Archive for January, 2009

Salam buat kalian…dalam isu yang sedang diperbincangkan oleh segenap masyarakat,apabila makin ramai yang suka melompat dan melompat,maka fenomena katakisme makin digemari oleh sesetengah ahli politik.Mungkin disebabkan ‘si katak’ banyak makanan ataupun suatu yang lebih menarik berada di sempadan sana,menyebabkan ‘si katak’ melompat untuk berhijrah.Atau mungkin ada yang mengancam keselamatan ‘si katak’ yang menyebabkan terlompat lompat melarikan diri ke sempadan yang lebih aman dan makmur.Namun untuk entry kali ini,saya lebih suka untuk menyentuh dan memandang isu ini dari sudut Undang undang.Apabila timbul fenomena katakisme ini maka ramai yang agak kurang selesa.Mungkin bimbang katak kesayangan melompat keluar kawasan,atau takut katak tercinta buat bising panggil hujan di sempadan orang.Hmmm,kita biar kan isu itu untuk yang ahlinya.Isu lompat parti ini membuatkan ramai yang meminta untuk suatu tindakan undang undang dilakukan;wujudkan suatu undang undang yang menghalang ahli politik dari berpindah ke parti politik lain dengan sewenang wenang nya.Isu ini sebenarnya sudah pun berlaku hampir sepuluh tahun dulu,di kelantan.Cumanya saya kurang pasti.Nanti saya cuba buat rujukan siapa n apa keputusannya.Apa yang pasti,jika mahu menghalang katak katak ini dari terus melompat,Perlembagaan haru dipinda.Saya pasti semua tahu,perkara 10 perlembagaan persekutuan yang sedia ada membenarkan katak katak,opssss semua rakyat Malaysia bebas berpesatuan.Jadi,segala undang undang yang bertentangan dengan hak kebebasan berpesatuan yang dijamin oleh Perkara 10 perlembagaan ini adalah terbatal serta merta.

Maka Prosedur nya,jika mahu digubal undang – undang yang menghalang mana mana ahli politik dari lompat parti,maka pelu terlebih dahulu meminda Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan .Proses pindaan perlukan majoriti ahli dewan,sekurang kurangnya 2/3 dewan parlimen. Pada hemah saya ,walaupun Karpal Singh pernah menyebut bahawa sekurang kurangnya lapan anggota parti DAP akan menyokong pindaan tersebut di Parlimen sekiranya dicadangkan,namun situasi dan kedudukan kerusi yang sedia ada pastinya sukar untuk meraih undi majoriti kerana masih ada yang mengharap ada katak yang akan terus melompat.

Untuk kalian,sama sama kita nantikan ,apakah revolusi yang akan diberi,samada janji tinggal janji,atau mimpi jadi pasti atau kita terus ternanti nanti.Sekian mohon mengundur diri.-Speak The Truth-

katak

AUKU…Jangan jadi Pungguk…

Posted: January 30, 2009 in ABSARIA

Salam sekalian rakan rakan,impian jari jemari ini untuk menulis entry yang agak berat dan lebih relevan tak akan pernah tinggal harapan dan dibawa dek angin malam.Kali ini jari jemari ini cuba untuk bawakan pada kalian perihal pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang cukup penting untuk difahami oleh para mahasiswa lebih lebih lagi Mahasiswa undang undang.Awal Januari lalu ,saya dijemput oleh panel pimpinan universiti untuk bersama sama sertai satu kenvensyen penerangan pindaaan AUKU daripada Panel Kementerian Pengajian Tinggi di Renaissance Hotel Di Kelantan .Syukur pada tuhan,banyak perkara yang telah menerjah minda ,membuat fikiran berpusing memikirkan keterbukaan yang telah dibentang kepada para siswa. Jika Diizin tuhan,saya akan kupas satu per satu.Untuk entry kali ini,sekadar membawaka satu sekyen yang telah dipinda iaitu Seksyen 15 AUKU 1971.Segala pindaan ini akan berkuatkuasa pada 1 Febuari 2009 nanti.Mengikut Seksyen ini,ianya berkenaan dengan hak berpersatuan mahasiswa:

Syeksyen 15 (Hak Berpersatuan.)

1) Seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang, dalam/luar Universiti, dalam atau luar Malaysia, kecuali :

a) mana-mana parti politik, dalam atau luar negara

b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, dalam atau luar Malaysia

c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding dengan Lembaga dan diberitahu secara bertulis kepada Naib Cancelor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau universiti.

Pertubuhan badan dan kumpulan pelajar yang ditubuhkan di bawah perlembagaan turut diberi hak yang sama dan tertakluk kepada sekatan yang sama.

Selepas Menteri menyatakan/menamakan kepada Naib Canselor pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan beliau sebagai tidak sesuai adalah menjadi tanggungjawab Naib Canselor untuk menyampaikan kepada pelajar, atau pertubuhan pelajar berkenaan,Walaubagaimanapun,Naib Canselor boleh, atas permohonan pelajar, mengecualikan pelajar itu daripada peruntukan 15(1)(a),sebagai contoh seorang ahli politik yang menyambung pelajaran nya boleh meneruskan kegiatan politiknya walaupun bergelar mahasiswa,dengan kebenaran NC.

