KATAKISME : Perlu pinda Perlembagaan Persekutuan.

Posted: January 31, 2009 in ABSARIA

Salam buat kalian…dalam isu yang sedang diperbincangkan oleh segenap masyarakat,apabila makin ramai yang suka melompat dan melompat,maka fenomena katakisme makin digemari oleh sesetengah ahli politik.Mungkin disebabkan ‘si katak’ banyak makanan ataupun suatu yang lebih menarik berada di sempadan sana,menyebabkan ‘si katak’ melompat untuk berhijrah.Atau mungkin ada yang mengancam keselamatan ‘si katak’ yang menyebabkan terlompat lompat melarikan diri ke sempadan yang lebih aman dan makmur.Namun untuk entry kali ini,saya lebih suka untuk menyentuh dan memandang isu ini dari sudut Undang undang.Apabila timbul fenomena katakisme ini maka ramai yang agak kurang selesa.Mungkin bimbang katak kesayangan melompat keluar kawasan,atau takut katak tercinta buat bising panggil hujan di sempadan orang.Hmmm,kita biar kan isu itu untuk yang ahlinya.Isu lompat parti ini membuatkan ramai yang meminta untuk suatu tindakan undang undang dilakukan;wujudkan suatu undang undang yang menghalang ahli politik dari berpindah ke parti politik lain dengan sewenang wenang nya.Isu ini sebenarnya sudah pun berlaku hampir sepuluh tahun dulu,di kelantan.Cumanya saya kurang pasti.Nanti saya cuba buat rujukan siapa n apa keputusannya.Apa yang pasti,jika mahu menghalang katak katak ini dari terus melompat,Perlembagaan haru dipinda.Saya pasti semua tahu,perkara 10 perlembagaan persekutuan yang sedia ada membenarkan katak katak,opssss semua rakyat Malaysia bebas berpesatuan.Jadi,segala undang undang yang bertentangan dengan hak kebebasan berpesatuan yang dijamin oleh Perkara 10 perlembagaan ini adalah terbatal serta merta.

Maka Prosedur nya,jika mahu digubal undang – undang yang menghalang mana mana ahli politik dari lompat parti,maka pelu terlebih dahulu meminda Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan .Proses pindaan perlukan majoriti ahli dewan,sekurang kurangnya 2/3 dewan parlimen. Pada hemah saya ,walaupun Karpal Singh pernah menyebut bahawa sekurang kurangnya lapan anggota parti DAP akan menyokong pindaan tersebut di Parlimen sekiranya dicadangkan,namun situasi dan kedudukan kerusi yang sedia ada pastinya sukar untuk meraih undi majoriti kerana masih ada yang mengharap ada katak yang akan terus melompat.

Untuk kalian,sama sama kita nantikan ,apakah revolusi yang akan diberi,samada janji tinggal janji,atau mimpi jadi pasti atau kita terus ternanti nanti.Sekian mohon mengundur diri.-Speak The Truth-

katak

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s