Archive for December, 2008

Secebis kenangan…

Posted: December 23, 2008 in ABSARIA

Salam buat rakan sekalian,entry kali ini sekadar berkongsi dengan kalian pengalaman hari hari berlalu agar dapat dirasai bersama.Khamis minggu lepas saya dijemput oleh sebuah badan NGO untuk menyertai satu program motivasi di pantai Merang,Setiu.Beraksi sebagai fasilitator,saya berpeluang untuk mendekati adik adik yang menyertai program ini dengan lebih dekat.Seramai 232 org peserta yang terdiri daripada remaja berusia 14 hingga 18 tahun.Pelbagai xtvt berlangsung dalam mendekatkan para fasi dengan golongan remaja ini.Antaranya slot ceramah motivasi,slot membaiki bacaan fatiha dan solat dan juga explorace.Remaja hakikatnya tidak sukakan paksaan,justeru konsep program ini adalah santai.Kesannya ,mereka menyatakan hasrat mereka untuk terus bersama kami untuk program siri kedua nnt.Konklusi yang ingin saya kongsi bersama kalian yang bijak pandai ini,golongan remaja adalah golongan yang amat perlukan perhatian daripada masyarakat.Perhatian dalam erti kata kasih sayang,perkongsian dengan cara berhikmah dan juga ruang untuk mereka bersuara.Apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka mahukan(perhatian),kerana itulah kita selalu mendengar masalah juvana kian meningkat.Pada hemah saya yang kerdil ini,mereka cuba untuk menarik perhatian masyarakat dengan cara yang salah.Mereka memberontak untuk dapatkan perhatian daripada kita semua.Paling penting yang kita perlu akui,mereka adalah tali rantai yang akan meneruskan pusingan pemerintahan negara ,bangsa dan agama.Rosak mereka ,rosaklah semuanya.Maka,saya suka untuk menyeru kalian,agar ringan kan hati ringankan badan untuk membantu golongan ini menemui masa depan mereka yang sepatutnya.Ketika entry ini ditulis,saya sedang menyiapkan satu Proposal untuk program motivasi bagi pelajar tingkatan 6 bagi sebuah sekolah di sekitar Terengganu,untuk pihak consultant saya(Intelectual Orator Consultant ).Cadangan program ini berlangsung adalah sebulan dari masa sekarang.Moga tuhan permudahkan urusan mulia ini.Sekian sajalah sahabat sekalian…jumpa lagi.image0031

BBQ

Walimatul Urus…

Posted: December 13, 2008 in ABSARIA

Salam rakan sekalian,pagi hening ini,ingin rasanya berkongsi cerita dengan kalian.Buat kali seterusnya jua,ianya masih bukan entry yg mengupas masalah atau isu perundangan.Namun bagi memastikan blog ini tidak berdebu,sedikit coretan ku hiasi untuk tatapan bersama.Mungkin ada yang menyagka saya akan langsungkan perkahwinan,kerana tajuk entry ini,namun itu bukan ceritanya.Sekadar ingin berkongsi gembira,kawan seperjuangan masa di SMKA Tok Jiring telah ramai yang selamat diijabkabulkan bulan ini.Antaranya,Rokiah,Azru,Fairuz dan majlis yang akan saya hadiri sekejap lg adala majlis pernikahan norliza bt Jusoh atau lebih mesra dengan panggilan ‘mek chek’. Alhamdullilah,mg kebahagiaan hingga ke anak cucu.Semalam ke Dungun.menyaksikan dua mempelai azrul dan fairuz diangkat menjadi raja sehari,diarak dan di renjis air mawar,tanda restu mereka disatukan.Bahagia terasa,namun takut juga melanda.Bimbang kiranya aku adalah insan yg ada disana,yg diangkat menjadi raja sehari,mampu atau tidak menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami.Sedangka,masih banyak beban dan tanggungjawab yang belum selesai.Tambah pula dikebelakangan ini saya asyik disinggahi dengan cerita dan perkongsian pengelaman daripada kawan kawan yg sudah berunah tangga:

