Secebis kenangan…

Posted: December 23, 2008 in ABSARIA

Salam buat rakan sekalian,entry kali ini sekadar berkongsi dengan kalian pengalaman hari hari berlalu agar dapat dirasai bersama.Khamis minggu lepas saya dijemput oleh sebuah badan NGO untuk menyertai satu program motivasi di pantai Merang,Setiu.Beraksi sebagai fasilitator,saya berpeluang untuk mendekati adik adik yang menyertai program ini dengan lebih dekat.Seramai 232 org peserta yang terdiri daripada remaja berusia 14 hingga 18 tahun.Pelbagai xtvt berlangsung dalam mendekatkan para fasi dengan golongan remaja ini.Antaranya slot ceramah motivasi,slot membaiki bacaan fatiha dan solat dan juga explorace.Remaja hakikatnya tidak sukakan paksaan,justeru konsep program ini adalah santai.Kesannya ,mereka menyatakan hasrat mereka untuk terus bersama kami untuk program siri kedua nnt.Konklusi yang ingin saya kongsi bersama kalian yang bijak pandai ini,golongan remaja adalah golongan yang amat perlukan perhatian daripada masyarakat.Perhatian dalam erti kata kasih sayang,perkongsian dengan cara berhikmah dan juga ruang untuk mereka bersuara.Apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka mahukan(perhatian),kerana itulah kita selalu mendengar masalah juvana kian meningkat.Pada hemah saya yang kerdil ini,mereka cuba untuk menarik perhatian masyarakat dengan cara yang salah.Mereka memberontak untuk dapatkan perhatian daripada kita semua.Paling penting yang kita perlu akui,mereka adalah tali rantai yang akan meneruskan pusingan pemerintahan negara ,bangsa dan agama.Rosak mereka ,rosaklah semuanya.Maka,saya suka untuk menyeru kalian,agar ringan kan hati ringankan badan untuk membantu golongan ini menemui masa depan mereka yang sepatutnya.Ketika entry ini ditulis,saya sedang menyiapkan satu Proposal untuk program motivasi bagi pelajar tingkatan 6 bagi sebuah sekolah di sekitar Terengganu,untuk pihak consultant saya(Intelectual Orator Consultant ).Cadangan program ini berlangsung adalah sebulan dari masa sekarang.Moga tuhan permudahkan urusan mulia ini.Sekian sajalah sahabat sekalian…jumpa lagi.image0031

BBQ

Advertisements
Comments
  1. defactohokage says:

    hah, abang bob jadi fasilitator..bestny7a..yee..emm, teringat masa sebelum masa udm…penat gler kena jadi fasi untuk setiap program sekolah..hahaha..best tue..emm, anyway hope apa yang dikehendaki semuanya berjaya dinikmti nanti ok abang bob..miss you..hehe

    by-muhammad izzuddin bin mohd rosli

  2. aMir says:

    Abang Bob. Anda telah dilink dengan rasminya. Jumpa lagi dalam debat yang akan datang! (MOTIF?)…

  3. zahirah says:

    salam..visiting yours

  4. ratubalqis says:

    haha…syabbas wahai tetuan…opss…silap ek..
    Ana harap adelah hendaknya org2 lain seperti anta yg mahu menabur bakti bagi membantu remaja2 kita la nie…
    Melentur buluh biarlah dari rebungnye..iye x…??
    Kalau dh tue baru nk dibentuk agak rumit…dan pastinya akan memberikn sebesar-besar penyesalan..
    Diharap segala usaha yg anta lakukan mendapat kenerkatan dariNya…
    Lebih baik seandainya ianya berlandaskan Al-Qur’an dan As-Sunnah…
    InsyaAllah…

  5. defactohokage says:

    abagng bob saya dah tag abang bob..check it out at my blog ya!

  6. defactohokage says:

    abang bob anda ditag lagi..so, chek it out di blog saya! ya…!

  7. nur says:

    salam…meh ar view my blog…got something for u there =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s