Archive for February 1, 2009

Auku berkuatkuasa hari ini

Posted: February 1, 2009 in ABSARIA

Salam buat kalian,hari ini 1 febuari 2009,auku yang dipinda baru baru ini berkuatkuasa.Moga moga suatu pembaharuan dapat dilakukan oleh para mahasiswa.Melalui pindaan AUKU kali ini, banyak perubahan berlaku,lebih ketelusan dalam tadbir urus universiti dan kebebasan para penghuninya.Antara perubahan perubahan yang telah berlaku ialah kesalahan di bawah Akta(dahulunya adalah kesalahan jenayah) kini dijadikan kesalahan tatatertib sahaja,perluasan hak berpesatuan(S.15(1)),perluasan hak bersuara(S.15(5)),hak terhadap pendidikan terjamin(S15D(4)(5)(6)(7)(8)),hak untuk didengar,hak untuk diwakili dalam perbicaraan¬† tatatertib,hak untuk diberitahu alasan keputusan tatatertib ,secara bertulis dalam tempoh masa ditetapkan dan perluasan dan perjelasan takrif ‘pelajar’ memperluaskan hak mengundi.Jika diizin tuhan,saya akan bincangkan dengan kalian sekysen seksyen ini lebih lanjut.