Walimatul Urus…

Posted: December 13, 2008 in ABSARIA

Salam rakan sekalian,pagi hening ini,ingin rasanya berkongsi cerita dengan kalian.Buat kali seterusnya jua,ianya masih bukan entry yg mengupas masalah atau isu perundangan.Namun bagi memastikan blog ini tidak berdebu,sedikit coretan ku hiasi untuk tatapan bersama.Mungkin ada yang menyagka saya akan langsungkan perkahwinan,kerana tajuk entry ini,namun itu bukan ceritanya.Sekadar ingin berkongsi gembira,kawan seperjuangan masa di SMKA Tok Jiring telah ramai yang selamat diijabkabulkan bulan ini.Antaranya,Rokiah,Azru,Fairuz dan majlis yang akan saya hadiri sekejap lg adala majlis pernikahan norliza bt Jusoh atau lebih mesra dengan panggilan ‘mek chek’. Alhamdullilah,mg kebahagiaan hingga ke anak cucu.Semalam ke Dungun.menyaksikan dua mempelai azrul dan fairuz diangkat menjadi raja sehari,diarak dan di renjis air mawar,tanda restu mereka disatukan.Bahagia terasa,namun takut juga melanda.Bimbang kiranya aku adalah insan yg ada disana,yg diangkat menjadi raja sehari,mampu atau tidak menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami.Sedangka,masih banyak beban dan tanggungjawab yang belum selesai.Tambah pula dikebelakangan ini saya asyik disinggahi dengan cerita dan perkongsian pengelaman daripada kawan kawan yg sudah berunah tangga:

CERITA 1: Si anu adalah kawan semasa di bangku sekolah lg,telah diijabkabulkan lebihkurang 7 bln lalu,dengan seorang kawan nya semasa di kolej dahulu.Sblm si anu putuskan untuk bernikah,saya telah pun berbincang dengan nya berkenaan dengan kedudukan ekonominya yang bagi hemah saya masih didalam keadaan yg tidak stabil.Saya yakin keadaan ini akan memberi impak negatif padanya kiranya meneruskan niat suci membina masjid.Namun katanya,jangan bimbang,kelak ada rezeki untuk suami isteri,tambah lak ada anak anak,ada la plak rezeki untuk anak anak.Hmmm,katanya juga,perkara ini juga sering didesak oleh keluarga perempuan agar dipercepatkan.Akhirnya,selamtlah si anu ini diijabkabulkan.Pada suatu perjumpaan saya dengan si anu baru baru ini,katanya beliau dilanda masalah ekonomi yg teruk,ekoran tekanan ekonomi negara.Benar,saya juga merasainya,namun mungkin tidak sehebat beliau yg sudah berumahtangga.Katanya lagi tambah pula dengan kereta tinggalan arwah ayah yg terlibat dalam kemalangan,perlu dibaiki,isterinya sedang mengandung 5 bulan,dan sewa rumah baru yang beliau baru sewa adn banyak lagi tanggungan.Tambahnya,dia terpaksa pinjam duit isteri nak topup telefon.Kasihan pabila cerita ini dikongsikan.Rasa yg kuat untuk membantu,namun apakan daya,diriku jua x berkemampuan.; ) Apa yang lebih merungsingkan saya,anak sulong akan dilahirkan ,dan si Ayah hanya akan mula bekerja pada bulan satu.Moga moga dengan kelahiran anak pertama dapat merubah nasib sahabat ku.

