Tahniah buat mu…

Posted: February 17, 2009 in ABSARIA

Salam buat rakan sekalian…sukar rasanya untuk mulakan bicara tatkala lidah ini sudah lama terkelu,jari jemari ini sudah lama membeku dan kerana itu juga blog ini sudah lama berdebu.Hmmm,amanah yang dijunjung cukup menguji kesabaran dan ketahanan diri ini.Gelaran Yang Dipertua Persatuan Undang undang bukan lah satu kebanggaan,namun sebagai platform untuk saya salurkan jasa dan budi untuk berbakti kepada agama dan bangsa yang dicintai.Dek kerana tanggungjawab yang baru dibimbit,saya hadapi sedikit kesukaran untuk membahagi masa,maka kerana itu ,kurang ruang untuk bermesra dengan blog ini.Namun syukur pada Mu tuhan,segalanya semakin terurus.Moga segala nikmat Mu ini tidak disalahgunakan oleh Hamba Mu ini.Mmmm,berbalik kepada tajuk entry kali ini sememang nya khas untuk kawan kawan seperjuangan yang telah pun menang dalam pilihanraya Kolej kediaman UDM baru baru ini.Tahniah buat kalian.Hakikatnya,perjuangan sudah bermula.Kalian adalah rantaian pimpinan yang tak pernah jemu berkhidmat ,tak pernah serik dek keji.Terkadang saya terfikir,kenapa ada yang sanggup untuk tawarkan diri,untuk jadi pengemudi kepada anak kapal yang mungkin akan menjadi penentang kepada mereka,sedang mereka tak pernah harapkan suatu imbuhan sebagai galang ganti.Jawapan itu hanya ada pada diri seorang pejuang.Tatkala Tuhan sentiasa di depan,ribut dan taufan hanya mainan. Buat Teman ku Aizat Anwar,Yang Di Pertua Kolej Kediaman C, dan juga semua barisan pimpinan UDM,di sini adalah lapangan latihan untuk kita semua.Justeru jangan pernah takut untuk berhadapan dengan apa jua cabaran mendatang. Kekadang tuhan tidak kurniakan apa yang kita hendak,tapi tuhan beri apa yang kita perlu tanpa kita tahu apa hikmahnya.Justeru jangan mengharapkan permaidani merah dihampar untuk kalian berjalan membimbit tanggungjawab ini.Sesungguhnya Syurga itu dipagari dengan duri duri dugaan dari tuhan.Sentiasa ingat pesan tuhan ‘Apakah mereka fikir mereka sudah beriman ,sedang mereka belum diuji tuhan?’… Akhir buat kalian,La yukallifullah hu nafsan illa wus a’ha…Allah tidak akan membebankan seseorang itu jika dia itu tidak layak…maka anda yang dipilih tuhan melalui insan…teruslah berjuang…semuanya kerana Tuhan.Wallahhua’lam.

Lakukanlah apa yang terasa di hatimu sebagai betul kerana kamu akan dikritik bagaimana sekalipun.Kamu akan dikutuk jika melakukannya dan dikutuk jua jika tidak melakukannya.”

Eleanor Roosevelt –

>Tahniah Buat Mu…

Advertisements
Comments
  1. acax says:

    chewah! macam pernah ku dengar kata2yang bertulisan merah itu..
    seperti kata2 yang ada pada bookmark mpp..
    dan kata2 itulah yang telah diri ini hadiahkan kepada epul untuk dihiaskan di dalam bookmark mpp..
    saat diri ini berlari longlai, kata2 itu hadir jua…
    mr pres.. usah menunggu bulan kerana bulan tidak seindah yang disangkakan…
    apa2pun terima kasih untuk segalanya

  2. putera annur says:

    salam..syukran kasirah kepada mu. Aku x dpt nak kata ape n hadiahkan apa hanya khidmat shj menanti.Buat rakan2 seperjuangan yg lain amik iktibar atas segala dugaan dan cabaran yg mendatang.Doakan sy akn dpt menjalankan amanah yg diberikan oleh rakyat mahasiswa.Insya Allah sy dan sdr burhan akan laksana tugas apa yg termampu buat kebajikan mahasiswa bersama. Jika MPP tidak mampu buat kita akan usahakan.

    kebajikan mahasiswa matlamat bersama
    we can change what we need

    Muhammad ‘Aizat bin Anwar Apandi
    YDP
    Kolej Kediaman C UDM

  3. anom comelz says:

    emmm ape maen kutuk2 nie…
    anom ketuk krg..
    huhuuu
    =p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s