CERITA 1: Si anu adalah kawan semasa di bangku sekolah lg,telah diijabkabulkan lebihkurang 7 bln lalu,dengan seorang kawan nya semasa di kolej dahulu.Sblm si anu putuskan untuk bernikah,saya telah pun berbincang dengan nya berkenaan dengan kedudukan ekonominya yang bagi hemah saya masih didalam keadaan yg tidak stabil.Saya yakin keadaan ini akan memberi impak negatif padanya kiranya meneruskan niat suci membina masjid.Namun katanya,jangan bimbang,kelak ada rezeki untuk suami isteri,tambah lak ada anak anak,ada la plak rezeki untuk anak anak.Hmmm,katanya juga,perkara ini juga sering didesak oleh keluarga perempuan agar dipercepatkan.Akhirnya,selamtlah si anu ini diijabkabulkan.Pada suatu perjumpaan saya dengan si anu baru baru ini,katanya beliau dilanda masalah ekonomi yg teruk,ekoran tekanan ekonomi negara.Benar,saya juga merasainya,namun mungkin tidak sehebat beliau yg sudah berumahtangga.Katanya lagi tambah pula dengan kereta tinggalan arwah ayah yg terlibat dalam kemalangan,perlu dibaiki,isterinya sedang mengandung 5 bulan,dan sewa rumah baru yang beliau baru sewa adn banyak lagi tanggungan.Tambahnya,dia terpaksa pinjam duit isteri nak topup telefon.Kasihan pabila cerita ini dikongsikan.Rasa yg kuat untuk membantu,namun apakan daya,diriku jua x berkemampuan.; ) Apa yang lebih merungsingkan saya,anak sulong akan dilahirkan ,dan si Ayah hanya akan mula bekerja pada bulan satu.Moga moga dengan kelahiran anak pertama dapat merubah nasib sahabat ku.

CERITA 2: Si anu ini juga seorang kawan semasa di alam persekolahan ,diijabkabulkan dengan seorang wanita yang katanya di jumpai semasa bekerja di bandar.Saya x dijemput ke majlis perkahwinan tersebut hinggalah saya dapat tahu si anu telah dianugerahi seorang cahaya mata.Dalam masa yang sama,saya juga dimaklumkan bahawa si anu juha telah dikurniakan darjat duda muda beranak satu.Hmm,rasanya x sampai satu dekad dah dapat pangkat.Kesian.Hinggalah beberapa hari yang lepas,saya dapat bersembang dengan beliau,dan tanpa melepaskan peluang,saya bertanyakan hal sebenar.Rupa rupanya,si anu ini telah dikenakan ilmu hitam.Dia berkahwin disebabkan dibuat org,Katanya sepanjang perkahwinan,beliau tak pernah rasa bahagis.Aduusssss,peritnya.Dia juga diberi makan benda benda kotor oleh si isteri sebagai ‘penunduk’ termasuk lah rambut dan seangkatan dengan nya.Nauzubillah minzalik.Jahatnya si isteri,neraka la tempat selayaknya bagi engkau (kalau x tobat la).Beliau sekarang bebas,namun satu lagi kesengsaraan tak pernakh selesai,pabila si isteri dapapt hak penjagaan anak,kerana anak masih di dalam tempoh susuan.Jangan bimbang sahabat ku,Tuhan Maha Adil.Moga dirimu beroleh kebahagiaan kelak.