CERITA 2: Si anu ini juga seorang kawan semasa di alam persekolahan ,diijabkabulkan dengan seorang wanita yang katanya di jumpai semasa bekerja di bandar.Saya x dijemput ke majlis perkahwinan tersebut hinggalah saya dapat tahu si anu telah dianugerahi seorang cahaya mata.Dalam masa yang sama,saya juga dimaklumkan bahawa si anu juha telah dikurniakan darjat duda muda beranak satu.Hmm,rasanya x sampai satu dekad dah dapat pangkat.Kesian.Hinggalah beberapa hari yang lepas,saya dapat bersembang dengan beliau,dan tanpa melepaskan peluang,saya bertanyakan hal sebenar.Rupa rupanya,si anu ini telah dikenakan ilmu hitam.Dia berkahwin disebabkan dibuat org,Katanya sepanjang perkahwinan,beliau tak pernah rasa bahagis.Aduusssss,peritnya.Dia juga diberi makan benda benda kotor oleh si isteri sebagai ‘penunduk’ termasuk lah rambut dan seangkatan dengan nya.Nauzubillah minzalik.Jahatnya si isteri,neraka la tempat selayaknya bagi engkau (kalau x tobat la).Beliau sekarang bebas,namun satu lagi kesengsaraan tak pernakh selesai,pabila si isteri dapapt hak penjagaan anak,kerana anak masih di dalam tempoh susuan.Jangan bimbang sahabat ku,Tuhan Maha Adil.Moga dirimu beroleh kebahagiaan kelak.

CERITA 3: Cerita ini baru berlaku beberapa hari yang lepas,seorang kawan perempuan telah menelefon saya,dan bertanya pandang tentang masalah beliau.Kawan saya sorang ni,cantik rupanya,gebu kulitnya dan melepak putihnya.Lelaki mana yg tak tergoda.:)Namun disebabkan anugerah tuhan inilah juga,beliau hadapi masalah besar dalam hidup nya. Semalam adalah hari pertunangan beliau dengan seorg lelaki yg telah berjaya menawan hati hampir keseluruhan keluarga si perempuan,namun isunya,si lelaki masih gagal menawan hati si permpuan.Hebatnya lelaki ini,x pernah putus asa.Disebabkan si perempuan x suka padanya,maka dulunya si lelaki pernah ugut mahu potong nadi,pernah makan panadol sampai muka biru dan pernah putus tunang semata mata mahu tunjukkan betapa cintanya dia kepada kawan saya sorg ni (Agak bodohkan,Bunga bukan sekuntum beb,tp gua faham perasaan lu : )).Hinggalah hari semalam,kawan perempuan saya masih buntu apa keputusan yang harus dibuat.Ditelan mati mak di luah mati bapak.Kalu x terima tunangan,maknanya dia akan malukan dan hampakan mak bapak dia yang dah teramat suka pada lelaki tu,diterimanya tinangan,maka pastinya dia sengsara kerana bukan itu yg dimahukan.Tambah pula dengan tindakan bodoh lelaki itu seblum kawin,apatah lagi selepas kawin,akan bertambah bodoh lah tindakan si bodoh itu.hahaha,marah neh.Endingnya,saya juz bgtau kawan perempuan saya supaya ‘lu pikir la sendiri’…sebab yang nak kawin bukan nya mak bapak awak,tapi awak,Masa depan pun bukan masa depan mak bapak awak,tapi masa depan awak.Sehingga saat ini saya masih x tau apa yang dah jadi…

CERITA 4 & Last: Si anu ni partner saya dalam consultant motivasi.Dua malam lepas selepas kami selesai mesyuarat.katanya gilrfriend nya bertunang malam ni.Saya cakap saya tumpang gembira seba saya ingat dia yang bertunang.Tapi muka dia selamba jer cakap yang bertunang ngan permepuan tu bukan dia tp lelaki lain pilihan bapak permpuan tersebut.Tapi yang x tahan ,muka cam x de masalah pape.Bayangkan,7 tahun bercinta,dah kenal family dua dua,dah tahu segalanya pasal hidup diaorg,bleh itu jadinya.Isk7.X faham .Tp partner saya ni kool gler,(kalu saya rasanya dah berkurung dalam bilik) Katanya syukurla mende ni x jadi lepas dia kawin(means bercerai lepas kawin la) Dunia oh Dunia

Hmmm,based on cerita cerita diatas,saya dah mula fikirkan bahawasaya masih belum bersedia untuk hadapi situasi sebigini.Maka WALIMATUL URUS untuk saya mungkin belum lagi dapat saya tunaikan buat tempoh yang terdekat ini.: )

