Archive for June, 2008

Okeh,kita tinggalkan babak yang lepas,masuk buku baru.Hmmm,saya mahu berkongsi dengan anda apa yang berlaku hari ni,Petang tadi saya ada 3 meeting,2 meeting bersama dengan Fakulti undang2 dan satu bersama dengan board of director GP AGRO Enterprise.huhuhhu,means i also one of them la.Ini ada lah syarikat kedua saya.Saya mahu berkongsi gembira dengan anda apa yang berlaku dlm meeting td.Namun biar saya cerita sedikit apa itu GP AGRO Entr…

Nak tau kami buat apa?hmmm,kami adalah petani moden yang menyediakan LINTAH kepada yang memerlukan nya,eiiiii ‘gelinya’,mungkin itu yang terkeluar dari mulut sesetengah org.Namun hakikatnya,itu kegilaan kami sekarang.Meeting td dah istyhar kan,keuntungan 3 bulan pertama mencecah ke 5 angka.Pehhh,rasa happy n syukur sgt. Tp jauh di sudut hati,menyesal pun ada coz time letak modal aritu,x letak banyak banyak.Maklumlah,masih belajar lagi.hahaha.x pe la,cari pengalaman,kata hati …memujuk.: )Sekarang kami dah ada pembeli tetap di pantai barat yang mahukan lintah.Di sana sahaja dah lebih 10000 ekor sebulan diaorg nak.Mmm Diaorg nak buat apa?…Ntahla,katanya buat berbekam,prodak kosmetik,losyen n sbgnya. X kisah la,janji ada market.Hahaha.Dalam kegembiraan yang ada tadi,tetiba je teringat balik pada syarikat pertama yang saya tubuhkan; ABSAR NETWORK…apa citer ek?

Rasanya saya perlu beri suntikan barupada syarikat ini.Syarikat ini saya buka untuk operasi dalam universiti.Dan saya adalah pemilik mutlak syarikat ni.Bkn jual lintah atau binatang2 lain,hahaha,tp mcm2 yg dilihat menjadi keperluan para pelajar.Asal je ada peluang n ruang,saya cuba unt tembusi pasaran di universiti.Itulah tapak utama n pertama saya bermula dalam perniagaan.Sudah tiba masanya untuk mulakan semula operasi,kerana semester baru telah bermula.InsyaAllah,doakan kejayaan saya.

Salam pertemuan slps sekian lama berpisah,…hmmm,agak lama tak menulis,apapun saya masih bersyukur masih dapat kembali menulis.Apa cerita yang lepas ek? Emmm,yup,kenangan manis di Uitm Dungun,Terengganu,Cerita sedih di UUM sintok,kedah hinggalah sinar baru di Negeri Sembilan.Pesan mama,yang lepas tu biarkan pergi,menangis air mata darah sekalipun,ia takkan kembali.Alhamdulillah,moga dengan sinar yang baru,hidup ini akan lebih berjaya. Dalam fikiran ini ,terus didatangi dengan lirik lagu nyanyian Papa Rock ramli sarip; SEJARAH MENGAJAR KITA MENJADI LEBIH DEWASA…’ Benar,amat rugilah mereka yang tak pernah belajar daripada sejarah,lebih2 lagi jika ianya sejarah hidup sendiri,InsyaAllah,sejarah ini akan menjadi guru kepada masa depan saya,Agar lebih berhati2 dalam setiap langkah yang diambil.Pahit,perit,sakit dan teriknya jika tersilap langkah. Ya Tuhan,ku mohon agar diri ini terus bertahan…syukur padaMu,atas nikmat ujian ini…Pada sahabat sekalian,satu syair terkenal dari Al Rumi – Aku mohon kekuatan lalu tuhan berikan aku kesulitan,untuk menjadikan aku gagah,aku mohon cintakekasih,lalu tuhan temukan mereka yang bermasalah,untukkuk cari penawar duka,aku pohon keteguhanhati,lalu tuhan beri aku bahaya,untuk aku tangani ,Justeru,aku tak perolehi apa apa yang aku impikannamun aku dapat semua yang aku perlukan…terima kasih tuhan… , Moga kita terus berjaya dalam apa yang kita lakukan.Ingatlah,mungkin apa yang kita suka itu,sebenarnya racun bagi kita,dan mungkin apa yang kita tak suka itu,sebenarnya penawar bagi kita.Wamakaru wamakarullah,wallahukhoironmakirin… Wallahualam.

Secebis kenangan..>