Penat …tapi best.

Posted: March 2, 2009 in ABSARIA

Salam buat kalian…apa khabar? Harap semua dalam keadaan yang sihat kehendaknya.Saya pula dalam keadaan beransur pulih daripada pelbagai bentuk ‘ketegangan’ yang menimpa,samada daripada bentuk fizikal mahupun mental.Baru baru ini saya telah dijadualkan untuk menyertai kursus Biro tata Negara (BTN) yang sememangnya menjadi suatu momokan sejak dari diploma lagi.Tanggal 26 hb febuari yang lepas segala mimpi jadi realiti…hmmm,mcm kempen pilihanraya pulak.Mmm sememangnya pelbagai perkara bermain dalam kotak fikiran.Pastinya segala yang negative.Ditambah pula dengan asakan test dan assignment yang bertimbun namun tertunggak dek kerana BTN makin menjadi pemangkin kepada kebobrokan fikiran tersebut.Namun seusai sampai di kem,segalanya berubah.saya nekad untuk jadikan BTN ini sebagai lokasi percutian percuma bagi merehatkan segala hingar binger kampus dan bebanan tanggungjawab.Segalanya sangat seronok bagi saya.Pengisisan,kawan kawan yang dulunya hanya berselisih bahu tanpa bertegur kini sudah kenal mengenali dan hingga lah kepada saat keinsafan diri yang tak ternilai harga nya.Benar,banyak perkara yang dapat saya pelajari daripada kem ini.Terima kasih buat kalian yang mengajar,kawan kawan dan seharusnya juga untuk suasana yang tenang lagi aman.Buat kawan kawan kumpulan 13; farra,fairuz,atirah,atiqah,noreen,aainaa dan nazri,anda semua memang best. Moga persahabatan berkekalan.Satu perkara yang mungkin sudah pernah saya dan anda dengar,yang saya dapat dalam kem ini ,yang ingin saya kongsi dengan kalian ialah:

4 perkara yang anda perlu untuk jadi ORANG BERJAYA:

1) Jangan Pernah LUPA pada jasa orang pada kita

2)LUPAkan jasa kita pada orang

3) LUPAkan keburukan orang pada kita

4) Jangan pernah LUPA keburukan kita pada orang

Masih banyak yang ingin saya kongsikan dengan kalian,namun,masih banyak juga kerja yang belum selesai.Maka yang paling utama perlu diberi keutamaan.Akhir kalam,yang lepas itu sejarah,yang belum itu masa depan,namun,apa yang kita ada hanyalah sekarang,maka manfaatkanlah bersama sama.

kumpulan 13nyamannya..

Advertisements
Comments
  1. annisha says:

    mn entry khas utk sy??hahaha

  2. fairus_fairuz says:

    salam…
    thanks for being one of my fren.
    senng2 klu rs nak banje makan,roger2la kami ek.
    heheh…
    daa~~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s