Archive for December 23, 2008

Secebis kenangan…

Posted: December 23, 2008 in ABSARIA

Salam buat rakan sekalian,entry kali ini sekadar berkongsi dengan kalian pengalaman hari hari berlalu agar dapat dirasai bersama.Khamis minggu lepas saya dijemput oleh sebuah badan NGO untuk menyertai satu program motivasi di pantai Merang,Setiu.Beraksi sebagai fasilitator,saya berpeluang untuk mendekati adik adik yang menyertai program ini dengan lebih dekat.Seramai 232 org peserta yang terdiri daripada remaja berusia 14 hingga 18 tahun.Pelbagai xtvt berlangsung dalam mendekatkan para fasi dengan golongan remaja ini.Antaranya slot ceramah motivasi,slot membaiki bacaan fatiha dan solat dan juga explorace.Remaja hakikatnya tidak sukakan paksaan,justeru konsep program ini adalah santai.Kesannya ,mereka menyatakan hasrat mereka untuk terus bersama kami untuk program siri kedua nnt.Konklusi yang ingin saya kongsi bersama kalian yang bijak pandai ini,golongan remaja adalah golongan yang amat perlukan perhatian daripada masyarakat.Perhatian dalam erti kata kasih sayang,perkongsian dengan cara berhikmah dan juga ruang untuk mereka bersuara.Apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka mahukan(perhatian),kerana itulah kita selalu mendengar masalah juvana kian meningkat.Pada hemah saya yang kerdil ini,mereka cuba untuk menarik perhatian masyarakat dengan cara yang salah.Mereka memberontak untuk dapatkan perhatian daripada kita semua.Paling penting yang kita perlu akui,mereka adalah tali rantai yang akan meneruskan pusingan pemerintahan negara ,bangsa dan agama.Rosak mereka ,rosaklah semuanya.Maka,saya suka untuk menyeru kalian,agar ringan kan hati ringankan badan untuk membantu golongan ini menemui masa depan mereka yang sepatutnya.Ketika entry ini ditulis,saya sedang menyiapkan satu Proposal untuk program motivasi bagi pelajar tingkatan 6 bagi sebuah sekolah di sekitar Terengganu,untuk pihak consultant saya(Intelectual Orator Consultant ).Cadangan program ini berlangsung adalah sebulan dari masa sekarang.Moga tuhan permudahkan urusan mulia ini.Sekian sajalah sahabat sekalian…jumpa lagi.image0031

BBQ