Justeru,apa yang suka saya kongsi dengan kalian,keterbukaan yang ada disini adalah peluang dan ruang yang kononnya dahulu tidak diberi kepada siswa/i telah pun terbentang luas di depan mata.Persatuan dan mana mana badan yang diluluskan oleh lembaga terbabit bolehlah terus di kunjungi oleh para siswa/i.(daftar-isi borang n bayar yuran : ))

Sempat untuk saya berseloroh dengan seorang Professor yang juga merupakan panel pada konvensyen itu berkenaan dengan keterbukaan yang diberi melalui pindaan kali ini,katanya’ yang tiada dah diadakan,yang di buang dah diberi peluang,so jangan tak digunakan pula ruang itu’. Benar,ruang yang luas telah pun diperbesarkan untuk mahasiswa ukir bakat kepimpinan daripada persatuan persatuan ataupun badan badan yang telah dibenarkan oleh pihak kementerian.Jadi ,sepatutnya tidak akan timbul lagi isu mahasiswa mandom dek kerana AUKU.Kini yang pasti,mahasiswa mandom kerana diri sendiri.Saya juga sedari,pastinya masih dan akan ada suara sumbang yang tidak pernah berterima kasih pada insan,bersyukur pada tuhan,yang mereka tau,cari keburukan orang.

Bagi para mahasiswa, yang dikekang,dah pun dikangkang,yang haram dah pun dihalalkan,justeru jangan lagi berdalih berpantang, tunjukkan taring kalian,beraksi sebagai pahlawan, jadi siswa yang mampu gegarkan negara warisan.Jangan terlalu suka beralasan,kelak kekal dengan kedayusan.Jangan jadi pungguk rindukan bulan,tapi jadilah bulan yang menerangi malam,kerana itulah peranan insan,lebih2 lagi untukmu mahasiswa,peneraju generasi wawasan.

Ayuh siswa/i, kita gembleng minda dan tenaga,untuk bersama pemimpin bangsa,mengangkat dan martabatkan agama,jangan biar Ia terus di noda,dek kata dan bahasa nista,suara siswa biar ia bergema,agar nafas kembali disela,ayuh bangkit kita bersama, AUKU bukan lagi penghalangnya.

-Speak The Truth-

Konvensyen AUKU Di Renaissance Hotel

Salam buat kalian di sana,…biarpun agak lama menyepi,namun kali ini sepi diri ini ada nilainya.Maaf biarkan blog ini sendirian tanpa ditemani entry yang baru.Syukur pada tuhan ,jari jemari ini masih dapat terus bergerak mencoretkan apa yang bermain di minda.Walau diri ini sedia maklum,jari jemari ini banyak kotoran nya,namun tuhan tuan empunya jari ini ,masih bisa memberi pinjam untuk sekelumit waktu lagi,terus memberi peluang agar diri ini sedar dari mimpi dunia penuh kepura-puraan.Ingin ku terus memberi ruang dan peluang untuk jari jemari ini bermain di papan kekunci ini mengalunkan apa yang ingin dialunkan oleh minda ku.Di saat rakan lain bercuti , tuan jari jemari ini memilih untuk berada di kampus untuk membuat persediaan bagi menghadapi suatu cabaran yang lebih besar.Tatkala jari jemari ini terus berlari,bahu ini sedang mengalas satu lagi tanggungjawab yang baru lagi dikurnia tuhan .Tatkala Barack Obama Hussin berada di pentas tarian,menari bersama sang isteri,meraikan hari pertama beliau sebagai President Amerika ke 44,tuan jari jemari ini sedang bersiap siaga menghadapi cabaran yang bakal tiba,juga sebagai seorang president.Alhamdullilah,Syukur pada tuhan tuan jari jemari ini,atas peluang untuk hamba Nya ini berjasa pada Ummat.Umpama mainan catur,pemain harus bijak mengatur langkah,pandai mengagak masa,untuk menawan sang lawan.Hidup Umpama layar teater,si watak utama bakal memberi impak besar dalam kejayaan sesebuah lakonan.Syukur pada tuhan tuan jari jemari ini juga; Rupa rupanya,segala dugaan dan cabaran sebelum ini,untuk kuatkan tuan jari jemari ini menhadapi taufan dan ribut kehidupan.Tuhan tuan jari jemari…ku pohon terus lindungi dan rahmati perjuangan ini,moga kesenangan dan kemudahan bersama ku.Tuhan tuan jari jemari ini,beri kan ku sekangkang waktu lagi,agar dapat ku gengam jari jemari pinjaman Mu ini ,untuk ku julang Agama Mu,agar dapat ku gunakan jari jemari pinjaman Mu ini,untuk memimpin ummat mu ke Jalan yang lurus,agar dapat sentuh jari jemari ini ,pada tasbih untuku basahkan hati bertahmid pada Mu.agar dapat ku salurkan tenaga jari jemari Mu ini ,untuk menulis kebenaran dan suarakan yang hak.Tuhan tuan jari jemari ini…benar lidah tidak bertulang,namun ia masih punyai tuhan,maafkan kesalahan ku insan,ampunkan dosa ku tuhan,izinkan jari jemari ini berundur,untuk terus berjuang!Syukur ku Pada Mu Tuhan