnya pasti ada duka.Kalau nak poligami lak…hehehe…itu belakang citer..maybe Aizat Anwar bleh ceritakan secara bersiri,sebab beliau lebih ariff.hahaha

P/S: Terima kasih buat Tetuan Wan Mohd Azziadi yang sudi membawa diri ini melihat perbicaraan.

Apa nak jadi dengan ‘kita’

Posted: June 7, 2009 in ABSARIA

“Apa nak jadi  dengan ‘kita’ ?” … semasa sedang meninjau blog rakan rakan,saya teringat kembali kepada satu sesi perbualan antara saya dan seorang guru kaunseling di sebuah jabatan(sebenarnya lebih kepada konsep ceramah;banyak dia yang bercakap).Kami ditakdirkan berjumpa di pejabat Exco Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman.Dalam perbualan ini,ada suatu yang menyentap pemikiran saya.Saya diaju bertalu talu dengan persoalan yang saya jawab dengan diam seribu bahasa.Memang tiada jawapan yang terpacul di bibir saya sebagaimana lazimnya.Mungkin disebabkan tidak terfikir perkara sebegitu akan berlaku,atau memang saya tiada jawapan untuk soalan itu.Isunya berkaitan dengan peranan mahasiswa dalam mendekati pemuda pemudi bermasalah.katanya,ramai orang pada masa ini,hanya pandai menunding jari.Bila berlaku masalah,kerajaan yang salah,pihak ini yang tak betul,orang ini yang tak buat kerja dan sebagainya.Sedangkan pernah kah kita meluangkan sedikit masa untuk golongan muda mudi yang bermasalah ini ? pernah kah kita menepuk bahu Mat Rempit di jalanan dan bertanya khabar pada mereka? Sudahkah kita bertanya dan bersembang dengan Minah Dadah yang Gian apa agaknya punca dirinya terjebak dalam kancah hina itu? Yang kita tau,bila golongan ini pecah masuk rumah kita untuk mencari wang bekalan dadah,kita kutuk polis tak buat kerja.Yang kita pandai melabelkan Mat Rempit dengan pelbagai Label,bila mereka melanggar orang awam.Sedarkah kita,mereka juga anak bangsa kita? BUkan Cina,tidak juga pada India…Tapi MELAYU!...Akhirnya,perbualan itu ditutup dengan persoalan” Apa nak jadi dengan KITA?” dan yang lebih menyempitkan jiwa memanaskan raga,”Apa yang Mahasiswa kita dah buat? Apa peranan ‘orang bijak’ kita?”…Hmm,jawapan dari saya = Bisu tanpa kata,kerana semua benar belaka.

Kesempatan berada di Mahkamah Sesyen/Majistret Terengganu mengiyakan lagi kenyataan tersebut.Hampir 90% yang keluar masuk Mahkamah adalah Orang ‘kita’. Tak malu juga untuk saya mengaku,begitu banyak pemuda pemudi di tahan dibawah Akta Dadah Berbahaya dan mereka adalah anak melayu.Ibu bertudung litup,ayah pula berkopiah putih,datang menjemput anak bergari besi,membawa sejumlah wang,sebagai cagaran anak pulang.Benar kata Raihan,Iman tak dapat diwarisi.Tapi ianya boleh diajari.Malangnya,kita mudah rasa selesa.”Ah,x pe la,itu bukan anak aku,itu bukan adik aku” Benar,mungkin bukan hari ini.Tapi esok belum pasti.

Saya juga sempat meninjau ke Mahkamah syariah,yang tersergam indah ,untuk muslimin muslimah,yang mungkin tersalah arah.Huh,sekali lagi diri ini mengeluh.Kebetulan hari itu ada 8 kes yang disebut dan dibicarakan oleh mahkamah.6 daripada nya adalah kesalahan ta’zir dibawah seksyen 31 akta jenayah ta’zir,kesalahan khalwat.Tak perlu saya terangkan lagi,itu emua orang kita.Melayu Islam.

Konklusinya,kalu ada diluar sana Mahasiswa,bantu saya untuk menjawab soalan guru saya ini,”Apa nak jadi dengan ‘kita’?” KITA bukan untuk orang lain,tapi bangsa melayu beragama Islam. Apa mahasiswa dah buat? Apa peranan orang bijak kita? kalu ada rakan bijak diluar sana,tolong saya untuk mengisi jawapan yang kosong ini.Sama sama kita fikir…“APa NaK JaDI DengaN KiTa?”

Pengalaman Yang cukup berharga

Posted: June 7, 2009 in ABSARIA

Salam buat rakan sekalian.Hmmm hampir sebulan blog ini ditinggalkan,agak la berdebu setebal mana.walau bagaimanapun,peninggalan ini x akan sia sia.banyak pengalaman yang ku timba.Selama detik itu,banyak perkara yang berlaku.Lawatan ke Indonesia walau hanya seketika,cukup memberi kesan kepada diri ini.Benar,banyak perkara menarik di sana.Antaranya rakyat indonesia sendiri yang begitu ‘berdikari’ dan ‘berhati kental’ demi mencari sesuap nasi.Hari pertama tiba,diri ini cukup kagum melihat bangunan pencakar langit yang berderetan gah tersergam di ibu kota jakarta bagi penghuni kelas atasan.Tak kurang juga setinggan yang bersepah di bawah jambatan untuk penghuni kelas bawahan.Diri ini berkira kira,bumi indonesia ini cukup sempurna.Namun mungkin kerana kepadatan penduduknya melampaui daripada pendapatan negara itu sendiri,maka  keterdesakan yang wujud tidak dapat diatasi.Jurang kekayaan yang cukup besar antara golongan atasan dan glongan bawahan.Yang kaya,teramatlah mewah,yang miskin teramatlah susah.Rupanya,cerita cerita indonesia yang menjadi tatapan wajib rakyat malaysia,rupanya hanyalah gambaran sebahagian daripada kehidupan rakyat Indonesia.Buktinya lihat sahaja rakyat Indonesia yang sanggup berenang beratus ratus meter semata mata untu sampai ke tanah semenanjung,sanggup bertindih tindan di dalam sampan,semata mata untuk menumpang senang di bumi Malaysia.Maka seharusnya kita bersyukur,di lahirkan di tanah bertuah ,Malaysia.Di Indoneia,kesempat untuk bertemu dengan Mahasiswa Fakultas Hukum(Mahasiswa Undang Undang) Universtas Indonesia dan juga Cik Hana Azkia,Oralis Terbaik untuk pertandingan Mooting (Mahkamah olok olok).Saya juga berkesempatan untuk singgah ke Universitas Chatolic di Bandung.Hmmm,sebagai penutup,sekadar berkongsi,sedikit kata kata perangsang daripada tokoh mooting,cik hana azkia,buat Tatapan semua:

“What ever u do,just enjoy it,and feel comfort with it,so that u will achieve the success…Do no put the target ,which will put u in stress,just do the best and beat the rest” ( kata kata darinya yang masih saya ingat dan mungkin sedikit penambahan : ))

P/S: Segala gambar di Indonesia,insyaAllah selepas bulan 7.