CERITA 3: Cerita ini baru berlaku beberapa hari yang lepas,seorang kawan perempuan telah menelefon saya,dan bertanya pandang tentang masalah beliau.Kawan saya sorang ni,cantik rupanya,gebu kulitnya dan melepak putihnya.Lelaki mana yg tak tergoda.:)Namun disebabkan anugerah tuhan inilah juga,beliau hadapi masalah besar dalam hidup nya. Semalam adalah hari pertunangan beliau dengan seorg lelaki yg telah berjaya menawan hati hampir keseluruhan keluarga si perempuan,namun isunya,si lelaki masih gagal menawan hati si permpuan.Hebatnya lelaki ini,x pernah putus asa.Disebabkan si perempuan x suka padanya,maka dulunya si lelaki pernah ugut mahu potong nadi,pernah makan panadol sampai muka biru dan pernah putus tunang semata mata mahu tunjukkan betapa cintanya dia kepada kawan saya sorg ni (Agak bodohkan,Bunga bukan sekuntum beb,tp gua faham perasaan lu : )).Hinggalah hari semalam,kawan perempuan saya masih buntu apa keputusan yang harus dibuat.Ditelan mati mak di luah mati bapak.Kalu x terima tunangan,maknanya dia akan malukan dan hampakan mak bapak dia yang dah teramat suka pada lelaki tu,diterimanya tinangan,maka pastinya dia sengsara kerana bukan itu yg dimahukan.Tambah pula dengan tindakan bodoh lelaki itu seblum kawin,apatah lagi selepas kawin,akan bertambah bodoh lah tindakan si bodoh itu.hahaha,marah neh.Endingnya,saya juz bgtau kawan perempuan saya supaya ‘lu pikir la sendiri’…sebab yang nak kawin bukan nya mak bapak awak,tapi awak,Masa depan pun bukan masa depan mak bapak awak,tapi masa depan awak.Sehingga saat ini saya masih x tau apa yang dah jadi…

CERITA 4 & Last: Si anu ni partner saya dalam consultant motivasi.Dua malam lepas selepas kami selesai mesyuarat.katanya gilrfriend nya bertunang malam ni.Saya cakap saya tumpang gembira seba saya ingat dia yang bertunang.Tapi muka dia selamba jer cakap yang bertunang ngan permepuan tu bukan dia tp lelaki lain pilihan bapak permpuan tersebut.Tapi yang x tahan ,muka cam x de masalah pape.Bayangkan,7 tahun bercinta,dah kenal family dua dua,dah tahu segalanya pasal hidup diaorg,bleh itu jadinya.Isk7.X faham .Tp partner saya ni kool gler,(kalu saya rasanya dah berkurung dalam bilik) Katanya syukurla mende ni x jadi lepas dia kawin(means bercerai lepas kawin la) Dunia oh Dunia

Hmmm,based on cerita cerita diatas,saya dah mula fikirkan bahawasaya masih belum bersedia untuk hadapi situasi sebigini.Maka WALIMATUL URUS untuk saya mungkin belum lagi dapat saya tunaikan buat tempoh yang terdekat ini.: )

Debat di AIKOL

Posted: December 10, 2008 in ABSARIA

Salam rakan ku sekalian…subuh pagi ni berjaya memecah kebuntuan nak tulis blog.Hmmm lama nya blog ni ditinggal sepi.Walaupun tangan ni terasa banyak je nak tulis ,tapi unt entry kali ni juz nak berkongsi pengalaman dengan kalian.Baru baru ni ,akhir bulan november,saya dan 11 lagi rakan pendebat daripada UDM tercinta telah berkumpul di UIA gombak selama 7 hari untuk pertandingan debat Diraja 2008.Hmm suasan agak meriah di sana.Gembira dapat berjumpa rakan pendebat yang lama dan baru semasa pertandingan debat berlangsung.Apa yang membuatnya lebih menarik,pertandingan itu diadakan di Ahmad Ibrahim Kuliyyah Of Law (AIKOL)…tempat beribu or mungkin berjuta para bijak pandai imu perundangan dilahirkan.Sesi rollcall dilansungkan dalam moot court AIKOL.Perasaan cukup gembira.harap harap dapat berkunjung lg ke san.Alhamdullillah,UDM di tangga ke 14 daripada 64 pasukan yang bertanding.Yap,mungkin agak jauh dengan tangga pertama,tp bg kami,itu sudah cukup puas,Apapun,usaha membaikpulih diri terus dilaksanakan,bg menggapai bintang yg sentiasa berkerdipan memangil.Pastinya,usaha ke arah yg terbaik x akan pernah selesai.Doakan yap…