AUKU…Jangan jadi Pungguk…

Posted: January 30, 2009 in ABSARIA

Salam sekalian rakan rakan,impian jari jemari ini untuk menulis entry yang agak berat dan lebih relevan tak akan pernah tinggal harapan dan dibawa dek angin malam.Kali ini jari jemari ini cuba untuk bawakan pada kalian perihal pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang cukup penting untuk difahami oleh para mahasiswa lebih lebih lagi Mahasiswa undang undang.Awal Januari lalu ,saya dijemput oleh panel pimpinan universiti untuk bersama sama sertai satu kenvensyen penerangan pindaaan AUKU daripada Panel Kementerian Pengajian Tinggi di Renaissance Hotel Di Kelantan .Syukur pada tuhan,banyak perkara yang telah menerjah minda ,membuat fikiran berpusing memikirkan keterbukaan yang telah dibentang kepada para siswa. Jika Diizin tuhan,saya akan kupas satu per satu.Untuk entry kali ini,sekadar membawaka satu sekyen yang telah dipinda iaitu Seksyen 15 AUKU 1971.Segala pindaan ini akan berkuatkuasa pada 1 Febuari 2009 nanti.Mengikut Seksyen ini,ianya berkenaan dengan hak berpersatuan mahasiswa:

Syeksyen 15 (Hak Berpersatuan.)

1) Seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang, dalam/luar Universiti, dalam atau luar Malaysia, kecuali :

a) mana-mana parti politik, dalam atau luar negara

b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, dalam atau luar Malaysia

c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding dengan Lembaga dan diberitahu secara bertulis kepada Naib Cancelor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau universiti.

Pertubuhan badan dan kumpulan pelajar yang ditubuhkan di bawah perlembagaan turut diberi hak yang sama dan tertakluk kepada sekatan yang sama.

Selepas Menteri menyatakan/menamakan kepada Naib Canselor pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan beliau sebagai tidak sesuai adalah menjadi tanggungjawab Naib Canselor untuk menyampaikan kepada pelajar, atau pertubuhan pelajar berkenaan,Walaubagaimanapun,Naib Canselor boleh, atas permohonan pelajar, mengecualikan pelajar itu daripada peruntukan 15(1)(a),sebagai contoh seorang ahli politik yang menyambung pelajaran nya boleh meneruskan kegiatan politiknya walaupun bergelar mahasiswa,dengan kebenaran NC.

Justeru,apa yang suka saya kongsi dengan kalian,keterbukaan yang ada disini adalah peluang dan ruang yang kononnya dahulu tidak diberi kepada siswa/i telah pun terbentang luas di depan mata.Persatuan dan mana mana badan yang diluluskan oleh lembaga terbabit bolehlah terus di kunjungi oleh para siswa/i.(daftar-isi borang n bayar yuran : ))

Sempat untuk saya berseloroh dengan seorang Professor yang juga merupakan panel pada konvensyen itu berkenaan dengan keterbukaan yang diberi melalui pindaan kali ini,katanya’ yang tiada dah diadakan,yang di buang dah diberi peluang,so jangan tak digunakan pula ruang itu’. Benar,ruang yang luas telah pun diperbesarkan untuk mahasiswa ukir bakat kepimpinan daripada persatuan persatuan ataupun badan badan yang telah dibenarkan oleh pihak kementerian.Jadi ,sepatutnya tidak akan timbul lagi isu mahasiswa mandom dek kerana AUKU.Kini yang pasti,mahasiswa mandom kerana diri sendiri.Saya juga sedari,pastinya masih dan akan ada suara sumbang yang tidak pernah berterima kasih pada insan,bersyukur pada tuhan,yang mereka tau,cari keburukan orang.

Bagi para mahasiswa, yang dikekang,dah pun dikangkang,yang haram dah pun dihalalkan,justeru jangan lagi berdalih berpantang, tunjukkan taring kalian,beraksi sebagai pahlawan, jadi siswa yang mampu gegarkan negara warisan.Jangan terlalu suka beralasan,kelak kekal dengan kedayusan.Jangan jadi pungguk rindukan bulan,tapi jadilah bulan yang menerangi malam,kerana itulah peranan insan,lebih2 lagi untukmu mahasiswa,peneraju generasi wawasan.

Ayuh siswa/i, kita gembleng minda dan tenaga,untuk bersama pemimpin bangsa,mengangkat dan martabatkan agama,jangan biar Ia terus di noda,dek kata dan bahasa nista,suara siswa biar ia bergema,agar nafas kembali disela,ayuh bangkit kita bersama, AUKU bukan lagi penghalangnya.

-Speak The Truth-

Konvensyen AUKU Di Renaissance Hotel

Advertisements
Comments
  1. shanadz says:

    Ermm…bagus2..menarik jugak..
    Ini adalah peluang bg mahasiswa/siswi tuk mencungkil bakat masing2…
    Menjadi pokok asas sebelum menceburi dunia luar…

    Tapi bagaimana dgn situasi sy di sini ye…
    Ade kemusykilan cket rasenye…
    Kami ada kedutaan sendiri n persatuan2 @ apa2 saja yg disediakan oleh pihak kedutaan Malaysia…kemusykilannya di sini ada satu pertubuhan persatuan pelajar yg agak lama sudah ditubuhkan…sblm kedatangan pihak kedutaan Malaysia lagi…dikira dlm tahun 1930 lagi…
    Dan persatuan ini masih kekal di sini…
    KOnonnya merekalah kepala bg pelajar Mesir di sini…
    SEhinggakan adakalanya pihak kedutaan malaysia di tOlak ketepi…
    Katanya persatuan itu telah lama dikenali oleh mereka2 di sini…so, andaikata terjadinya sebarang masalah, mereka(arab Mesir) akan merujuk pada persatuan tersebut…
    Persoalannya,
    Dimana letaknya kuasa kerajaan negara kita??
    Adakah persatuan berkenaan memenuhi syarat2 yg ditetapkan seperti tertulis di syeksyen15(hak berpersatuan)??

    sekian..=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s