Dunia oh Dunia…

Posted: November 17, 2008 in ABSARIA

Salam mahabbah wa mawaddah(kata Majlis Perwakilan Pelajar UDM yg baru,pinjam jap)…entry kali ni juz untuk memastikan blog ini tidak sepi tanpa penulisan.Saya masih belum sempat untuk menunaikan janji untuk memberi kupasan berkenaan dengan dunia perundangan yang kian hangat dibincangkan dari hari ke hari.Tak mengapa ,janji akan kekal janji.InsyaAllah saya akan tunaikan,kerana saya sangat berminat untuk berkongsi dengan kalian dan berbincang isu berkenaan.Ada juga intai intai blog rakan rakan yang asyik dengan kehangatan isu isu ini.Cukup cemburu.Namun dek kerana kekangan masa yang sentiasa menghambat,saya pasrah : P… Namun untuk kali ini ,sekadar mahu berkongsi denga kalian tentang apa yang dah berlaku dengan dunia baru ABSARLEGAL… Besok adalah paper final terakhir,insyaAllah untuk sem ini(Islamic Law of Transaction)…agak mencabar,n masih banyak perkara yang masih x dapat diingati,huhuhu. Tapi x mengapa,saya akan terus lakukan yang terbaik.Kata kata motivasi rakan seperjuanganku semalam,yang masih terngiang ngiang di telinga tatkala saya cuba memotivasikan diri dengan berkata ” Hmm,saya kan buat apa yang termampu”, itu kata kata saya.Namun beliau dengan nada agak keras,tidak bersetuju dengan kata kata tersebut.Dalam loghat terengganu,”mana bleh kate gitu,kita kene cakap,kita kene buat habis baik mungkin”, Dari semalam hingga ke hari ini,ayat ayat inilah yang menjadi perdebatan dalam diri sejak semalam lagi.Hmmm,bunyinya agak sama,tapi akhirnya,saya kenal pasti satu perbezaan ketara.Ayat yang pertama,bunyinya dikeluarkan oleh orang yang pasrah,dan seolah olah tidak yakin dengan diri,tapi ayat yang kedua bunyinya dari orang yang penuh dengan rasa optimis dan penuh keyakinan.Maka saya mengambil keputusan untuk menerima ayat yang kedua.Huh,dunia ini penuh dengan retorika bahasa kan? Namun ayat ayat sebeginilah¬† (ayat motivasi) yang menjadi minyak kepada perjuangan sesetengah individu.Hakikatnya kita saling memerlukantara satu sama lain.Umpama dirian bangunan ,akan runtuhlah jika sebatang tiang hancur.Makak,kita perlu saling menguatkan anatara satu sama lain,memberi motivasi sesama sendiri demi kejayaan yang diimpikan bersama.Hmmm,sebut perihal motivasi, semalam setelah selesai kerja di library,saya singgah ke latihan debat untuk persiapan Debat DiRaja 27hb ini.Hmmm peningkatan adik adik dan rakan rakan agak memberangsangkan.Selepas tamat sesi berdebat dan dalam keadaan ingin bersurai,datang seorang adik pendebat ni(pendebat junior la).Saya terus memuji peningkatan beliau malam ni,n tetiba adik ni menitiskan air mata.Dalam hati ,saya fikir dia terharu dengan pujian saya.Hmm tapi rupanya ada suatu yang terpendam jauh dilubuk hatinya.Adik ni agak junior berbanding dengan junior junior yang lain.Katanya,dia tak layak untuk duduk sebaris dengan pendebat pendebat lain.Air matanya terus bercucuran.Saya sedar ,inilah masa untuk saya meminkan pernan sebagi pendebat senior yang telah banyak melalui onak n duri dalm dunia debat ini dan apa yang lebih perlu meminkan peranan sebagai seorang abang.Saya yakinkan dia bahawa dia dipilih kerana bakat yang ada dan juga disiplin yang kuat.Saya sentiasa tekankan perihal semangat dan disisplin yang tinggi pada adik adik pendebat.Saya yakin,walaupun hebat kita,walaupun p[andai kita,tanpa disiplin,everything is useless.Hmm,agak lama juga saya cuba yakinkan beliau.Alhamdulliah,diakhir perbincangan saya dapat lihat ukiran senyuman di wajahnya.HUh,alhamdulillah ,rasa puas dalam hati yang teramat.X mengapa adikku,terus kan perjuangan .Jalannya masih jauh.Ini hanya permulaan. Hmmm,selepas apa yang berlaku ,saya siapkan diri untuk mengadap tuhan ,jalankan tanggungjawab sebagai muslim,n then tanggungjawab sebagi pelajar.Hampir jam 3.30 pagi,baru dapat lelapkan mata. Pagi ni,saya teruskan perjuangan “buat habis baik”,di library. Dah agak lama study ,terasa rindu kat blog nii,lama gak masa yang diluangkan disini.Apa yang lebih menarik,tengah khusyuk menaip,kak nor daripada sebuah badan kebajikan persendirian(saya pun x pasti badan yang mana satu).Kak Nor ni amatlah hebat sudut perjuangan nya.Memperjuangkan nasib orang orang susah,membela nasib orng yang memerlukan dan tolong orang apa yang beliau mampu.Saya pernah mengikuti rombongan ke sebuah rumah yang membantu sepasang suami isteri tua yang dah uzur keadaanya di sebuah ceruk kampung.Kami kemas kan rumah,bersihkan badan dan sebagainya.Sejuk rasanya hati melihat golongan yang buat amal tanpa sebarang balasan.Kali ini kak nor memberitahu bahawa keadaan kedua orang tua ini sudah tenat,terabai dan tidak mendapat perhatian sewajarnya.Beliau minta saya dan kawan kawan agar dapat menjenguk pakcik n makcik tersebut.InsayAllah kak nor,”saya buat Habis Baik”. MMMM,rasanya dah banyak masa dah terlebih,(rancang nya sejam je,huhuhu) oklah setakat itu dulu,moga ada peluang dan ruang untuk kita sembang lagi -Speak The Truth-

