Sekadar Berkongsi…

Posted: February 21, 2009 in ABSARIA

Salam buat kalian,..kabare?harap sentiasa sihat hendaknya.Kali ini entry hanya sekadar suatu perkongsian cerita perihal semalam yang telah menjadi sejarah.Yup,sejarah yang dikongsi bersama.Satu hari yang penat,tatkala selepas subuh sudah keluar dengan proton saga biru kesayangan untuk mengambil nasi lemak yang akan diagih agih untuk pembeli di sekitar asrama kampus.Huhuhu(Side income).selepas selesai,terus ke Dewan Besar UDM,untuk menguruskan adik adik debat yang akan ke Universiti Malaysia Terengganu untuk melihat pertandindingan debat piala Naib canselor UMT.hampir pukul 9 pagi,baru semua nya selesai,saya terus meluncur laju dengan kereta biru kesayangan menuju ke UMT.Pada pertandingan kali ini,saya dijemput sebagai hakim pertandingan bersama sama adinda kesayangan saudara izzudin rosli.Sememang sungguh gembira tatkala melihat bakat bakat baru yang sedang bersinar bagi menerangi dunia perdebatan .Syukur pada tuhan atas peluang berkongsi ilmu dan pengalaman dengan mereka.Pertandingan berakhir pada jam 6.45 petang.Fuh,memang memenatkan.Namun kata orang,kalu dah suka,tak ingat dunia la jawab nya.Sememangnya benar,masa seakan pantas berlalu.Biarpun penat,diri ini masih mampu tersenyum melihat adik adik beraksi.Tamat pertandingan pada hari itu,saya bergegas pulang ke kampus,rehat untuk seketika,mandi dan sebagainya.Sememang hanya untuk seketika,saya terpaksa bergegas ke Dewan kuliah utama untuk mensyuarat Majlis Tertinggi Persatuan di UDM bersama Majlis Perwakilan Pelajar.Sekali lagi dir ini merasa seakan terapung apung kegirangan tatkala melihat ramai adik dan sahabat pimpinan berkumpul untuk satu sesi perkongsian dan perbincangan .Banyak yang diperbincangkan namun saya kira tidak perlu untuk saya nyatakan dalam entry ini.Namun,sekalung penghargaan dan ucapantahniah buat barisan pimpinan terutamanya adik adik MPP yang telah Berjaya mengorak langkah ke arah perbincangan ilmiah seperti ini.Saya berharap agar pertemuan seperti ini lebih kerap dilakukan demi bangsa dan agama,demi seantero yang dipimpin.Buat kalian yang berjuang untuk agama dan anak bangsa,ingat pada pesan tuhan dalam ayat tujuh surah Muhammad ,’sekiranya kamu menolong Allah ,Allah akan menolong kamu’.Dan pertolongan ini bukan berbentuk fizikal semata mata.Mungkin dalam bentuk ketenangan yang berpanjangan mahupun kelapangan dada tatkala menghadapi kesukaran.Pokoknya,niat perjuangan mestilah hanya kerana Dia.Buat pimpinan kampus,ayuh kita sama bersatu agar kita saling berkerjasama.Buang yang keruh ,ambil yang jernih.yang baik kita jadikan teladan yang buruk ,kita buang luar sempadan.Hmmm selepasa mesyuarat diri ini kelaparan..jam belum menunjukkan pukul 12 malam,lalu diri ini terus menderumkan motor yang dipinjam untuk mencari sesuatu untuk diletakkan dalam perut yang comel ini.hahaha.Selesai itu lah,baru lah dapat merehatkan diri dengan tenang.Kroh,kroh..tidur versi kepenatan.Sekian…Sekadar berkongsi dengan kalian disamping tidak sanggup membiarkan entry ini kosong (: ) ),.Akhir kalam untuk kalian pimpinan,hayati rangkaian ayat ini…

“Saya tidak berkesempatan belajar di Universiti, saya mengembara dan bekerja dan itulah sekolah saya, apa erti sebuah ilmu? Ia akan bererti jika ia berguna kepada rakyat… Bukan untuk mencetak orang-orang sombong dan hidup jauh dari rakyat, tetapi bekerja dan mengabdikan diri kepada rakyat.”

Ho Chi Minh, 1959

debat NC UMT

hmmm...

barisan pimpinan baru...

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s