Advertisements
Comments
  1. shaiham says:

    Ha Ha Ha… awat banyak sangat cerita pasai kawin ni bob.. sampai aku pun dah terasa nak ke jinjang pelamin nih.. hu hu hu.Aku tertarik pasai cita no.3.. rupanya ada gak skang nih ek kawin paksa.. ingat zaman dulu jek.. mesti susah member ko nak wat keputusan.Anyway pendapat aku ar, cinta ni boleh dipupuk kan.. jangan lebihkan wajah dia, but lebihkan agama dia.Wajah hensem pun, kalau perangai cam saitan,kaki betina wat pe gak kan.. iyelah kalau dah hensem, pompuan ramai ar nak.. iman lemah, mudah dimakan godaan..Pokok pangkalnya kena tengok agama dia.. tengok gak lepas tuh pekerjaan dia.. x de kerja nak bagi makan ape anak orang…??

    • absarlegal says:

      itula pasal shaiham.hmmm tuhan duga hambanya ikut kemampuan.ada yang berupa tapi itu lak jadinya,ada yang beristeri lain pula dugaan nya.Bagi yang membujang mcm kita kita ni,kehidupan mesti diteruskan,hahahaha.Jumpe sem depan.

  2. ted says:

    bagusla, at least banyak perkara gini jadi pengalaman boo.so, boo pasni kene ingatla, kene suka sama suka, jangan paksa2, jangan terlalu memaksa, kadang2 manusia ni ..perempuanla terutamanya suka layan lelaki just sebagai sahabt..bg wanita maybe senang nak sayang lelaki, sbb bg wanita kalau lelaki layan dia baik, dia akan terima la…tp ada gak sebaliknya. Tp, bg k.ted, lelaki susah dow nak sayang pompuan yang dia tak sayang..mmg kalau kawen x bahagiala jawabnya..

    yg ptg, jodoh dah ditetapkan. Tergolek terngadahpun, kalau takde jodoh, tetap takkan ada. yg boleh dilakukan hanyalah meneruskan hidup. Semua jadi ada hikmahnya.

    n kalau kahwin suka sama suka, ada pepe jadi dalam rumahtangga, tu sume dugaan dr Tuhan yang maha esa. Tak perlu ditangisi pe jadi, tak perlu tuding jari, nyesal buat itu ini…bla bla..yg ptg, sudah jadi n maybe ada hikmah tersembunyi.

    nway, takut gak ni.hhuhu.tawakkal je.

    good luck

  3. ziera says:

    ermm.., cite kawen jek.. huhuhu
    sal nikah kawen ni bende penting
    tp ramai dak2 skang pk bende kawen ni bende remeh,
    asal rs nk kawen, dorang belasah jek..
    sepatotnye dorang sedar kalo setakat cinta yg ade,
    x kemane pon institusi perkahwinan tuh..
    nk kne ade duit gak, idop zaman skang ni bukan men2..,
    mencabar.. so sblm kawen tu kne la pastikan kedudukan
    kewangan tu cukup stabil tuk menanggung..
    n lau sal arrangement or match maker tu ntah la
    coz len org len care..
    ade yg kate pilihan ibubapa terbaek, so ikot jek
    tp ade yg cakap cinta tu lg penting
    so kawenla ngan pakwe makwe korang
    so?? camne…
    sendiri mau pikirlaa…
    kite kawen nk idop lame, bukan 3,4 ari jek kan?
    selebihnye tye hati, tye diri tye iman..
    perkahwinan tu perkare mulia, so
    jgn la sia2kan..
    wallahualam..

  4. syahmi says:

    ku ingin tahu siapa gerangan watak p crita ke4.. bob, bler bleh bacer entry yg berat2 ckit. dh byk blog aku bukak. sumer xkna ngn taste aku daa.. hrp chedet je lar..

  5. nur says:

    cite kawin ek..urm..but kesian kat mber lady borhan yang “tunangnya” sampai nak bunuh diri tue… she must be very very upset…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s