Advertisements
Comments
  1. acax says:

    SALAM MAHABBAH WA MAWADDAH untuk ABSARLEGAL..

    tahniah, akhirnya ABSAR berjaya jugak mengupdate blognya ini..
    setelah lama menunggu, setelah puas mulut ini mengomel kerana tiada apa2 yang baharu dalam absarlegal..
    em, adik tue menangis ke?
    terharunya.. lembutnya jiwa dia.. lama dah acax tak menangis..
    hati nie dah keras.. nak kena lembutkan balik nie..
    kadang2 baca penulisan macam nie menginsafkan kita..
    apa2 pun, hepi holiday..
    terima kasih kerana share cerita ini…

    THANK YOU AND SALAM (trademark nie tak nak pinjam gak ke? :p)

  2. defactohokage says:

    dunia[oh dunia..dunia awek, dunia law, dunia presiden, dunia debat…dunia suami isteri bila abang bob????…wahahahahahaahahahaha…abang bob hensem apa??/..memilih sangat…hehehehe

  3. ted says:

    hahahhahahaha..kelako

  4. -shikin- says:

    hmm..abg bob..abg bob..mcmne lah nk jd sprti abg bob ni..ble bce blog abg bob ni betul2 bg sy smgt..terima ksh ats crite budak tu..mgkin budak junior tu akn berusaha dgn lbih kuat lg..terima kasih ats motivasi yg tlah d brikn oleh abg bob tu..btul2 mmbina..menaikkn semangat lg..abg bob btul2 bertindk sbg abg n ketua yg baik..tanpa abg bob siapalah budak tu d arena perdebatan..ilmu yg abg bob curahkan,insya-allah akn dgunakn dgn baik..abg bob ibrat satu dlm sejuta..huhuhu..btul kate abg bob..teruskan perjuangan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s